Tuesday, September 30, 2008

Ucapan Khas CINTA AGUNG



Bismillah...ku mulai taipan pada keyboard kat pc ni.Pada kesempatan ini, CINTA AGUNG ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ibu bapa di kampung, guru-guru, sahabat-sahabat, blogger2 semua.Ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekira sepanjang perkenalan CINTA AGUNG bersama kalian terdapat salah silap, tergigit telinga ke?terkata-kata ke?Maaf ye.....urmm.Moga Allah Ta'ala merahmati kita semua di hari raya ini.Duit raya???Sori la...CINTA AGUNG belum ada ekonomi yang kukuh lagi.Lain tahun la....Untuk akhirnya, SALAM LEBARAN kepada semua umat Islam.

Di taip oleh:
CINTA AGUNG (^-^)V

Tempat menaip:
Cyber Cafe Depan Kompleks Penuntut Terengganu,Hayyu Asyier,Qoheroh,Mesir.

Komputer no.:
20

Thursday, September 25, 2008

Jangan Ketawa (",)v

~AYAT BARU JEPUN~

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI


p/s: Jangan sampai kuar air mata gelak tu...huhuhu..Istigfar banyak2 kasi tahan gelak..:)

Monday, September 22, 2008

Wal Asr



Bismillahirrahman Ar-rahim...

" Demi MASA!!!...sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh...dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran " Surah Al-Asr.

Friday, September 19, 2008

(*-*)Formula Kasih Sayang Sejati(*-*)


Sabda Nabi S.A.W.:
" Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi sahabatnya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri "
- al-Hadith -

Hati telah lama gersang
Dari siraman kasih sayang
Kerana hujan iman
Sudah lama tidak turun
Kita tanamkan kembali
Budi penyiram kasih
Agar hati yang gersang
Gembur dan subur lagi

Marilah kita jalinkan
Kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang dihati ini
Kita siram kembali
Dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi
Kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan subur kembali
Iakan berdaun dan subur berbuah
Memberi manfaat semula kepada
Penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hambaNya
Allah sangat sayang
Kepada hamba yang berkasih sayang
Suburkanlah kasih sayang
Untuk keredhoanNya

Mari kita suburkan hati ini
Dengan benih kasih sayang
Tanamkan semua jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup
Dalam derita lagi sengsara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama manusia

Ikhlas daripada;
Cinta Agung v(-,-)v

Thursday, September 18, 2008

Komentar Hadith Perpecahan Umat Islam Kepada 73 Kumpulan

Bismillahirrahman ar-rahim…
InsyaAllah, kali ini penulis akan membentang satu sub tajuk daripada kitab Dr.Yusof AlQaradawi iaitu “Sohwatul Islamiyyah Baina Ikhtilafil Mashru’ wa Tafarruqil Mazmum”. Untuk makluman para pembaca sekalian, risalah yang disediakan ini merupakan hasil terjemahan penulis dan penulis cuba meringkaskan sebahagian tulisan ini di atas sebab-sebab tertentu.Mudah-mudahan terjemahan boleh memberi sedikit manfaat ilmu kepada semua.Segala teguran amat dialu-alukan sebagai muhasabah untuk diri penulis.Penulis memohon ampun kepada Allah Ta’ala sekiranya penterjemahan ini terdapat kesilapan yang berkaitan ayat-ayat Al-Quran dan al-Hadith kerana bimbangnya penulis akan ancaman Nabi S.A.W. di dalam satu hadith yang bertaraf Mutawattir, sabda Baginda: “Barangsiapa yang berbohong atas namaku secara sengaja, maka sediakanlah baginya neraka sebagai tempat duduk.”Semoga penterjemahan ini menjadi amal soleh yang memberatkan timbangan di hari Kiamat nanti.Amin…

Hadith tentang berpecahnya umat kepada beberapa kumpulan lebih daripada70 kumpulan semuanya masuk neraka kecuali satu kumpulan yang lebih dikenali sebagai “Firqatun Naajiah”.Banyak perbincangan berkenaan hadith ini dikalangan ulama’ dari 2 aspek iaitu; dari aspek thabitnya dan dari aspek pendalilannya.

1-Pertama sekali, mestilah diketahui bahawa hadith berkenaan tidak terdapat di dalam dua kitab hadith yang masyhur iaitu; kitab Sohih Bukhori dan Sohih Muslim bahkan bukannya tajuk yang penting di dalam kitab tersebut.Ini menunjukkan bahawa hadith tesebut tidak menepati syarat yang dikehendaki oleh kedua-dua kitab hadith tersebut.

2-Kedua, di dalam sesetengah riwayat, ada hadith yang tidak menyebut “sesungguhnya semua kumpulan ke dalam neraka kecuali satu kumpulan” tetapi sebaliknya hanya menyebut tentang perpecahan dan bilangan kumpulan sahaja.hadith tersebut adalah hadith Abi Hurairah R.A. yang diriwayatkan Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim Rahimakumullah Ajmain.Hadith tersebut berbunyi:
“Telah berpecah orang Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan, berpecah orang Nasrani kepada 71 atau 72 kumpulan dan berpecah umatku kepada 73 kumpulan.”

Hadith tersebut yang dikatakan bertaraf Hasan Sohih oleh Imam Tirmizi dan disohihkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim diperkenalkan oleh Muhammad ibn ‘Amru ibn ‘Alqomah ibn Waqaas Al-Laithi.Bagi mereka yang mengkaji dan membaca riwayat hidupnya di dalam kitab “Tahzib at-Tahzib” diketahui bahawa beliau amat lemah daya ingatan untuk menghafaz.Sebagaimana dimaklumi bahawa Imam At-Tirmizi, Ibn Hibban dan Al-Hakim diantara golongan yang bersikap terbuka dalam mensohihkan sesuatu hadith.

Di samping itu, hadith ini yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah R.A tiada tambahan lafaz “ Semua kumpulan di dalam Neraka kecuali satu kumpulan.”Hadith dengan tambahan lafaz tersebut diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat iaitu; Abdullah ibn ‘Amr, Muawiyah, ‘Auf ibn Malik, Anas.Kesemuanya dhoif pada isnad atau sandaran tetapi dikuatkan dengan disandarkan hadith tersebut antara satu sama lain.

Di sana terdapat pelbagai kemusykilan pada meletakkan hukum berpecah umat Islam lebih banyak daripada Yahudi dan Nasrani dari satu sudut iaitu dengan mengkategorikan semua kumpulan ini sesat dan berada di dalam Neraka kecuali satu kumpulan yang selamat.Ini akan membawa kepada setiap kumpulan akan mendakwa kumpulan merekalah yang selamat dan selain mereka kumpulan yang sesat lantas menyebabkan keretakkan ummah dan fitnah antara satu sama lain.Ini akan melemahkan ummah dan dalam masa yang sama pihak musuh akan mendapatkan faedah daripada krisis ini.

Al-‘alamah Ibn Al-Wazir mengambil sikap dengan menjauhi hadith ini khususnya pada tambahan hadith kerana ia akan menyebabkan kepada suatu golongan akan menyesatkan golongan lain bahkan lebih teruk lagi mengkafirkan antara satu sama lain.Berkata Ibn Al-Wazir Rahimahumullah di dalam kitabnya “Al-‘Awaasim Wal Qawaasim” ketika menyebut mengenai kelebihan umat ini dan menjauhi diri dari mengkafirkan orang lain, beliau menyebut; “Jauhilah diri kamu daripada penipuan dakwaan “Kesemuanya sesat dan binasa kecuali satu” kerana ia adalah penambahan yang salah, tidak sesuai dengan kaedah dan mungkin muslihat musuh”.Beliau turut menukilkan kata-kata Ibnu Hazm, beliau menyatakan bahawa penambahan hadith tersebut adalah direka-reka dan bukannya bertaraf mauquf dan marfu’ kepada Rasulullah S.A.W.Begitu juga hadith-hadith berkenaan celaan terhadap Qadiriyyah, Murjiah dan Asy’ariyyah, semuanya lemah.

3-Ketiga, terdapat sekian ‘ulama terdahulu dan kini yang menolak hadith itu dari segi sanadnya, dan sebahagiannya menolak dari sudut matan dan maknanya.Ini dilakukan oleh Abu Muhammad Ibn Hazm, beliau menolak golongan yang mengkafirkan orang lain hanya disebabkan perselisihan didalam perkara ‘i’tiqodiyyat’ iaitu kepercayaan.Di sana telah disebutkan hadith yang digunakan untuk mengkafirkan orang yang mana kesemuanya disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. iaitu:
a) Qodiriyyah dan Murjiah adalah Majusi umat ini
b) Berpecah umat Islam kepada 70 lebih kumpulan, kesemuanya di dalam Neraka kecuali satu kumpulan di dalam Syurga.

Berkata Abu Muhammad; “Kedua-dua hadith ini tidak sah dari sudut isnad yakni sandaran.Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah bagi orang yang mengatakan khobar wahid ,macam mana pula bagi orang yang tidak berkata demikian?”

Dan telah berkata Al-hafiz Ibnu Kathir ketika menafsirkan firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-An’am ayat 65; “…atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sehingga sebahagian kamu merasa kesakitan daripada yang lain…”.Dan turut kedapatan hadith yang diriwayatkan dari banyak jalan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Dan akan berpecah umat ini kepada tujuh puluh tiga kumpulan, semuanya di dalam Neraka kecuali satu kumpulan.”Tidak ada penambahan pada hadith ini maka tidak disifatkan taraf hadith samaada Sohih ataupun Hasan boleh jadi beliau memanjangkan perbahasan dalam penafsiran ayat dengan menyebut hadith-hadith dan al-athar yang bersesuaian dengannya.

Imam Syaukani Rahimahumullah telah menyebut mengenai kata-kata Ibnu Kathir pada hadith tersebut kemudian berkata; “Aku telah katakan:Adapun penambahan “semuanya di dalam Neraka kecuali satu” telah didhoifkan oleh sekumpulan besar ‘ulama hadith.Bahkan Ibnu Hazm mengatakan ianya adalah maudu’ yakni direka-reka.

Walaupun di sana terdapat sebahagian ‘ulama yang menghasankan hadith tersebut seperti Al-hafiz Ibnu Hajar atau disohihkan sebahagian daripada mereka seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahumullah dengan pelbagai jalan pengambilan hadith tidak bermakna bahawa perpecahan ini (dalam bentuk dan jumlah tersebut sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith) sesuatu yang cukup kuat dan berterusan hingga hari Kiamat.Tetapi cukuplah dengan membenarkan hadith tersebut bahawa terdapat perpecahan pada satu masa dari masa-masa tertentu.Kadang-kadang terdapat sebahagian kumpulan ini yang dikalahkan dengan kebenaran kemudian ia menyimpang dan tidak kembali lagi.Begitulah situasi yang berlaku terhadap kebanyakan kumpulan-kumpulan yang sesat.Musnah dan lenyap begitu sahaja.

Kemudian hadith tersebut menunjukkan bahawa kesemua kumpulan-kumpulan ini sebahagian daripada umat Nabi S.A.W. berdalilkan sabda Baginda; “Berpecah umatku” dan bermaksud kumpulan yang tidak keluar dari ajaran dan tidak berpisah daripada jasad umat Islam.Manakala maksud “ di dalam Neraka” tidak bermakna kekal di dalamnya sebagaimana orang-orang kafir, tetapi masuk sebagai orang yang berdosa yang beriman.Kadang-kadang mereka diberi syafaat daripada Nabi-nabi ‘Alaihimussalam atau para Malaikat atau orang beriman dan kadang-kadang terdapat kebaikan yang mereka telah lakukan atau musibah yang telah menimpa ke atas mereka yang menyebabkan mereka terlepas daripada azab.Tidak kurang juga mereka yang diampunkan oleh Allah Ta’ala lebih-lebih lagi apabila mereka berusaha untuk mencari kebenaran tetapi tesesat jalan.Sesungguhnya Allah Ta’ala telah melepaskan umat ini dengan sebab salah, kelupaan dan paksaan.Wallahu ‘alam.

Selesai terjemah:
Selasa, Jam 1.30 Pagi, 17 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 17 September 2008 Masihi
Syari’ Syuq Syria, Buhairoh, Damanhur,
Mesir.

Rujukan:
Kitab :Sohwatul Islamiyyah Baina Ikhtilafil Mashru’ wa Tafarruqil Mazmum
Karangan :Dr.Yusof AlQaradawi
Keluaran :Maktabah Darul Syuruq,Mesir.

Thursday, September 11, 2008

Ghozwatul Badr Al-kubro

Bismillahir Rahman Arrahman

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan Lailatul qadar yang istimewa...

Begitu sebahagian daripada rangkap2 lagu yang menunjukkan kelebihan bulan Al-Quran ini yakni bulan Ramadhan.Pada bulan ini juga berlakunya pelbagai peristiwa besar dalam Islam secara khususnya peristiwa Peperangan Badr Alkubro.Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.

Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.

“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan

Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.

Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :

“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”

Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”

Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah Peperangan Badar:
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

Begitulah cerita tentang Peperangan Badar.Semoga kita dapat ambil manfaat daripada peristiwa tersebut.Wassalam

Petikan daripada:http://www.comp.nus.edu.sg