Saturday, April 7, 2007

Luahan....


Assalamualaikum semua....semoga sihat selalu.Rasanya sudah lama tak menulis dalam blog ni.Sejak kebelakangan ni, saya agak sibuk menghadiri program.Perikse fasal ke 2 semakin menjelma, persediaan yang dibuat....em...entahlah, doa jelah.Hanya bergantung kepada kelas tambahan yang dijadualkan tapi sampai bila???Itulah manusia yang lemah dan sememangnya lemah.Yang kuat dan berkuasa itu hanya Allah Yang Satu.Hari-hari yang dilalui semakin mencabar keimanan.Saya teringat satu firman Allah Ta'ala di dalam surah Al-Ankabuut ayat:2 yang bermaksud:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?Orang dikasihi oleh Allah akan sentiasa diuji oleh Allah Ta'ala sama ada bentuk ujian itu berbentuk kesenangan ataupun sebaliknya.Bercerita tentang ujian Allah ni, teringat saya akan kisah hidup Baginda Rasulullah S.A.W sepanjang hidup Baginda yang penuh cabaran dan dugaan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.Mari kita renung sejenak akan pengorbanan Baginda Rasulullah ketika menyeru umat Thaif kepada Islam.Baginda disambut oleh penduduk Thaif bukan dengan hamparan permaidani merah tetapi dengan cacian dan rejaman batu daripada mereka sehingga darah mengalir dari batang tubuh Nabi yang suci itu.Tatkala dakwah Baginda ditolak, datanglah Malaikat yang ingin meminta izin daripada Baginda untuk memusnahkan penduduk Thaif itu tetapi Nabi menolak permintaan tersebut dan berdoa kepada Allah agar menjadikan zuriat-zuriat penduduk Thaif itu akan beriman kepada Allah Ta'ala.Allah Ta'ala merealisasikan hasrat Nabi S.A.W hasil daripada keikhlasan Baginda menyampaikan dakwah.Begitulah kisah seorang Nabi yang tidak putus asa dan terus berjuang, bagaimana dengan kita????????tepuk dada tanyalah iman.Ayuh diri ini,bangkitlah dari buaian angan-angan yang tidak berkesudahan!!!Sempena bulan Rabi'ul Awwal ni, sama-samalah kita mengenangkan sejarah Nabi Muhammad S.A.W dan marilah kita menyemaikan rasa kecintaan kepada Baginda dengan mengamalkan sunnah-sunnah di dalam kehidupan seharian kita dan banyakkan berselawat.Sebagai akhirnya, marilah kita merenung sebuah Hadith Baginda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka baginya satu pahala orang mati syahid" dalam riwayat yang lain "baginya seratus pahala orang mati syahid."Wallahu 'alam

No comments: