Tuesday, May 29, 2007

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depankamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpadengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yanglebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kitasebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlakutetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kitaberselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkankeadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Selamat membaca!!!

Saturday, May 26, 2007

What they say about Islam, the Qur'aan and Muhammad?

"Islam is the fastest-growing religion in America, aguide and pillar of stability for many of ourpeople..." HILLARY RODMAN CLINTON, Los Angeles Times,May 31, 1996, p.3
___________________________________________________

Already more than a billion-people strong, Islam isthe world’s fastest-growing religion. ABCNEWS,
Abcnews.com
___________________________________________________

"Muhammed is the most successful of all Prophets andreligious personalities. " Encyclopedia Britannica
___________________________________________________

"There are more Muslims in North America then JewsNow." Dan Rathers, ABCNEWS
___________________________________________________

"Five to 6 million strong, Muslims in America alreadyoutnumber Presbyterians, Episcopalians, and Mormons,and they are more numerous than Quakers, Unitarians,Seventh-day Adventists, Mennonites, Jehovah'sWitnesses, and Christian Scientists, combined. Manydemographers say Islam has overtaken Judaism as thecountry's second-most commonly practiced religion;others say it is in the passing lane." JOHAN BLANK, USNEWS (7/20/98)
___________________________________________________

Professor Keith Moore, one of the world’s prominentscientists of anatomy and embryology. University ofToronto, Canada It has been a great pleasure for me tohelp clarify statements in the Qur’aan about humandevelopment. It is clear to me that these statementsmust have come to Muhammad from God, or 'Allah',because almost all of this knowledge was notdiscovered until many centuries later. This proves tome that Muhammad must have been a messenger of Allah.
___________________________________________________


Joe Leigh Simpson, Professor of Obstetrics and Gynecology at the North Western University in Chicagoin the United States of America. Professor Simpsonsaid: It follows, I think, that not only is there noconflict between genetics and religion, but in factreligion can guide science by adding revelation tosome traditional scientific approaches. That thereexists statements in the Qur’aan shown by science to be valid, which supports knowledge in the Qur’aanhaving been derived from Allah.
___________________________________________________

Professor Tagata Tagasone, formerly Head of theDepartment of Anatomy and Embryology at the Universityof Shiang Mai in Thailand. He is now the Dean of theCollege of the Medicine at the University. From mystudies and from what I have learned throughout thisconference, I believe that everything that has beenrecorded in the Qur’aan 1400 years ago must be thetruth, that can be proved by the scientific means.Since the Prophet Muhammad could neither read norwrite, Muhammad must be a messenger who relayed thistruth which was revealed to him as an enlightenment bythe One Who is an eligible Creator. This Creator mustbe Allah, or Allah. Therefore, I think this is thetime to say ‘Laa ilaaha illallah’, that there is noAllah to worship except Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad is messenger of Allah...

Demikianlah beberapa pandangan orang-orang non-muslim kepada Islam, Al-Quran dan Rasulullah.Sama-samalah kita muhasabah akan kekurangan diri ini...(By:teMan)

Wallahu Alam

Sunday, May 20, 2007

Ibnu Qayyim

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara'id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba'li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin 'Abd al-Da'im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), 'Isa al-Mut'im (719H), Isma'il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 - 728/1263 - 1328).

Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang, akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadith. Malah menurut Ibn 'Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat menguasai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis, "Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya."

Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadith dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hambali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hambali, dan Ibn Hajar al-'Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadith yang tidak asing lagi.

Menurut penyelidikan Dr. 'Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al'Tibyan fi Iqsam al'Qur'an, Tafsir al Muuawwizatayn, Tafsir Surah al'Fatihah yang terdapat di awal Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.

Dalam bidang Hadith, Ibn Qayyim menulis kitab-kitab seperti Tahdhib al-Siman oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, Ilam al-Muwaqqi'in 'an Rabb al-'Alarum, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar'iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil "An Istighna" al-Musabaqah 'an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.

Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah. al-Muhibbin wa Nuzhah ai-Mushtaqin, al-Fawa'id li Ibn Qayyim, 'Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa'adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa' a-'Alil fi Masa'il al-Qada' wa Al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta'lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa'adah wa Manshur Wilayah al-'Ilm wa al-Iradah.

Dalam bidang sejarah, beliau menulis Kitab Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi 'an Lima Sa'ala 'An al-Dawa' al-Shafi, dan lain-lain lagi.

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam (homo islamicus) dan manusia bukan ekonomi (non homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi.

Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai makhluk yang sifat, gelagat, dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.

Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan ataupun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.

Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupakan objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.

Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan

kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat daripada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan.
Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.

Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.

Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.

Sebaliknya nilai-nilai etika yang diamalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.

Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh
beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan.

Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk
menjualnya.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

Friday, May 18, 2007

Apa Nak Jadi?

KUALA LUMPUR : Seramai 31 mahasiswa tahun pertama Kejuruteraan Bioproses Universiti Malayaisa Perlis (UniMAP) mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd di Shah Alam, 3 April lalu.

Segala urusan termasuk kos, sokongan dan kelulusan diuruskan kakitangan kanan universiti yang beragama Islam, manakala majoriti pelajar juga Muslim.Difahamkan lawatan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Bioproses dengan kerjasama Program University's Industrial Exposure (INDEX 2007) itu mendapat sokongan Naib Canselor UNIMAP, Prof Dato' Dr Kamaruddin Husin.

Segala kos perbelanjaan penginapan dan logistik ditanggung Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Harakah dimaklumkan laporan aktiviti progran itu telah dimasukkan ke dalam web universiti, tetapi dikeluarkan tidak lama selepas ia menyedari ia akan mengundang kemarahan umat islam.
Petikan website PPIM(Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

أين ربي؟؟؟


Pada kali ni, saya nak datangkan sebuah kisah berkenaan Nabi Ibrahim Al-Khalil A.S sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-An'aam seperti berikut:

"Dan (ingatlah) diwaktu Ibrahim berkata kepada Bapaknya Aazar:"Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata"(74)

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat)di langit dan dibumi,dan (Kami perlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin (75)

Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang(lalu) dia berkata:"Inilah Tuhanku".Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata:"Saya tidak suka kepada yang tenggelam (76)

Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata:"Inikah Tuhanku?".Tetapi setelah bulan itu tenggelam dia berkata:"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat."(77)

Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata:"Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar", maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata:"Hai kaumku aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan"(78)

Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (79)

Begitulah sahabat-sahabat kisah Nabi Ibrahim A.S yang Allah abadikan di dalam Al-Quran sebagai panduan untuk orang-orang yang berfikir.Apa yang baik datang daripada Allah Ta'ala dan apa yang buruk datang daripada kelemahan diriku yang hina ini.والله أعلم




Wednesday, May 16, 2007

KISAH TIGA ORANG ANAK

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang(jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya.Apa yang dimahukan si Raja itu.Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulauseberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah,ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawabAnis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis taktahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagarrumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnyamengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI .Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Idea:Norsakinah Jusoh

Monday, May 14, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekelian,
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan kemaafan sekiranya ada silap dan salah dan doakan saya dan sahabat lain najah di dalam imtihan kali ni....Untuk itu selamat berimtihan semoga kejayaan milik kita bersama.

Membangun bersama ISLAM: Hafidz('_')v
*P/s: Tlg solat hajat bnyk2 ye...hihihi

Thursday, May 10, 2007

Guideline for Muslimah


My Dear Sisters in Islam, Assalamu Alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu...
Please take a look at this advice, so that you can stay attractive and beautiful for the rest of your life.
1- To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny.
2- To beautify your face and make it shiny, keep making wudo minimum five times a day.
3- To have attractive lips, always mention Allah and remember to speak the truth.
4- As for blush and rouge, "Modesty" (Haya') is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic centers.
5- To remove impurities from your face and body, use a soap called "Istighfaar" .(seeking forgiveness of Allah) this soap will remove any bad deeds.
6- Now about your hair, if any of you has a problem of hair split ends,then I suggest "Islamic Hijab" which will protect your hair from damage.
7- As! for jewelery, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor.
8- To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings.
9- Your necklace should be a sign to pardon your fellow brothers and sisters.If you follow these advices given to you by the Creator, you will have a beautiful and attractive inner and outer appearance.wassalam

"Lain kali petua untuk lelaki pulak ye...."

Sumber: "Cancernie"

Cerita KENTUT...

WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut. "Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung."
Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS. Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
Hihihi...macam-macam.So......ambillah pengingatan sebelum terlanjur.Wallahu Alam

Wednesday, May 9, 2007

Seorang Gadis.....

Seorang gadis itu ..
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit,
Manis tuturnya,
Lentur hati,
Telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,

Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya..

Seorang gadis itu..
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta,
Sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
Cinta untuk dirasa..

Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia..
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia..
Begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah..

Seorang gadis itu ...
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini..
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmatNya..

Seorang gadis itu..
Bisa seteguh Khadijah,
Yang suci hatinya,
Tabah & tenang sikapnya,
Teman ar-Rasul,
Pengubat duka & laranya..

Bijaksana ia,
Menyimpan ílmu,
Si teman bicara,
Dialah Áishah,
Penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah,
Penyimpan mashaf pertama kalamullah..

Seorang gadis itu..
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya ALLAH memuji..

Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah,
Kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda..

Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan,
Tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syaheed menyahut panggilan ALLAH..

9 Siti Yg Patut Dicontohi..

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.p/s: kalau nama akhowat bukan siti pun takde masalah utk mencontohi semua siti2 yg agung ini..insyaAllah..kita semua mmg dilahirkan sbg siti iaitu muslimah walaupun mak ayah kita tak letak nama kita dlm ic sbg siti..=) sungguh indah klw boleh miliki walau secebis dari kehebatan siti2 di atas ni..kps siti aisyah samad..makasih byk2 ya bgi gyh kongsikan artikel ni..=)=)=) moga aisyah termasuk dlm siti impian jugak..insyaAllah..Ya Allah..kami bermohon padaMu dgn rahmat dan kasih sygMu, bantulah kami menggapai redhaMu yg masih jauh itu...ameen...

Sunday, May 6, 2007

Pintu Hati


Bismillah.....
Rasulullah S.A.W bersabda:"Setiap manusia masuk syurga kecuali orang yang ingkar.Para sahabat R.A bertanya tentang siapa yang yang ingkar itu.Nabi bersabda:"Sesiapa yang taat kepadaku aku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka mereka itulah yang ingkar."

Saturday, May 5, 2007

Kisah Tadika

Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian.

Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di TadikaSmartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JCmaksudnya Jesus) ini diakui sendiri oleh pemilik ini.Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia.
Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat". Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.
Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu.Wallahu alam