Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat yang masih sudi untuk berkunjung ke blog Cinta Agung ini. InsyaAllah pada kali ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang dipetik daripada sebuah blog yang cukup cantik dan baik buat tatapan semua. Tajuk artikel tersebut ialah Cermin Diri Di hadapan Al-Quran. Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran dalam hidup seharian kita, adakah fungsinya untuk dibaca semata-mata? Mari kita terokai kupasan daripada penulis. Semoga manfaat ilmu tercurah kepada kita semua, amin!!!(^^)
Imam al Ajiriy dalam kitabnya Akhlak Hamalah al Quran berkata:
المؤمن العاقل إذا تلا القرآن استعرضه ،فكان كالمرآة يرى بها ما حسن من فعله وما قبح ،فما خوفه به مولاه من عقابه خافه، وما رغب فيه مولاه رغب فيه ورجاه، فمن كانت هذه صفته – أو ما قاربها- فقد تلاه حق تلاوته، وكان له القرآن شاهدا وشفيعا، وأنيسا وحرزا ونفع نفسه ، وأهله ، وعاد على والديه وولده كل خير في الدنيا والآخرة
" Seorang mu'min yang cerdik apabila membaca al quran, dia akan pamerkan dirinya di hadapan al quran. Seperti seseorang di hadapan cermin. Dia dapat melihat apa yang elok dan apa buruk tentang dirinya. Apabila Allah menakutkannya dengan hukuman dia menjadi takut. Apabila Allah memberi galakan dan pengharapan dia merasa tertarik dan menjadi berharap. Sesiapa yang boleh bersifat demikian maka dia telah membaca al quran sepenuh bacaan. Al quran baginya adalah saksi dan pembantu, teman dan benteng. Al quran benar-benar mendatangkan manfaat untuk diri dan keluarganya, membawa pulangan untuk ibubapa dan anak-anaknya dengan segala kebaikan dunia dan akhirat."
Mungkin ungkapan ini membantu kita menunaikan satu tanggungjawab terbesar kita kepada al Quran iaitu tadabbur ( meneliti dan memikir untuk memahami kandungannya ).
Firman Allah ;
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Sad : 29 |
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيراً
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Surah an Nisa' : 82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad : 24
Nota Kaki Cinta Agung:
*Sumber artikel: manaratulhuda.blogspot.com bertajuk “ Cermin Diri Di hadapan Al-Quran ”
1 comment:
nice =)
Post a Comment