Saturday, November 17, 2007

Soal hati...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum kepada sahabat2 pembaca dan blogger yg setia dgn laman blog mereka...amma ba'du; إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Pertamanya setinggi ucapan syukur kepada Allah Ta'ala yang masih memberi peluang kepada diri ini untuk menaip kat komputer ni dan tidak lupa kepada Sayyidina Rasulullah S.A.W. yang membawa risalah kebenaran Islam.....rahmat seluruh alam.
Semasa duduk termenung terfikir juga sahabat2 yang lain.Masing-masing membawa hala tuju kehidupan tersendiri.Ada yang tekun study tak kurang juga tekun dengan berchating dan lain2 lg, kalau nak hitung banyak sangat.Ala kulli hal, masing-masing boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk.Selagi mana perbuatan itu tidak bercanggah dengan syarak maka betullah jalan kehidupan kita....yang penting MARDHATILLAH!!!!.
Kepada sahabat2 yang sudi menjenguk ke blog saya, ucapan terima kasih saya lafazkan dan kepada yang sudi memberi cadangan, komen, kata-kata semangat(gambate dalam bahasa Jepun) dan lain2 lagi....saya ucapkan syukran wa jazakumullah.Sekarang musim pengkuliahan semakin rancak berlangsung kat Bumi Ambia' ni khususnya kat Damanhur ni.Masing2 berusaha untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan Fasal satu ini.Keadaan semakin ceria dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa lulusan STAM dan Muadalah baru-baru ni.Supaya Allah Ta'ala memberkati niat ikhlas mereka.
Yang paling seronoknya, dewan kuliah tahun tiga penuh dengan pelajar Melayu.Hampir separuh tempat duduk dimonopoli oleh pelajar kita....erm, cukup membanggakan!Jam dah menunjukkan pukul 11 malam, mata dah mengantuk tambah lagi lepas makan.Sungguh nikmat....Rasanya setakat tu saja luahanku, kalau ada lebih masa boleh duduk lama sikit depan komputer ni.Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat serta bagi yang mengenali diri ini, ku susun sepuluh jari-jemari memohon ampun atas salah silap samaada sengaja atau tidak.Ya Allah kepadaMu aku bertawakkal, kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku kembali!!!Wallahu Alam('-')v

No comments: