Bismillah....
Sudah jd kebiasaan kita, bila nak minum air yang panas secara adatnya kita akan meniup minuman tu.Boleh ke?.....
Mari kita meninjau kepada mafhum hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A:"Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR At-Turmizi).Secara umum hadith menunjukkan larangan membawa hukum makhruh perbuatan itu.Tapi kenapa tak boleh tiup makanan dan minuman?
Secara saintifiknya, apabila kita menghembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan Karbon Dioksida(CO2) yang apabila bercampur dengan air(H2O) akan terhasil unsur H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan air itu menjadi asid.Dan dalam hadith yang lain Nabi S.A.W. pernah menyuruh kita minum seteguk demi seteguk kerana apabila kita minum sekaligus, peratus kita bernafas dalam gelas adalah tinggi yang menyebabkan reaksi kimia tadi.
Kesimpulannya, apa yang Rasulullah S.A.W. suruh buat dan larang buat ada hikmahnya kerana kata-kata Baginda Rasul bukan kata-kata hawa nafsu semata tetapi wahyu daripada Allah Azza Wajalla.Satu lagi, realiti masyarakat sekarang sibuk nak cari maksud yang tersirat dalam sesetengah perkara sampai melupakan perkara yang lebih penting.Yang penting, tanamlah sikap "sami'na wa ata'na"bukannya sikap "sami'na wa 'asoina''.Wallhualam('-')v
No comments:
Post a Comment