Bismillahirahman Ar-rahim...
Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Cinta Agung, semoga Allah Ta'ala memberi kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa untuk terus hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:"Dua jenis nikmat yang ramai dikalangan manusia terpedaya dengannya iaitu; KESIHATAN dan KELAPANGAN."Moga-moga Allah Ta'ala tidak masukkan kita semua ke dalam golongan tersebut.
Tanda Kebangkitan Islam
Apabila bercakap mengenai kebangkitan Islam, semestinya dan sudah pasti terdapat tanda-tanda yang dapat didetect oleh orang yang peka dan mengambil cakna akan agamanya.Perkara ini ada disebut oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man didalam kuliyyahnya yang bertajuk Kebangkitan Islam.Kebangkitan Islam boleh dilihat berdasar senario yang berlaku pada hari ini antaranya, ramai orang Barat yang memeluk agama Islam.Saban tahun, kita dapat lihat ramainya orang-orang bukan Islam khususnya di Barat yang memeluk agama Islam.Mereka yang masuk Islam bukan dalam suatu kuantiti yang kecil bahkan mencapai angka puluhan ribu setiap tahun.Firman Allah didalam surah An-Nasr:
"1.Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, 2.dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah..."(110;1-2).
Di dalam hadith berkenaan akhir zaman, Baginda Rasulullah S.A.W. ada mengatakan bahawa tidak akan terjadinya Kiamat sehingga matahari terbit dari barat.Fenomena matahari terbit dari barat merupakan tanda terakhir untuk berlakunya Kiamat.Apa perkara yang menarik di sini ialah hadith ini seolah-olah bercanggah dengan pandangan Ahli Kaji Bumi.Mereka berpandangan bahawa kelajuan bumi berpusing semasa mengelilingi matahari adalah 2000 kilometer per saat.Tetapi, jika situasi matahari terbit dari barat, pergerakan bumi mesti terhenti dan perlu melawan arusnya yang asal.Hal ini akan menimbulkan kehancuran yang ekstrem dan mustahil pada logik akal untuk berlaku.
Ustaz Tuan Ibrahim membandingkan situasi ini dengan situasi sebuah kereta yang dipandu laju dan tiba-tiba berundur.Macam mana keadaannya?.Di sana terdapat juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa hadith tersebut merujuk kepada masuknya orang-orang Barat kedalam agama Islam.Apakah maksud sebenar yang hendak dinyatakan oleh Baginda Rasul S.A.W.?Wallahu alam dan apa yang penting kalam Nabi S.A.W. tidak ada dusta dan wajib kita beriman kepadanya.Imam Malik r.a. pernah mengatakan:"Semua kata-kata boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata tuan kubur ini(iaitu kubur Saidina Rasulullah S.A.W.).
Ramainya orang yang ingin mengkaji Islam merupakan tanda kepada kebangkitan Islam.Kita dapat lihat sekarang, ramai orang mula mengkaji Islam sama ada secara serius atau sebaliknya.Golongan yang jahil mula berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu agama.Orang bukan Islam mula berminat dengan Islam lantaran melihat kesesatan yang melanda didalam ideologi-ideologi yang mereka imani dan anuti.Di sana, peranan daripada pendakwah baik, dan umat Islam baik amatlah diperlukan untuk menarik golongan-golongan ini kepada Islam.
Akhir kalam, walaupun di sana terdapat tangan-tangan jahat yang berhasrat untuk melumpuhkan dan melenyapkan Islam dari muka bumi ini, ternyata usaha tersebut adalah sia-sia.Semoga Allah Ta'ala mematahkan usaha jahat mereka dan mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Wallahu alam.
Nota Kaki Cinta Agung:
*H1N1 terus memburu mangsanya, jaga kesihatan anda sekeluarga sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment