Monday, January 26, 2009
Isi Masa
Dah lama rasanya tak menaip kat ruangan blogger ni.Perasaan kaku+terharu+tergaru+tersuka bercampur gaul dalam atmaku.Alhamdulillah,exam pun dah habis semalam.5 subjek untuk fasa satu ni amat membahgiakan...Tafsir, Bahas Qawaid Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Bahasa Inggeris dan subjek last semalam,Bahasa Arab.Tak tau la macam mana hanya pasrah kepada Allah.Fasa dua sedang menanti dengan sajian 7 subjek yang masih berbaki.Sekarang ni aku berada di Kompleks Rumah Anak Terengganu,Hayyu Asyier,Qaherah,Mesir.Wida' dengan beberapa orang sahabat telah pulang ke Malaysia pagi tadi.Kompleks kelihatan sunyi sepi sikit memandangkan ada yang masih exam..erm..(-i-)tak tau nak buat apa?Kalau duduk kat rumah sendiri boleh jugak rancang aktiviti.
Sepanjang sebulan pertama tahun 2009 ni, banyak peristiwa yang berlaku.Pergolakan di Gaza,Palestin membuka tirai tahun baru Hijrah dengan penindasan puak-puak Yahudi la'natullah ke atas umat Islam, Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu kawasan tempat lahirku menyaksikan kemenangan YB Abdul Wahid Endut (PAS) ke atas lawannya(tahniah diucapkan kepada semua yang menyokong Islam) dan terbaru, kematian seorang Mahasiswa Tahun 1 Usuluddin, Al-Azhar amat mengejutkan aku.Menurut maklumat yang diperoleh, allahyarham mengidap TIBI,wallahu alam.Allahyarham,Mohd Hatta Mohd Hanafi yang merupakan adik kepada sahabatku, baru 4 bulan di bumi Ambiya' ni.Takdir mengatasi segalanya.Semoga Allah mencucuri rahmatNYA kepada beliau,amin!!
Jam dekat laptop ni dah pukul 11.17 tengah hari, aku ingin mengundurkan diri dulu sebab lepas Zohor ni InsyaAllah aku ingin ke Ekspo Buku(Maarod Kitab) nak survey kitab yang ingin diborong.Sebelum tu, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan punya laptop ni sebab bagi pinjam laptop ni.Kalau tak ada laptop ni, tak ada la artikel ni(^-^).Tidak lupa kepada pengunjung Cinta Agung, semoga berbahagia di samping yang tersayang dan ingat daku dalam doamu.Siiru ala barakatillah...jumpa lagi,chak!(^-^)v
Sunday, December 21, 2008
Abdullah Bin Mas’ud R.A.
Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib bin al-Huzali, Abu Abd. Al-Rahman.Ibunya ialah Ummu Abdillah daripada qabilah Huzali juga.Beliau merupakan golongan yang mula-mula masuk Islam.Diriwayatkan bahawa beliau orang yang keenam memeluk Islam.Antara manaqibnya ialah beliau orang yang pertama menyaringkan bacaan Al-Quran di Makkah di hadapan orang kafir.Berhijrah ke Kota Habsyah kemudian ke Madinah, menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W. iaitu Badar, Bai’ah al-Ridhuan dan semua peperangan.
Seterusnya menyertai peperangan Yarmuk selepas kewafatan Rasulullah.Beliau dimuliakan dan dikasihi oleh Rasulullah S.A.W.Pernah berkhidmat sebagai khadam Rasulullah S.A.W. dengan penuh amanah.Memegang banyak rahsia Rasulullah S.A.W.Menjadi teman Rasulullah S.A.W. dalam musafir.Beliau diizinkan masuk bertemu Rasulullah pada sepanjang masa dan membawa siwak, sepatu dan air untuk Rasulullah S.A.W.Termasuk di kalangan ulama sahabat yang besar dan menghafaz Al-Quran.Rasulullah S.A.W. pernah berkata padanya;
( إنك غلام معلم )
“ Sesungguhnya kamu seorang budak yang layak menjadi guru”
Umar R.A. berkata; “Bekas yang dipenuhi dengan ilmu.”Beliau meriwayatkan sebanyak 848 hadis.Umar R.A. melantiknya menjadi Gabenor di Kufah dan penguasa Baitulmal.Kembali ke Kota Madinah pada zaman pemerintahan Uthman R.A.Meninggal pada tahun 32 Hijrah atau selepasnya ketika berusia 60 tahun di Kota Madinah.Wallahu ‘Alam.
Friday, December 5, 2008
3 Insan Berjasa:Teladan Buat Umat
Bismillahirrahman Ar-rahim...
Dah lama rasanya Cinta Agung tak letakkan entri kat blog ni.Bukan apa, sibuk berkuliah dan exam pun lebih kurang sebulan lagi.So, kenalah korbankan masa untuk study almaklum dah tahun akhir kat Uni Azhar ni.Bercakap pasal korban, hari raya dah dekat.Sinonim kepada masyarakat Islam seluruh dunia, hari raya Aiduladha mengingatkan kita akan kisah pengorbanan tiga insan yang agung, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail Alaihima Salam dan Siti Hajar.Ya Allah betapa besarnya pengorbanan mereka kepadaMu.Cakap saja tak guna…jadi, marilah kita hayati dan contohi kesabaran Nabi Ismail a.s, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., dan sifat tawakkal Siti Hajar.Sebagai ole-ole, Cinta Agung dedikasikan lagu ini kepada semua peminat Cinta Agung yang mendoakan saya dan menyokong dari belakang,jazakumullah khairan kathiraa. Selamat Hari Raya ‘Aiduladha, Kullu Aamin Wa Antum Bikhair…
Sofa Dan Marwah….
Sofa dan Marwah kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah juga suaminya
Biarpun hidup penuh derita
Nabi Ibrahim suami tercinta
Menerima wahyu perintah Allah
Suatu suruhan mengandungi hikmah
Mereka berdua harus berpisah
Menangis Hajar mendengar kisah
Pilu hatinya dihambat resah
Mengenang nasib telah tersurat
Hidupnya bakal menempuh susah
Nabi Ibrahim hatinya rawan
Anak dan isteri harus ditinggalkan
Namun dirinya tak dapat melawan
Perintah Allah segera dilaksana
Di padang tandus Hajar ditinggalkan
Tiada teman tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan
Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan susu kekeringan
Menangis Ismail haus kelaparan
Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakan kaki anaknya
Tuesday, November 25, 2008
Uji Diri
Luqman al-Hakim menasihati anaknya dengan berkata:
“Hai anakku, tiga perkara yang tidak diketahui kecuali pada tiga, orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah, orang berani tidak diketahui kecuali ketika perang dan sahabat sejati tidak diketahui kecuali ketika berhajat.”