Sunday, March 7, 2010

Keadilan Islam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cinta Agung. Keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam agama Islam. Firman Allah Ta’ala: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl :90).

Adil lawannya zalim, ADIL bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya manakala ZALIM pula, meletakkan sesuatu perkara pada bukan tempatnya. Sebagai contoh, pen yang fungsinya untuk menulis tetapi digunakan untuk membuat perkara yang luar daripada fungsi asalnya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari Kiamat…” dan Allah Ta’ala sendiri mengharamkan kezaliman pada diriNya. Wallahu alam.

Peristiwa Perempuan Bani Makhzum Yang Mencuri

Dalam sejarah, berlaku perkara yang membuktikan bahawa keadilan ini amat dititikberatkan oleh Islam. Kisah seorang perempuan mulia dari Bani Makhzum yang mencuri. Kes perempuan ini menarik perhatian kaum Quraisy dan mereka ingin mencari orang tengah yang boleh menjadi perantaraan dengan Rasulullah S.A.W. untuk menghindarkan hukuman had darinya.
Maka mereka berkata: "Siapakah yang boleh bercakap dengan Rasulullah S.A.W. dalam kes ini ?" Mereka berkata: " Tidak ada yang berani melakukannya kecuali Usamah bin Zaid  yang dicintai Rasulullah ." Maka perempuan itu dibawa ke hadapan Rasulullah , lalu Usamah bin Zaid  bercakap tentang perempuan itu kepada Rasulullah .
Maka berubahlah raut wajah Rasulullah dan bersabda:
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟
"Apakah engkau memberi syafaat dalam satu had dari hudud Allah I?
Usamah berkata: " Mohonlah ampun untukku, wahai Rasulullah." Maka tatkala di waktu isya', Rasulullah berdiri memberikan pidato. Lalu Baginda memuji Allah sebagaimana mestinya, kemudian bersabda:
"أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّما أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَهَا" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].
"Amma ba'du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahwa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya." Muttafaqun 'alaih.
Hadis ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa:
1-  Konsep keadilan di dalam Islam tidak memandang kepada keadaan status seseorang. Tidak kira sama ada orang kaya atau miskin, semuanya dihukum jika disabitkan bersalah.
2- Ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman menjadi punca kepada hancurnya sesuatu umat sebagaimana yang berlaku kepada umat-umat terdahulu.
Secara umumnya, dalam negara-negara di dunia termasuk negara-negara umat Islam masih lagi tidak menerapkan roh keadilan dalam sistem perundangan mereka. Hukum-hukum sekular masih bertapak di dalam negara. Hakim-hakim disogok untuk membela mereka yang bersalah dan ada diantara mereka diugut jika tidak mengikut kehendak mereka. Kesannya, orang yang berpengaruh bermaharajalela dengan kejahatan mereka. Jika perkara ini tidak dibendung maka tunggulah kehancuran suatu masyarakat itu.
Negara-negara umat Islam yang menjalankan hukum Islam boleh dibilang dengan jari. Kelompok masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan hukum Islam ini, dihalang dengan pelbagai cara. Semuanya untuk memastikan undang-undang Islam ini tidak dilaksanakan. Pelaksanaan hukum Islam perlu dilihat dari sudut keamanannya bukan dari sudut hukumannya, persepsi ini perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Umat Islam perlu yakin bahawa, setiap percubaan musuh untuk menghancurkan Islam akan menemui kegagalan walaubagaimana hebat sekalipun strategi mereka. Wallahu alam…
Nota Kaki Cinta Agung:
* “ Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui akan kebenaran”. Doa Nabi S.A.W. setelah pulang daripada berdakwah kepada kaum Thoif dalam keadaan baginda S.A.W. yang cedera.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Salam ziarah again.It's been a long time i didnt visit your blog (bz final semn skrg dh hbs study *big grins*).Blog ni dh tukar image ek.Sy suke article ni.Nak laksanakan sistem hukuman n perundangan Islam ni sbnrnye mudah tp jdi susah biler org2 (yg berkenaan)x paham konsep n pelaksanaan sebenar hukuman Islam pastu trus judge n jump to conclusions kate hukuman Islam ni x sesuai. Sy ader terbace satu blog, the author said hukuman Islam tu primitif..Astaghfirullah al-'azim. Semoga dgn ilmu dpt mengubah persepsi masyarakat kini. ..