Bismillahirrahman Ar-rahim...
Assalamualaikum dan salam tahun baru 2010 saya ucapkan kepada para pengunjung yang budiman. Moga kalian dirahmati oleh Allah Ta'ala hendaknya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meluahkan rasa melalui blog ini.
Tarikh 01/01/2010, beberapa isu dalam negara membuka tirai tahun baru antaranya;
Majalah Katolik Dibenar Guna Kalimah "Allah"
Isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan katolik, "Herald" di mana pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan majalah tersebut menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Menurut hakim, sebelum ini Kementerian Dalam Negeri bertindak salah melarang majalah itu menggunakan perkataan terbabit. Hakim pembuat keputusan, Datuk Lau Bee Lan. Bagi saya, isu ini lebih elok dibicarakan di mahkamah Syariah tetapi mungkin atas sebab berkaitan dengan urusan perlembagaan negara, maka isu ini dibawa ke mahkamah sivil. Wallahu alam.
Saya sempat bertanyakan respon seorang sahabat sejurus mendapat berita tersebut berikut kenyataan yang diberi oleh beliau:
Abang: apapun ini isu cabang aqidah
Abang: maknanya terdedah dengan variasi pendapat
Abang: ia bukan usul
Abang: maka keputusannya bergantung kepada maslhat sejagat
Abang: kalau ada unsur penghinaan baru kita bertegas
Abang: kalau ada unsur keliru
Abang: baru kita bertegas
Abang: abg bagi contoh
Abang: ibnu taimiyyah mengharamkan bagi ucapan meri krismas
Abang: tapi qordowi sebaliknya
Abang: dengan alasan maslahat keadaan
Abang: kalau org yang kita nak bagi ucapan itu baik2 saja
Abang: atau mesra dgn kita
Ziarah Kasih 2010
Dalam kesibukan orang ramai menyambut tahun baru semalam, terdapat golongan yang 'sibuk' dengan aktiviti menyedarkan masyarakat. Baca artikel ini, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23956:ziarah-kasih-ibarat-doktor-temui-pesakit&catid=1:utama&Itemid=50. Setelah membacanya, hati ini sayu dan terharu dengan kesungguhan mereka yang ikhlas melakukan kerja dakwah ini. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada mereka dan menjadikan aku seperti mereka.
Cekup...mengcekup...dicekup
Tahun baru ini juga membuka tirainya dengan operasi pencegahan maksiat. Buletin Utama menyiarkan beberapa pasangan telah dicekup dalam operasi tersebut. Tahun baru terus tercemar...
Wallahu alam
Nota Kaki Cinta Agung:
* Membuka tirai tahun baru dengan sebuah buku " Siapa Itu Nabi-nabi " karangan Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin. Mood: Baru mula baca...^^
* Azam tahun baru: Membudayakan budaya IQRA dalam diri.
1 comment:
salam ust, mana gambo2 sblm balik mesia ni, yg dlm ketapi, tertunggu2 ni... hehehe..
Post a Comment