Saturday, July 10, 2010

Soal Hati 15: Kisah Lebah Dan Lalat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dalam blog ini untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Moga mendapat manfaat dan kebaikan daripadanya, insyaAllahu Ta’ala.

Perbandingan lebat dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan  antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.
Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai  amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik  hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam….

Nota Kaki Cinta Agung:
*…(^^)…
*Pulau Musang, K.Terengganu
 Sabtu, 9.51 a.m

Wednesday, June 9, 2010

Selingan: Terima Kasih Imam Al Ghazali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Cinta Agung. Semoga dalam keadaan sihat dan taufiq Allah hendaknya. InsyaAllah, artikel pada kali ini saya petik daripada blog jomfaham.blogspot.com di bawah tajuk Terima Kasih Imam Al-Ghazali r.a. Selamat membaca....

Hujjatul Islam Imam al Ghazali telah meninggalkan banyak sumbangan kepada umat Islam bahkan kitabnya diteliti oleh ulamak-ulamak Islam. Di dalam mengkaji persoalan jiwa dan bagaimana cara penyelesaiannya telah dibahas. Ilmunya juga telah dijadikan rujukan oleh ahli psikologi dan secara tidak langsung telah mengangkat dirinya antara ahli psikologi yang hebat di dalam bidang ilmu jiwa.

Terima kasih Imam al Ghazali kerana menyampaikan ilmu. Sekurang-kurangnya diri ini tahu tidak bergantung harap kepada psikologi barat yang atheis, menggunakan haiwan untuk mengenal sikap manusia, dan menilai kepada graf untuk menentukan manusia yang normal dan abnormal. Lalu jadilah manusia itu dihukum melalui soalan-soalan objektif, jawapan yang diberi setelah menilai melalui lukisan dan gambar. Sedangkan hasil penilaian yang didapati jauh dari hakikat personaliti individu yang sebenar.
Persoalan dari Imam al Ghazali untuk diri kita menjawabnya :

1. Mengapa anda mengabaikan suruhan ALLah?

2. Sekiranya anda beriman dengan Hari Akhirat, mengapa tidak bersedia membekalkan diri ke sana? malah anda tukarkan Akhirat dengan dunia?

3. Teliti baik-baik dan cari sebab-sebab dan di manakah puncanya yang menjadikan anda memendamkan kufur di lubuk jiwa?

Kufur di jiwa menurut beliau adalah sikap berani melakukan apa sahaja(kekufuran) dengan terang-terangan. Walaupun tidak terang-terangan mengisytiharkan diri kufur kepada masyarakat. Tetapi individu itu bertopengkan iman dan pura-pura hormat kepada hukum syarak. Mengaku peraturan ALlah adalah yang paling benar, tetapi berat melaksanakannya..

ALLahu ALLah.. Ya ALlah, rahmati para ulamak yang ikhlas menyampaikan ilmunya. Sehingga kini dikenang orang, ilmu yang diberikan menjadi penyejuk jiwa dan bergemerlapan sepanjang zaman..Aminnn
Sumber rujukan :

1. Yatimah Sarmani, Mohd Tajudin Ninggal, Teori Kaunseling Al Ghazali, 2008, Pts Publications, Selangor

2. Shaleh Ahmad Asy Syami, Biografi Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun Ke 5, Cet Pertama 2004, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur

Nota Kaki Cinta Agung:

Tuesday, June 8, 2010

Selingan: Qunut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat. Semoga di dalam kesihatan dan rahmat Allah hendaknya. Sudah hampir seminggu berlakunya peristiwa berdarah ke atas konvoi bantuan Gaza, Mavy Marmara yang menyebabkan 9 orang terbunuh. Tindakan Israel laknatullah itu membuka mata masyarakat dunia akan kebiadapan mereka. Semua pihak mengecam tindakan itu dan pelbagai usul dibentangkan untuk mengheret 'samseng' itu ke muka pengadilan. Dalam kesibukan berdemontrasi, jangan kita lupa akan isu-isu 'panas' yang sedang berlaku dalam negara kita seperti isu lesen judi dan sebagainya. 

Pada kali ini, saya akan memaparkan satu artikel berkaitan Qunut. Semoga Allah memberi kefahaman kita berkaitan persoalan agama kita dan memberi ganjaran kepada penulis asal artikel ini...Amin .

Soalan : Adakah Qunut Solat Subuh dilakukan oleh Rasulullah ? Dan taraf hadith yang menyatakan demikian semuanya adalah dhoief sebagaimana yang dituduh oleh golongan tertentu ? 

Jawapan :
Hukum membaca Doa Qunut di dalam Mazhab Syafie adalah Sunat Ab'adh. Manakala terdapat banyak hadith sohih yang menunjukkan bahawa RasuluLlah membaca Doa Qunut pada waktu Solat Subuh antaranya : 
Al Imam Bukhari (956) dan Muslim (677) meriwayatkan daripada Anas radiyaLlahu 'anhu :
"Dia telah ditanya adakah Nabi membaca qunut pada Solat Subuh ? Jawabnya : Ya, kemudian ditanya lagi. Adakah qunut itu sebelum rukuk ? Jawabnya : Selepas sedikit daripada rukuk.

Rujukan : Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa al Bugho, Ali Asy Syarbaji, Al Feqh Al Manhaji

Sekiranya terdapat golongan yang mengatakan bahawa doa qunut hanya dibaca ketika berlaku musibah/bencana. Maka jawabnya : ketahuilah bahawa umat Islam ketika ini, bahkan dari dahulu lagi sudah ditimpa musibah/bencana. Umat Islam di Indonesia, Thailand, Palestin, Somalia, Bosnia di seluruh dunia yang dizalimi. Penyakit, bencana alam dan banyak lagi semuanya itu dinamakan sebagai musibah. Perpecahan umat Islam itu sendiri adalah musibah.

Disebutkan oleh Imam An Nawawi (Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Syafie) dalam kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata maksudnya:
"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"

Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:
"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"
Di bawah ini disediakan artikel mengenai para Huffaz (ahli hadith yang mencapai taraf HAFIZ) yang mensahihkan hadith bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam membaca Doa Qunut terus menerus dalam Solat Subuh sehingga baginda wafat.
Oleh : Thoriq
“Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasalam melakukan qunut selama satu bulan, melakukan doa untuk para sahabat beliau di Bi’r Ma’unah, lalu beliau meninggalkannya, akan tetapi qunut waktu shubuh, maka beliau masih melakukan hingga wafat”

Hadits ini berada dalam Syarh Al Kabir (1/151).Hadits diriwayatkan Ad Daruquthni (2/39). Ahmad dalam Musnad (3/162), Hafidz Abu Bakar Khatib, dalam At Tahqiq Ibnu Al Jauzi (1/463), Al Baihaqi dalam Sunan Kubra (2/201).
Mereka yang menshahihkan

Hafidz Ibnu Shalah:
”Hadits ini telah dihukumi shahih oleh lebih dari seorang huffadz hadits, diantaranya: Abu Abdullah bin Ali Al Balkhi, dari para imam hadits, Abu Abdullah Al Hakim, dan Abu Bakar Al Baihaqi.

(Lihat, Badr Al Munir, 3/624).

Al Hafidz Imam Nawawi mengatakan:
”Hadits ini diriwayatkan oleh jama’ah huffadz dan mereka menshahihkannya”. Lalu menyebutkan para ulama yang disebutkan Ibnu Shalah, dan mengatakan,”
Dan diriwayatkan Daruquthni melalaui beberapa jalan dengan sanad shahih
(Al Khulashah, 1/450-451).

Al Qurthubi dalam Mafham :
”Yang kuat diperintahkan oleh Rasulullah shalallhualaihi wasalam dalam qunut, diriwayatkan Daruquthni dengan isnad shahih, lalu beliau menyebut hadits itu”

(Badr Al Munir, 3/624).

Hafidz Al Hazimi dalam Nashih wa Mansukh:
”Hadits ini shahih, dan Abu Jakfar tsiqah”

(Al I’tibar, 255).

Hafidz Ibnu Hajar Al Asqalani : Setelah menyebutkan penilaian para ulama terhadap Abu Jakfar, beliau mengatakan,
“haditsnya memiliki syahid (penguat)” lalu menyebutkan hadits qunut shubuh yang diriwayatkan dari Al Hasan bin Sufyan. Ini menunjukkan bahwa beliau menilai hadits ini hasan(Talhis Khabir, 1/443). Penulis Ithaf fi Takhrij Ahadits Al ishraf menyatakan :”Ibnu Hajar menghasankan dalam Talhisnya”.

Di halaman yang sama Ibnu Hajar mengatakan:”
Hadist riwayat Al Baihaqi…dan dishahihkan Hakim dalam Kitab Al Qunut”
.
Hafidz Al Iraqi:”
Telah menshahihkan hadits ini Al Hafidz Abu Abdullah Muhammad bin Ali Al Bajili, Abu Abdullah Al Hakim dan Ad Daruquthni”

(Tharh Tatsrib,3/289).
Perawi yang Disoroti dalam Hadts ini adalah Abu Jakfar Ar Razi

Mengenai Abu Jakfar Ar Razi. Pendapat Imam Ahmad tentang Abu Jakfar, ada dua riwayat. Pertama. Diriwayatkan Hanbal dari Ahmad bin Hanmbal:”Shalih hadits” (haditsnya layak). Kedua, dari Abdullah, anaknya:”Laisa bi qawi (tidak kuat). Al Hazimi dalam Nashih wa Manshuh mengatakan: “Riwayat pertama lebih utama (Al I’tibar, 256).

Adapun penilaian Yahya bin Ma’in, ada beberapa riwayat:1, dari Isa bin Manshur, “Tsiqah”. 2, dari Ibnu Abi Maryam , “hadistnya ditulis, tapi ia sering salah”. 3, diriwayatkan Ibnu Abi Khaitsamah,”shalih”. 4, diriwayatkan oleh Mughirah,”tsiqah” dan ia salah ketika meriwayatkan dari Mughirah. Daruquthni mengatakan:”Dan hadits ini tidak diriwayatkan dari Mughirah”. 5, diriwayatkan As Saji “Shoduq wa laisa bimuttaqin, ( hafalanya tidak terlalu tepat)” Nampaknya karena periwayatan dari Yahya bin Ma’in lebih banyak ta’dilnya, maka-allahu’alam-para ulama yang menshahihkan merajihkan riwayat ta’dil.

Ali bin Al Madini: Ada dua riwayat darinya tentang Abu Jakfar. Salah satu riwayat mengatakan,”Ia seperti Musa bin Ubaidah, haditsnya bercampur, ketika meriwayatkan dari Mughirah dan yang semisalnya. Dalam riwayat yang berasal dari anak Ibnu Al Madini, Muhammad bin Utsman bin Ibnu Syaibah,”Bagi kami ia tsiqah”. Ibnu Al Mulaqqin mengatakan,”lebih utama riwayat dari anaknya (anak Ibnu Al Madini).

Muhammad Bin Abdullah Al Mushili mengatakan:”Tsiqah”. Bin Ali Al Falash mengatakan:”Shoduq, dan dia termasuk orang-orang yang jujur, tapi hafalannya kurang baik”. Abu Zur’ah mengatakan:”Syeikh yahummu katisran (banyak wahm). Abu Hatim mengatakan:”Tsiqah, shoduq, sholih hadits”. Abnu Harash:”Hafalannya tidak bagus, shoduq (jujur)”. Ibnu ‘Adi:”Dia mimiliki hadits-hadits layak, dan orang-orang meriwayatkan darinya. Kebanyakan haditsanya mustaqim (lurus), dan aku mengharap ia la ba’sa bih (tidak masalah). Muhammad bin Sa’ad:”Dia tsiqah”, ketika di Baghdad para ulama mendengar darinya”. Hakim dalam Al Mustadrak:”Bukhari dan Muslim menghindarinya, dan posisinya di hadapan seluruh imam, adalah sebaik-baik keadaan”, di tempat lain ia mengatakan:”tsiqah”. Ibnu Abdi Al Barr dalam Al Istighna:”Ia (Abu Jakfar) bagi mereka (para ulama) tsiqah, alim dalam masalah tafsir Al Qur’an.. Ibnu Sahin menyebutnya dalam “Tsiqat”. Al Hazimi dalam Nasikh dan Mansukh:”Ini hadist Shahih, dan Abu Jakfar tsiqah”. Taqiyuddin Ibnu Daqiq Al Ied dalam Al Ilmam, setelah menyebutkan hadits, ia mengatakan:”Dalam isnadnya Abu Jakfar Ar Razi. Dan ia ditsiqahkan, lebih dari satu ulama. Nasai mengatakan:”Laisa bil Qawi” (ia tidak kuat hafalannya).
Kritikan untuk Ibnu Al Jauzi

Al Hafidz Ibnu Mulaqqin mengatakan:
“Adapun Ibnu Al Jauzi hanya menukil riwayat yang menjarh saja, dari Ahmad, Ibnu Al Madini Dan Yahya bin Ma’in untuk menolong madzhabya. Orang munshif tidak akan berbuat sperti ini”.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Rujukan
Badr Al Munir :Ibnu Mulaqqin (guru Ibnu Hajar), Talhis Khabir (ringkasan Badr Al Munir): Ibnu Hajar. Tharh Tasrib: Hafidz Al Iraqi, Ithaf fi Tahrij Ahadist Al Ishraf (Takhrij hadist kitab fiqih Maliki “Al Ishraf”, dalam bimbingan Syeikh Al Muhadist Nur Syaif) 


 

  

Monday, May 24, 2010

QADA DAN QADAR SERTA USAHA-DZ.CONSULTANCY

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog Cinta Agung. Moga kalian di dalam keadaan sihat selalu, insyaAllah. Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat lama berkenaan dengan Qada dan Qadar serta kaitannya dengan usaha manusia. Jadi sebagai perkongsian, saya memetik satu artikel daripada internet yang bertajuk "Qada dan Qadar Serta Usaha" untuk dijadikan sebagai panduan bersama insyaAllah. Selamat membaca....(^^)


SOALAN: Dr Danial apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? ( Di http://formulacemerlang.com/ )
JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari 
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian 
seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam 
semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti 
dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang 
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen 
perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini 
tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan 
bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga 
tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan 
telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. 
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang 
pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang 
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari 
azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi 
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. 
Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.


Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk 
manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di 
dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata: 
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan 
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya 
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah 
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku 
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan 
mempengaruhi kehendak hamba itu."


Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan 
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa 
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke 
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau 
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong 
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa 
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong 
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya, 
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian 
daripada ketetapan qada dan qadar.


Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak 
takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan 
oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir 
makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat 
dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar 
Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia 
sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada 
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari 
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)


Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia 
malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya 
sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari 
ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi 
telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.


Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah 
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia 
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin 
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal 
ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: 
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi 
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)


Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan 
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.
Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali 
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, 
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau 
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah 
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki 
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih 
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke 
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa 
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya 
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: 
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan." 
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan 
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang 
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali 
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini 
ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di 
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. 
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang 
celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam 
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang 
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai 
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk 
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah 
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.
*Sumber: BUKU 'EMPAYAR MINDA MUSLIM' OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN Di http://formulacemerlang.com/

Friday, May 7, 2010

Status Ungkapan: "Bekerjalah Kamu untuk Duniamu Seakan Kamu Hidup Selamanya..."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog Cinta Agung. Alhamdulillah wa syukuru lillah, dengan taufiq dan hidayahNya dapat kita bersua di ruangan blog ini.

Satu ungkapan yang biasa kita dengar didalam kuliah dan ceramah agama iaitu 

 اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا ، و اعمل لآخرتك كأنك تموت غدا 

"Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu mati esok hari" 

Ramai yang beranggapan bahawa kata-kata di atas merupakan hadis daripada Sayyiduna Rasulullah S.A.W padahal para Imam Ahli Hadis mengatakan ini bukan hadis. Mari kita lihat pendapat para ulama tentangnya..

 Syaikh Al Albani mengatakan: La ashala lahhu marfu’an (tidak ada dasarnya dari Rasulullah). (As Silsilah Adh Dha’ifah, 1/63. No. 8. Darul Ma’arif)


Namun, ungkapan ini memang ada secara mauquf (sebagai ucapan sahabat), yakni ucapan Abdullah bin Umar bin Al Khathab. (Ibnu Asy Syajari, Al Amali, 1/386. Mawqi’ Al Warraq) ada juga yang menyebut sebagai ucapan Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash. (Ibnu Abdi Rabbih, Al ‘Aqdul Farid, 2/469. Mawqi’ Al Warraq)

Ada juga ucapan yang mirip dengan ini juga dari Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash Radhiallahu ‘Anhu, dengan kalimat sedikit berbeda yakni “ Uhruz lid Duniaka (Jagalah untuk duniamu) ...’, bukan “ I’mal lid Duniaka (bekerjalah untuk duniamu) ..”


أحزر لدنياك كأنك تعيش أبدا ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

“Jagalah untuk duniamu, seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan kamu mati besok.”(Lihat Musnad Al Harits, No. 1079. Mawqi’ Jami’ Al Hadits. Lalu Imam Nuruddin Al Haitsami, Bughiyatul Bahits ‘an Zawaid Musnad Al Harits, Hal. 327. Dar Ath Thala’i Lin Nasyr wat Tauzi’ wat Tashdir. Lihat juga, Al Hafizh Ibnu Hajar, Al Mathalib Al ‘Aliyah, No. 3256. Mauqi’ Jami’ Al Hadits.)

Dalam sumber yang lain disebutkan bahwa ini adalah ucapan dari Abu Darda Radhiallahu ‘Anhu dan Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash juga, dengan ungkapan yang juga agak berbeda yakni “Ihrits lid Duniaka (tanamlah untuk duniamu) ..... dst. (Lihat Imam Ar Raghib Al Ashfahani, Muhadharat Al Adiba’, 1/226. Mawqi’ Al Warraq. Lihat Ibnu Qutaibah,Gharibul Hadits, 1/81, pada Juz 2, Hal.123, beliau menyebutkan bahwa makna Ihrits adalah kumpulkanlah. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)

Jadi, ada tiga macam redaksi: I’malu (Bekerjalah), Uhruz (jagalah), dan Ihrits (tanamlah). Semua ini tidak satu pun yang merupakan ucapan Rasulullah, melainkan ucapan sahabat saja.

Bahkan ada juga sebagai berikut:

أصلحوا دنياكم ، و اعملوا لآخرتكم ، كأنكم تموتون غدا
“Perbaikilah oleh dunia kalian, dan bekerjalah untuk akhirat kalian, seakan kalian mati besok.” (HR. Al Qudha’i, No. 668. Mawqi’ Jami’ Al Hadits)

Hadits ini tanpa ada bagian, “Seakan kau hidup selamanya.” Hadits ini dhaif jiddan (sangat lemah). Lantaran di dalam sanadnya terdapat Miqdam bin Daud dan Sulaiman bin Arqam. Syaikh Al Albani mengatakan dua orang ini adalah perawi dhaif. (As Silsilah Adh Dha’ifah, 2/266. No. 874. Darul Ma’arif)

Imam Al Haitsami mengatakan bahwa Miqdam bin Daud adalah dhaif. (Majma’ Az Zawaid, 5/120. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
Sementara, Al ‘Allamah Muhammad Thahir bin ‘Ali Al Hindi berkata tentang Sulaiman bin Arqam: matruk (haditsnya ditinggalkan). (Tadzkirah Al Maudhu’at, Hal. 113. Mawqi’ Ya’sub) Begitu pula Al ‘Allamah Alauddin Al Muttaqi Al Hindi juga menyebutnya matruk. (Kanzul ‘Umal, 7/183. No. 18596. Masasah Ar Risalah)

Sedangkan Al Haitsami mengatakan: dhaif. (Majma’ Az Zawaid, 2/69) dan matruk. (Ibid, 2/112) Imam An Nasa’i dan Imam Ad Daruquthni juga mengatakan matruk. (Al Hazfizh Az Zaila’i, Nashbur Rayyah, 1/188. Mawqi’ Al Islam)Sedangkan Az Zaila’i sendiri berkomentar tentang Sulaiman bin Arqam: dhaif menurut para ahli hadits. (Ibid, 1/190. Lihat juga Al Hafizh Al Mizzi, Tuhfatul Asyraf, 13/380. Al Maktab Al Islami) Al Hafizh Ibnu Hajar juga mengatakan:matruk. (At Talkhish Al Habir, 1/655. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)

Selain dua orang ini, sanad hadits ini juga terdapat ‘Isa bin Waqid yang tidak diketahui identitasnya. Al Haitsami berkata: “Aku belum mendapatkan siapa saja yang menyebutkan tentang dia.” (Majma’ Az Zawaid, 1/293) Syaikh Al Albani sendiri mengatakan: Aku tidak mengenalnya.(As Silsilah Adh Dha’ifah, 2/266. No. 874)

Dengan demikian jelaslah bahwa hadits ini sangat lemah. Wallahu A’lam

Catatan:

Walau ini bukan hadits nabi, sekadar ucapan sahabat nabi saja. Ini adalah ucapan yang baik yakni mengajarkan keseriusan dalam ibadah untuk akhirat dan bekerja untuk dunia. Sebab jika keadaannya dibalik, jika manusia beribadah merasa hidup selamanya, dia akan meremehkan ibadah tersebut sebab dia boleh melaksanakannya di lain waktu. Juga jika bekerja untuk dunia justeru merasa besok akan mati, maka dia tidak akan semangat kerja sebab dia merasa apa yang dikerjakannya adalah percuma saja, kerana besok sudah mati.

Jadi, inti kalimat ini mengajarkan profesionalisme dalam bekerja dan ibadah. Namun demikian, sikap berlebihan dalam kedua hal ini juga bukan sikap yang dibenarkan dalam Islam. Sebab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallambersaba:

ما قل و كفى خير مما كثر و ألهى
“Apa pun yang sedikit tapi mencukupi, adalah lebih baik dibanding yang banyak tetapi melalaikan.” (HR. Ahmad No. 20728. Ibnu Abi Syaibah, Al Mushannaf, 7/82, No. 7. Ath Thabarani, Al Mu’jam Al Awsath, No. 2640 dan 3001. Ath Thabari, Tahdzibul Atsar, No. 2496. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 9986. Musnad Asy Syihab Al Qudha’i No. 1165. Musnad Ath Thayalisi, No. 1061. Al Hakim, Al Mustadrak ‘alash Shahihan, No. 3620. Katanya: shahih, dan Bukhari-Muslim tidak mengeluarkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam kitab Shahih-nya No. 3329)
Wallahu alam...

Nota Kaki Cinta Agung:
*Rujukan asal: http://abuhudzaifi.multiply.com/journal/item/104