Bismillahirrahman Arrahim….
Salam sejahtera kepada sidang pembaca yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian. Blog merupakan satu wadah bagi seseorang menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.Tidak kurang juga untuk meluahkan perasaan dan menganalisis isu semasa.Insya Allah, pada entri kali ini penulis ingin melontar satu soalan kepada sahabat-sahabat blogger buat renungan bersama.Soalannya "Kenapa saya jadi blogger?".Soalan ini timbul dibenak fikiran setelah melihat tsunami blog yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Yang amat mengejutkan, blogger pun kena tangkap I.S.A kononnya mengancam keselamatan negara. Kembali kepada soalan tadi, penulis rasa setiap orang mempunyai respon mereka yang tersendiri.Antara respon yang biasa didengar ialah:
1-Berblog untuk suka-suka
2-Kerana untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu
3-Kerana ingin melatih kemahiran menulis
Walau apapun respon yang diberi, yang penting niat tu kenalah IKHLAS.Menulis bukan kerana NAMA dan POPULAR tetapi kerana ALLAH TA’ALA.Melihat betapa pentingnya niat dalam sesuatu pekerjaan, di sana terdapat sejumlah hadith yang membicarakan tentang niat antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar Al-Khatab R.A bahawa Baginda Rasul bersabda:" Sesungguhnya amal-amal itu adalah berdasarkan dengan niat, dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkan....".Kebanyakan ulama’ seperti Imam Nawawi R.A memulakan karangan beliau dengan hadith tersebut sebagai contoh Kitab Arbain Annawawi(Himpunan 40 Hadith).Ada pendapat yang mengatakan bahawa niat merupakan satu pertiga daripada ilmu dan banyak lagi pendapat daripada ulama’-ulama’ yang muktabar megenai kelebihan dan kepentingannya.Melalui niat, ia dapat membezakan antara adat dan ibadah.
Sebagai kesimpulannya, setiap gerak kerja kita mestilah berpaksikan kepada landasan dan niat yang betul.Al-Quran dan Sunnah dijadikan penyuluh kepada kebenaran.Melalui blog, kita mampu untuk membetulkan kesalahan orang lain secara berhikmat dengan menggunakan kata-kata yang baik sesuai dengan firman Allah Ta’ala:" Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan secara hikmat dan peringatan yang baik...".Jangan pula kita jadikan blog medan untuk menfitnah dan mendedahkan keaiban orang lain.Jadi, tepuk dada tanya Iman di dalam diri masing-masing.Apa yang baik itu adalah daripada Allah jua manakala apa yang buruk itu daripada kelemahan diriku yang dhoif ini.Wallahu ’Alam
Mesej untuk semua:
1-Kepada peminat dan pengunjung setia Cinta Agung, bertemu lagi pada entri akan datang.
2-Cinta Agung mengucapkan syabas kepada Blogger yang tidak jemu untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada semua.

1 comment:
Saya menulis blog kerana minat. Tak kiralah orang baca ke tak baca ke. Minat yang menjadi hobi. Berkongsi pengalaman belajar, dan kadang-kadang menjadi jurnal maya saya. Apa pun betullah seperti kata cinta agung, apa-apa pun niatnya perlu baik, nanti InsyaAllah hasilannya juga baik~
Post a Comment