Sunday, October 11, 2009

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Bismillahirrahman Ar-rahim...



Assalamualaikum kepada pengunjung blog Cinta Agung ini.Kali ini, saya ingin berkongsi satu artikel dan semoga tulisan ini akan memberi manfaat kepada semua.Selamat membaca(^^)

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Erm, tak dapat buat artikel...sebarkan artikel orang lain pun jadi la...
*Kredit untuk penulis asal "aisya humaira"

Friday, October 9, 2009

Soal Hati 8: Lembutkanmu Hati Dengan...

Bismillahirrahman Ar-rahim...



Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh dan salam sejahtera kepada pengunjung blog CINTA AGUNG.Sudah agak lama tidak menulis di ruangan blog ini.Mungkin buat masa ini istilah OTAK BEKU boleh digunakan lantaran kekurangan idea untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat.Biasalah time idea datang, macam-macam perkara hendak ditulis tapi apabila tiada idea, jawabannya blur(^^).Cukuplah tu...

Untuk ruangan Soal Hati kali ini, saya ingin berkongsi sebahagian isi khutbah Jumaat semalam iaitu cara untuk melembutkan hati antaranya:
1- Mengingati Akhirat
2- Mengingati kematian
3- Membaca Al-quran dan mentadabbur isi kandungannya
4- Basahkan lidah dengan zikrullah
5- Bersama-sama orang-orang soleh

Wallahu Alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Semoga memberi manfaat kepada anda semua.
*Menghitung hari....

Wednesday, September 30, 2009

Salam Eidul Fitri

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t....

Pada kesempatan masa yang ada ini,Cinta Agung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Kullu Am Wa Antum Bikhair.Maaf segala silap dan salah selama ini, halalkan makan minum dan segalanya(^^).Wassalam

Nota Kaki Cinta Agung:
*Kepenatan setelah pulang dari Jaulah Haramain masih terasa.Alhamdulillah semuanya selamat.
*Gambar di atas:Lobi hotel di Madinaturrasul S.A.W
*Moga dapat ke sana lagi dalam keadaan yang lebih baik lagi.Amin

Tuesday, September 8, 2009

Ni'mat ke Nikmat?

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kawan semua.Pada kesempatan yang ada ini sementara menunggu waktu berbuka, Cinta Agung nak letak satu entri di blog ni.Ni'mat(نعمة) dan nikmat(نقمة).Sekali dengar macam samakan?Tapi sebenarnya berbeza.Bezanya pada huruf dan pengertiannya.Beza pada huruf, Ni'mat berdiri atas huruf Nun, 'Ain, Mim dan Ta' Marbuthoh adapun Nikmat berdiri atas huruf Nun, Qaf, Mim dan Ta' Marbuthoh.Beza pada pengertiannya pula, Ni'mat membawa makna KURNIAAN manakala Nikmat membawa makna KECELAKAAN.

Bercakap pasal ni'mat, cuba anda hitung berapa banyak ni'mat yang diperoleh sepanjang hidup di dunia ini?Sebut sahaja, makan, minum, tempat tinggal, anak-anak, kesenangan, kesihatan, kelapangan, kejayaan dan banyak lagi.Semua itu ni'mat.Kalau hendak dihitung nescaya tidak terhitung.Baca sahaja firman Allah Ta'ala: " Dan sekiranya kamu menghitung ni'mat Tuhanmu, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..."Masya Allah terlalu banyak ni'mat yang diberikan oleh Allah tapi "sedikit sahaja daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."

Mari kita beralih kepada hadith Baginda Nabi Muhammad S.A.W. berkaitan dengan ni'mat ini.Suka saya petik satu hadith yang bermaksud: "Dua ni'mat yang dilekakan olehnya banyak orang: Kesihatan dan Kelapangan" dan beberapa hadith yang mana memberi ingatan kepada kita semua supaya tidak dilekakan dengan keni'matan.Kenapa Nabi S.A.W. bersabda sedemikian rupa?bukankah ni'mat itu sesuatu yang elok?Jawabannya, jika banyak sangat ni'mat dan si penerima ni'mat tidak menggunakannya dan mensyukurinya tidak mustahil ni'mat akan bertukar menjadi nikmat.

Cuba kita renung sejenak, berapa ramai orang yang diberikan ni'mat kesenangan, kelapangan, kekayaan, dan lain-lain ternyata dengan ni'mat tersebut mereka hanyut dan leka dalam fatamorgana dunia.Ni'mat itu bukan digunakan untuk mendekatkan diri kepada Pemberi ni'mat sebaliknya menyebabkan mereka semakin jauh daripada Allah Ta'ala.Jauh daripada Allah bermakna jauh daripada rahmat dan keberkatan.Bukankah itu Nikmat(Kecelakaan) namanya?.Mari kita perhatikan ayat Allah yang bermaksud: " Apabila manusia ditimpa malapetaka, ia memohon kepada Tuhannya serta kembali (bertaubat) kepadaNya.Kemudian, apabila ia dianugerahi ni'mat daripadaNya, ia lupa akan apa yang telah dimohonkan kepada Tuhan sebelumnya dan ia adakan beberapa sekutu bagi Allah"Az-Zumar:Ayat 8.Kalau anda perhatikan, di dalam Al-quran terdapat beberapa ayat yang memberi pengertian yang sama sepertimana ayat tadi.

Itulah sifat kita, makhluk yang bernama MANUSIA.Apabila diberikan sedikit kesenangan, kita mudah lupa kepada Allah Ta'ala macam kacang lupakan kulit.Lupa jasa orang yang berjasa.Sesungguhnya, Allah menjadikan dua makhluk yang bernama KEBAIKAN dan KEBURUKAN sebagai fitnah(ujian) kepada manusia.Adakah mereka berjaya atau tidak menghadapi ujian tersebut.

Sebagai akhirnya, apa yang perlu kita ingat dalam hidup ini keberkatan merupakan segala-galanya.Ni'mat semua orang dapat hatta orang kafir sekalipun tetapi rahmat dan berkat bukan semua orang yang mampu mencapainya.Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua, amin.Wallahu 'alam.

Nota Kaki Cinta Agung:

*Fasa kedua Ramadhan semakin meninggalkan kita, mari kita sama-sama manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.

Wednesday, September 2, 2009

Ziarah Dan Doa


Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kerana masih diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa.Sekarang, umat Islam sedang dijamukan dengan pakej kedua puasa iaitu
KEAMPUNAN sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Baginda Rasulullah S.A.W.

Setelah lama merancang, insyaAllah pada Ramadhan kali ini Cinta Agung akan menunaikan umrah di Mekah.Rombongan ini dijangka bertolak pada 12 September 2009 dan pulang ke Mesir pada 28 September 2009.Jadi pada kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini jika ada terkasar bahasa, sakitkan hati dan halalkan makan minum.Doakan semoga rombongan ini selamat pergi dan pulang dan doakan saya supaya diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang keberadaan di sana.
Jazakallahu khairan kathiraa...Wassalam

Cinta Agung
Rabu, 2 September 2009
3.11 Petang
Tooba, Damanhur



Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi S.A.W. bersabda:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia menyintaiku.Dan sesiapa menyintaiku maka dia bersamaku di dalam Syurga".
*
Ya Allah ya Tuhanku, ampunlah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya.Amin(-,-)

Monday, August 31, 2009

Merdeka:Ingatan Bersama

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang masih setia mengunjungi blog Cinta Agung ini.
Alhamdulillah, hari ini negara kita Malaysia menyambut perayaan Hari Kemerdekaan.31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat negara ini.Di Mesir, para penuntut di sini turut meraikan perayaan tersebut di bawah penganjuran persatuan pelajar iaitu Persekutuan Republik Arab Mesir(PMRAM).Program EGP 09 singkatan kepada Ekspo Gempak PMRAM 09 yang diadakan pada 8-11 Ogos 2009 di Kaherah baru-baru ini mendapat sambutan yang amat baik hasil komitmen para ahli yang terus menyokong badan induk ini untuk meneruskan survival di Perlembahan Nil ini.Program mega ini diadakan pada setiap tahun.

Setiap tahun kita meraikan hari bersejarah ini tetapi adakah keMERDEKAan yang kita nikmati sekarang kemerdekaan hakiki dan sejati.Saya kata begitu kerana setelah 53 tahun negara merdeka, kita masih lagi dibelenggu dengan bayang-bayang penjajah.Kita hanya merdeka dan bebas pada zahirnya sahaja tetapi hakikatnya tangan-tangan kuffar masih lagi mengawal setiap gerak-geri kita.Walaupun negara kita ditadbir oleh majoritinya orang Islam, ternyata mereka masih belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam walhal kuasa ditangan mereka imma disebabkan kejahilan wa imma kerana terasa kolot dan tidak sesuai dengan zaman dan beralasan masyarakat majmuk.Mereka melihat undang-undang Allah itu melalui logik akal yang terbatas kepada perkara tertentu.Allah Maha Mengetahui apa terbaik untuk hambaNya.
Sifat DENGAR dan PATUH perlu diterapkan di dalam diri setiap orang yang beriman kepada Allah bukannya mengkritik.Lihat sahaja para Malaikat, mereka sentiasa berlumba-lumba dan bersiap siaga untuk menjunjung perintah Allah Azza Wa Jalla."Mereka tidak bermaksiat kepada Allah dan mereka melakukan setiap apa yang diperintahkan" .Demikianlah sifat mereka yang dirakamkan di dalam Al-Quran.

Kemerdekaan yang dikecapi selama ini adakan akan berterusan?Tidak mustahil ianya akan hancur sekiranya nikmat kemerdekaan ini tidak diisi dengan sewajarnya, selagi kezaliman terus menjadi permainan kotor bagi mereka yang berkepentingan dan selagi maksiat terus berleluasa di sana sini.Allah Ta'ala berfirman:"Sekiranya kamu(Hai manusia) bersyukur, nescaya Kami akan tambah kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih".Sejarah sebagai bukti.Lihat sahaja kaum-kaum terdahulu yang mempunyai kekuatan dan ketamadunan, kaum 'Ad...Thamud...Firaun, semuanya hancur dek kekufuran dan keangkuhan terhadap Allah Ta'ala.Beleklah Al-quran, baca dan tadabbur ayat-ayat yang menceritakan sejarah umat terdahulu.Al-Quran bukan hanya dibaca untuk mendapatkan pahala semata-mata tetapi untuk diambil iktibar.Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah bukakan hati-hati pemimpin kita untuk melaksanakan undang-undang Allah di muka bumi ini khususnya Malaysia.Wallahu 'alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Kemerdekaan hakiki bagi orang beriman hanya setelah berjaya di akhirat kelak

*Imma didalam bahasa Arab bermaksud:Samaada

Thursday, August 27, 2009

Wallpaper Menarik Sempena Ramadhan










Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan kepada semua(^^).Sedar tak sedar, sudah enam hari kita berpuasa.Fasa pertama puasa sudah hampir ke penghujungnya dan dua fasa berikutnya akan menyusul.Semoga Allah Ta'ala mempermudahkan urusan kita semua.Di sini, saya ingin kongsi wallpaper yang rasanya agak menarik untuk dikongsi bersama.Untuk mendapatkan saiz asal, anda hanya perlu klik pada gambar di atas.Sekian, wassalam.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Sumber asal:http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/.Terima kasih banyak.
*Hiasi skrin komputer anda dengan wallpaper yang menarik ini.