Bismillahirahman Ar-Rahim….
“Jauh tapi menyeronokkan”satu ungkapan yang boleh Cinta Agung nyatakan kepada semua sebagai pembuka tirai kepada suatu cerita dan pengalaman semasa makan angin ke Dumyat.Dumyat merupakan salah satu muhafazah yang berada di utara Mesir selain daripada Iskandariah.Perjalanan ke sana mengambil masa selama 5 jam dari Qaherah dengan menaiki kereta api kelas kedua dan 4 jam dengan menaiki pengangkutan awam atau sinonim dengan nama TREMCO.
Selasa-3 Februari 2009;
Sekitar 6.20 malam-Langkah dimulakan dari Kompleks Penuntut Terengganu,Hayyu Asyier setelah selesaikan Solat Maghrib untuk mendapatkan tremco menuju ke stesen kereta api di Ramsis.Kereta api ke Dumyat akan bertolak pada jam 7.30 malam.Perasaan resah mula bermain kerana tremco ke Ramsis tidak muncul-muncul dan masa terus berlalu.Kami menaiki tremco menuju ke Sabi’ untuk menjimatkan masa.Sekali lagi, tremco dari Sabi’ ke Ramsis tiada.Setelah beberapa minit berlalu, kami terpaksa menahan teksi untuk bergegas ke stesen kereta api kerana jam telah menunjukkan pukul 6.55 malam.Perasaan berdebar semakin menjadi-jadi kerana melihatkan kesesakan yang berlaku sepanjang perjalanan kami menuju ke Ramsis.Alhamdulilah, pada jam 7.22 malam kami tiba di stesen kereta api dengan selamat lantas kami bergegas ke Platfom 5 di mana kereta api mukayyaf thaniah(kereta api kelas kedua) berada.Haji Da dan Safwan yang telah berada di situ melambai-lambai kepada kami sebaik saja tiba.
7.45 malam-Kereta api mula bergerak dan penulis duduk dikerusi yang berangka 41 sebagaimana yang tercatat pada tiket bersama dengan Duan, teman satu sekolah.Kelihatan kerusi telah dipenuhi dengan penumpang-penumpang Arab Mesir.Perjalanan terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana kereta api tersebut akan berhenti pada setiap stesen kecil di kawasan tertentu dan berakhir di Tanta,pemisah kepada muhafazah yang lain.Kami buat kerja masing-masing untuk menghilangkan kebosanan.Perut mula berbunyi menahan rasa lapar kerana penulis tidak sempat menjamah makanan sebelum bertolak.Pada jam 9 malam, kami tiba di Tanta.Ramai penumpang turun di situ dan yang tinggal hanya beberapa orang Arab Mesir.15 minit kemudian, kereta api bergerak semula untuk ke Dumyat.Bosan-bosan…….
12 malam-Tibanya kami ke Stesen Kereta api Dumyat.Memandangkan masa telah lewat malam, kami bergegas untuk mendapatkan tremco ke Dumyat Jadidah dengan tambang sebanyak 1 Genih atau Pound Mesir.Setelah sampai di sana, kami menaiki tremco sekali lagi untuk menuju ke Uula(nama tempat).15 hingga 20 minit kemudian kami pun sampai ke destinasi yang dituju iaitu Rumah Halim.Lega rasanya….Selepas itu, faham-fahamlah ye(^-^)v
Rabu-4 Februari 2009;
Pagi-Setelah solat Subuh dan sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk ke pantai.Buat apa ke pantai musim sejuk ni?Erm…kutip kerang.Makanan kegemaranku.Kerang dekat Dumyat ni besar-besar.Perjalanan ke pantai mengambil masa selama 15-20 minit menaiki tremco.Setibanya di sana, berbekalkan guni beras dan beg plastik, kami memulakan pencarian kerang.Nasib tidak menyebelahi kami kali ini kerana kerang agak kurang tapi bolehlah setengah guni.Amacam,hebat tak?????
Tengahari-Duan dan Haji De bertungkus-lumus di dapur untuk menyediakan makan tengahari.Teman-teman lain enak dibuai mimpi mungkin penat mengutip kerang.Kerang masak merah menjadi menu utama.Alhamdulillah….
Petang-Selepas Asar kami bertolak ke pasar yang terletak di Dumyat Qadim untuk membeli ikan, sotong dan udang.Buat apa?Erm…barbeku!!!Makanan laut di sini agak murah berbanding tempat lain.Setelah selesai membeli barang dan menunaikan solat Maghrib, kami bersiar-siar di sekitar pasar.Keadaan begitu sesak dengan penduduk tempatan memenuhi kawasan tersebut.Setengah jam kemudian, kami mula bergerak untuk pulang ke rumah.Kali ini, kami menaiki bot penumpang menyeberangi Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia.
Sekitar 8.45 malam-Masing-masing sibuk menyediakan Barbeku.Hati kecilku tercuit melihat gelagat teman-teman.Betapa indahnya ukhuwwah Islamiyyah….Setelah selesai semuanya, kami menjamu selera.Alhamdulillah…Masa telah larut malam dan mata pun sudah mengantuk, kami beransur untuk melelapkan mata.Sebelum tidur, kami bersembang-sembang mengenai pengalaman hidup masing-masing.Lucu, seram…..
Khamis-5 Februari 2009;
6.15 pagi-Hari ini merupakan hari terakhir penulis di Dumyat.Setelah solat Subuh, kami bersarapankan biskut dan Kopi Mix.Ada juga yang sambung tidur mungkin keletihan.Pagi ini agak membosankan kerana tiada aktiviti hendak dibuat.Masing-masing buat kerja sendiri.Alahai…Kami rancang untuk ke Ra’sul Bar, pada petang nanti.
Sekitar 4 petang-Setelah selesai solat Asar, kami mula menggerakkan langkah untuk menuju ke Ra’sul Bar.Ra’sul Bar merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.Menarik kerana kita dapat lihat penghujung Sungai Nil yang memisahnya dengan Laut Mediteranian.Ada pendapat Ulama yang menyatakan bahawa di situ tempat bertemu Nabi Musa dan Nabi Khaidir ‘Alaihimassalam.Wallahu alam.Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Uula.Setibanya di sana, kami berjalan kaki untuk ke akhir sungai.Kawasan sekitar agak lengan pada musim sejuk sebaliknya ketika musim panas, Ra’sul Bar akan dipenuhi dengan pelancong sama ada dalam atau luar Negara.Kedamaian dirasai….Kami bergambar sakan sebagai kenangan dan modal untuk diceritakan kepada teman-teman yang lain.
Selepas Maghrib-Kami mula bergegas pulang ke rumah Halim untuk mengemaskan pakaian untuk pulang ke rumah masing-masing.Sebelum itu, kami sempat menikmati pizza Arab sebagai makan malam.
9 malam-Kami mula bertolak pulang ke rumah masing-masing setelah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.Kami mengambil tremco untuk ke mauqaf(perhentian kenderaan awam).Setibanya di sana, kami pun berpecah.Ada yang pulang ke Qaherah dan penulis dengan Ustaz Azam pulang ke Damanhur dengan menaiki kereta ke Iskandariyyah terlebih dahulu.Alhamdulillah, nasib baik kereta ada.
10 malam-Kereta yang kami naiki memulakan perjalanan.Perjalanan ke Iskandariyyah mengambil masa selama 3 jam.Sepanjang perjalanan, penulis hanya tidur kerana agak keletihan.Pengalaman berasa di Dumyat akan aku abadikan di dalam diari hidupku, Insya Allah….(^-^)V
Dedikasi khas untuk;
Ustaz Azam, Haji De, Duan, Marwan, Safwan, dan Halim(Tuan Rumah)
No comments:
Post a Comment