Pesakit Alzheimer mudah penat, sukar bezakan waktu: Pakar
Kebanyakan pesakit Alzheimer yang turut dikaitkan sebagai nyanyuk kerana sering mengalami masalah lupa dan sukar mengingat perkara baru selain mudah penat, sukar membezakan waktu, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa dan hilang keupayaan menguruskan diri sendiri
Hasil kajian terbaru itu diperolehi menerusi kajian besar-besaran ke atas lebih 800 pesakit warga tua sepanjang tempoh empat tahun.
Masalah pengasingan diri daripada masyarakat sememangnya sering dikaitkan dengan penyakit nyanyuk atau dementia, tetapi inilah kali pertama penyelidikan oleh Pusat Perubatan Universiti Rush melihat perasaan sebenar mereka terbabit.
Dalam rencana disiarkan edisi terbaru Archives of General Psychiatry, penyelidik itu, bagaimanapun, berkata, alasan kaitan itu masih belum dapat dipastikan.
Ketua Penyelidik, Professor Robert Wilson dan rakan mereka menilai tahap kesunyian responden dengan menyuruh mereka memberikan jawapan dalam bentuk nombor 1 hingga 5, berhubung kenyataan mengenai kesunyian.
Pertanyaan itu termasuk adakah responden berasakan kekosongan dan sering berasa diabaikan. Responden turut dinilai bagi mengesan tanda-tanda dementia dan penyakit Alzheimer.
Bedah siasat turut dilakukan ke atas 90 pesakit yang mati dalam kajian berkenaan bagi mengesan beberapa petunjuk fizikal penyakit Alzheimer seperti pembentukan protein di luar dan sekitar sel saraf.
Mereka mendapati risiko berlakunya Alzheimer, meningkat sehingga 51 peratus bagi setiap mata markah mengenai kesunyian.
Responden yang mencatatkan markah 3.2 mempunyai 2.1 kali ganda risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang mencatat markah di bawah 1.4 mata. – Agensi
“
No comments:
Post a Comment