Masjid Jamek Paris dan Pertubuhan Kesatuan Islam Perancis menuduh majalah Charlie Hebdo mencetuskan kebencian perkauman dengan menyiarkan semula karikatur
Dalam pada itu,satu soal selidik yang dijalankan dan menunjukkan 79 peratus merasakan tidak wajar untuk memperbodohkan sesuatu agama secara terbuka dan 78 peratus menolak tindakan menghina Nabi Isa, Muhammad atau Buddha. Mahkamah Perancis itu mendengar kes terbabit selama dua hari dan dijangka membuat keputusan tidak lama selepas itu. Mari kita renung bersama, semakin hari pihak musuh Islam semakin berani menghina agama Islam dalam pelbagai cara sama ada melalui karikatur ataupun melalui media elektronik secara terang-terangan.Dimanakah keizzahan kita sebagai orang yang mengaku diri kita sebagai orang Islam?Di sana, masih ada lagi pihak yang mementingkan diri sedangkan musuh-musuh berusaha mencari peluang untuk memusnahkan umat Islam.Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang mengatakan bahawa umat Islam pada akhir zaman ibarat buih-buih di lautan tetapi tidak membawa manfaat sama sekali kerana apa?kerana umat Islam pada waktu itu telah ditimpa dengan satu penyakit "wahm" iaitulah CINTAKAN DUNIA danTAKUTKAN KEMATIAN.
Marilah kita sama-sama bangkit untuk membaiki semula keadaan serta meletakkan agama Allah ini tinggi setingginya.Mudah-mudahan dengan sumbangan kita ini walaupun kecil dikira Allah sebagai pemberat neraca di hari yang mana tidak bermafaat harta atau anak-pinak melainkan orang yang datang dengan hati yang tenang sejahtera.Semoga allah Ta'ala memberi kekuatan kepada umat Islam seluruhnya. **Hadith Nabi yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggidaripadanya"
No comments:
Post a Comment