Friday, May 7, 2010

Status Ungkapan: "Bekerjalah Kamu untuk Duniamu Seakan Kamu Hidup Selamanya..."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog Cinta Agung. Alhamdulillah wa syukuru lillah, dengan taufiq dan hidayahNya dapat kita bersua di ruangan blog ini.

Satu ungkapan yang biasa kita dengar didalam kuliah dan ceramah agama iaitu 

 اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا ، و اعمل لآخرتك كأنك تموت غدا 

"Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu mati esok hari" 

Ramai yang beranggapan bahawa kata-kata di atas merupakan hadis daripada Sayyiduna Rasulullah S.A.W padahal para Imam Ahli Hadis mengatakan ini bukan hadis. Mari kita lihat pendapat para ulama tentangnya..

 Syaikh Al Albani mengatakan: La ashala lahhu marfu’an (tidak ada dasarnya dari Rasulullah). (As Silsilah Adh Dha’ifah, 1/63. No. 8. Darul Ma’arif)


Namun, ungkapan ini memang ada secara mauquf (sebagai ucapan sahabat), yakni ucapan Abdullah bin Umar bin Al Khathab. (Ibnu Asy Syajari, Al Amali, 1/386. Mawqi’ Al Warraq) ada juga yang menyebut sebagai ucapan Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash. (Ibnu Abdi Rabbih, Al ‘Aqdul Farid, 2/469. Mawqi’ Al Warraq)

Ada juga ucapan yang mirip dengan ini juga dari Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash Radhiallahu ‘Anhu, dengan kalimat sedikit berbeda yakni “ Uhruz lid Duniaka (Jagalah untuk duniamu) ...’, bukan “ I’mal lid Duniaka (bekerjalah untuk duniamu) ..”


أحزر لدنياك كأنك تعيش أبدا ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

“Jagalah untuk duniamu, seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan kamu mati besok.”(Lihat Musnad Al Harits, No. 1079. Mawqi’ Jami’ Al Hadits. Lalu Imam Nuruddin Al Haitsami, Bughiyatul Bahits ‘an Zawaid Musnad Al Harits, Hal. 327. Dar Ath Thala’i Lin Nasyr wat Tauzi’ wat Tashdir. Lihat juga, Al Hafizh Ibnu Hajar, Al Mathalib Al ‘Aliyah, No. 3256. Mauqi’ Jami’ Al Hadits.)

Dalam sumber yang lain disebutkan bahwa ini adalah ucapan dari Abu Darda Radhiallahu ‘Anhu dan Abdullah bin Amru bin Al ‘Ash juga, dengan ungkapan yang juga agak berbeda yakni “Ihrits lid Duniaka (tanamlah untuk duniamu) ..... dst. (Lihat Imam Ar Raghib Al Ashfahani, Muhadharat Al Adiba’, 1/226. Mawqi’ Al Warraq. Lihat Ibnu Qutaibah,Gharibul Hadits, 1/81, pada Juz 2, Hal.123, beliau menyebutkan bahwa makna Ihrits adalah kumpulkanlah. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)

Jadi, ada tiga macam redaksi: I’malu (Bekerjalah), Uhruz (jagalah), dan Ihrits (tanamlah). Semua ini tidak satu pun yang merupakan ucapan Rasulullah, melainkan ucapan sahabat saja.

Bahkan ada juga sebagai berikut:

أصلحوا دنياكم ، و اعملوا لآخرتكم ، كأنكم تموتون غدا
“Perbaikilah oleh dunia kalian, dan bekerjalah untuk akhirat kalian, seakan kalian mati besok.” (HR. Al Qudha’i, No. 668. Mawqi’ Jami’ Al Hadits)

Hadits ini tanpa ada bagian, “Seakan kau hidup selamanya.” Hadits ini dhaif jiddan (sangat lemah). Lantaran di dalam sanadnya terdapat Miqdam bin Daud dan Sulaiman bin Arqam. Syaikh Al Albani mengatakan dua orang ini adalah perawi dhaif. (As Silsilah Adh Dha’ifah, 2/266. No. 874. Darul Ma’arif)

Imam Al Haitsami mengatakan bahwa Miqdam bin Daud adalah dhaif. (Majma’ Az Zawaid, 5/120. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)
Sementara, Al ‘Allamah Muhammad Thahir bin ‘Ali Al Hindi berkata tentang Sulaiman bin Arqam: matruk (haditsnya ditinggalkan). (Tadzkirah Al Maudhu’at, Hal. 113. Mawqi’ Ya’sub) Begitu pula Al ‘Allamah Alauddin Al Muttaqi Al Hindi juga menyebutnya matruk. (Kanzul ‘Umal, 7/183. No. 18596. Masasah Ar Risalah)

Sedangkan Al Haitsami mengatakan: dhaif. (Majma’ Az Zawaid, 2/69) dan matruk. (Ibid, 2/112) Imam An Nasa’i dan Imam Ad Daruquthni juga mengatakan matruk. (Al Hazfizh Az Zaila’i, Nashbur Rayyah, 1/188. Mawqi’ Al Islam)Sedangkan Az Zaila’i sendiri berkomentar tentang Sulaiman bin Arqam: dhaif menurut para ahli hadits. (Ibid, 1/190. Lihat juga Al Hafizh Al Mizzi, Tuhfatul Asyraf, 13/380. Al Maktab Al Islami) Al Hafizh Ibnu Hajar juga mengatakan:matruk. (At Talkhish Al Habir, 1/655. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah)

Selain dua orang ini, sanad hadits ini juga terdapat ‘Isa bin Waqid yang tidak diketahui identitasnya. Al Haitsami berkata: “Aku belum mendapatkan siapa saja yang menyebutkan tentang dia.” (Majma’ Az Zawaid, 1/293) Syaikh Al Albani sendiri mengatakan: Aku tidak mengenalnya.(As Silsilah Adh Dha’ifah, 2/266. No. 874)

Dengan demikian jelaslah bahwa hadits ini sangat lemah. Wallahu A’lam

Catatan:

Walau ini bukan hadits nabi, sekadar ucapan sahabat nabi saja. Ini adalah ucapan yang baik yakni mengajarkan keseriusan dalam ibadah untuk akhirat dan bekerja untuk dunia. Sebab jika keadaannya dibalik, jika manusia beribadah merasa hidup selamanya, dia akan meremehkan ibadah tersebut sebab dia boleh melaksanakannya di lain waktu. Juga jika bekerja untuk dunia justeru merasa besok akan mati, maka dia tidak akan semangat kerja sebab dia merasa apa yang dikerjakannya adalah percuma saja, kerana besok sudah mati.

Jadi, inti kalimat ini mengajarkan profesionalisme dalam bekerja dan ibadah. Namun demikian, sikap berlebihan dalam kedua hal ini juga bukan sikap yang dibenarkan dalam Islam. Sebab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallambersaba:

ما قل و كفى خير مما كثر و ألهى
“Apa pun yang sedikit tapi mencukupi, adalah lebih baik dibanding yang banyak tetapi melalaikan.” (HR. Ahmad No. 20728. Ibnu Abi Syaibah, Al Mushannaf, 7/82, No. 7. Ath Thabarani, Al Mu’jam Al Awsath, No. 2640 dan 3001. Ath Thabari, Tahdzibul Atsar, No. 2496. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 9986. Musnad Asy Syihab Al Qudha’i No. 1165. Musnad Ath Thayalisi, No. 1061. Al Hakim, Al Mustadrak ‘alash Shahihan, No. 3620. Katanya: shahih, dan Bukhari-Muslim tidak mengeluarkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam kitab Shahih-nya No. 3329)
Wallahu alam...

Nota Kaki Cinta Agung:
*Rujukan asal: http://abuhudzaifi.multiply.com/journal/item/104

Saturday, April 24, 2010

Bahagia Hakiki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog Cinta Agung. Semoga dalam rahmat dan keredhaan Allah Ta'ala hendaknya. Adakah anda bahagia sekarang? Untuk mendapatkan kebahagiaan, manusia sanggup buat apa sahaja. Tetapi kebahagian sebenar itu milik Allah. Beriman dan beramal soleh merupakan modal yang penting untuk mengecapi kebahagian. Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin membawa para sahabat untuk membaca satu hadis daripada Baginda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Kebahagian itu ada pada 4 perkara iaitu:
1- Isteri yang solehah. 
2- Rumah yang luas.
3- Jiran yang baik.
4- Kenderaan yang baik."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban R.A.

Dalam hadis lain, Nabi pernah menyatakan bahawa kemuncak kepada segala kebahagian ialah umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah Ta'ala. Wallahu alam

Nota Kaki Cinta Agung:
* Bahagia di dunia ini ada pada 3 perkara sahaja iaitu: AMAN, SIHAT dan CUKUP

Tuesday, April 6, 2010

Cermin Diri Di hadapan Al-Quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat yang masih sudi untuk berkunjung ke blog Cinta Agung ini. InsyaAllah pada kali ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang dipetik daripada sebuah blog yang cukup cantik dan baik buat tatapan semua. Tajuk artikel tersebut ialah Cermin Diri Di hadapan Al-Quran. Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran dalam hidup seharian kita, adakah fungsinya untuk dibaca semata-mata? Mari kita terokai kupasan daripada penulis. Semoga manfaat ilmu tercurah kepada kita semua, amin!!!(^^)
Imam al Ajiriy dalam kitabnya Akhlak Hamalah al Quran berkata:
المؤمن العاقل إذا تلا القرآن استعرضه ،فكان كالمرآة يرى بها ما حسن من فعله وما قبح ،فما خوفه به مولاه من عقابه خافه، وما رغب فيه مولاه رغب فيه ورجاه، فمن كانت هذه صفته – أو ما قاربهافقد تلاه حق تلاوته، وكان له القرآن شاهدا وشفيعا، وأنيسا وحرزا ونفع نفسه ، وأهله ، وعاد على والديه وولده كل خير في الدنيا والآخرة
" Seorang mu'min yang cerdik apabila membaca al quran, dia akan pamerkan dirinya di hadapan al quran. Seperti seseorang di hadapan cermin. Dia dapat melihat apa yang elok dan apa buruk tentang dirinya. Apabila Allah menakutkannya dengan hukuman dia menjadi takut. Apabila Allah memberi galakan dan pengharapan dia merasa tertarik dan menjadi berharap. Sesiapa yang boleh bersifat demikian maka dia telah membaca al quran sepenuh bacaan. Al quran baginya adalah saksi dan pembantu, teman dan benteng. Al quran benar-benar mendatangkan manfaat untuk diri dan keluarganya, membawa pulangan untuk ibubapa dan anak-anaknya dengan segala kebaikan dunia dan akhirat."
Mungkin ungkapan ini membantu kita menunaikan satu tanggungjawab terbesar kita kepada al Quran iaitu tadabbur ( meneliti dan memikir untuk memahami kandungannya ).
Firman Allah ;
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Sad : 29
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيراً
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Surah an Nisa' : 82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad : 24
Nota Kaki Cinta Agung:
*Sumber artikel: manaratulhuda.blogspot.com bertajuk “ Cermin Diri Di hadapan Al-Quran ”  

Sunday, March 28, 2010

Berkelana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Tuhan memanggil ku tidak menyahutnya

Tuhan memanggil aku mendengar saja

Tuhan memanggil aku ku sahut sekali sekala

Tuhan memanggil aku ku cuba menerimanya…2x

Tuhan memanggil ku sahut bertalu-talu

Tuhan memanggil ku jemu menyahutnya

Tapi aku memaksa diriku menerimanya… 2x

Itulah diri aku belum jinak dengan tuhan

Ku akan jinakkan dengan berkelana…….

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog Cinta Agung. Semoga di dalam keadaan sihat adanya. Pernahkah saudara saudari semua menemukan kata-kata di atas sebelum ini? Ya, inilah seni kata lagu ‘Berkelana’ nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim semasa bersama Rabbani suatu masa dahulu. Seni kata lagu ini cukup menyentuh jiwa bagi diri yang berjiwa hamba.

Sabda Nabi S.A.W.:

“ Apalah aku ini dengan dunia! Sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari  di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan  dan meninggalkannya.”

Wallahu alam...(^^)

Nota Kaki Cinta Agung:
Daripada Ibnu Umar R.A, beliau berkata: Rasulullah memegang dua bahuku sambil berkata: “Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.”
Hadis riwayat Imam Bukhari R.A. dalam kitab ‘ar-Raqqaaq’(Daripada Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi Rahimahumullah Ta’ala)

Thursday, March 18, 2010

Etika Berpakaian: Wahai Muslimah, Jangan Terlepas Pandang!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. InsyaAllah kali ini, saya akan kongsikan kepada semua satu foto yang berkaitan kesalahan dalam berpakaian bagi wanita Islam. Semoga paparan ini mampu untuk membetulkan persepsi umat Islam terhadap masalah AURAT itu sendiri. Wallahu alam

Nota Kaki Cinta Agung:
* Wanita Islam di Perancis, Belgium dan mungkin di negara-negara lain bermati-matian mempertahankan kehormatan mereka berkaitan pemakaian tudung tetapi orang Melayu kita sebaliknya.
* Untuk paparan yang lebih jelas, anda hanya perlu klik pada foto di atas, InsyaAllah.
* Kredit untuk MUZAMMIL...

Tuesday, March 16, 2010

Rahsia Bahagia

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia…2x

Tenang itulah tanda bahagia
Tiada tenang kan keluh kesah
Bila tiada kebahagiaan
Hidup penuh kepuraan

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia

Mazmumah punca tiada bahagia
Kerana terus mengekalkannya
Hasad dengki… gila dunia
Sombong bongkak… merosakkan segala

Carilah tenang dapatkan bahagia
Cintakan Allah setiap masa
Bila zikrullah dihayati
Barulah bahagia diperolehi…2x

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia…3x


Nota Kaki Cinta Agung:
* Rahsia Bahagia oleh Kump. Qatrunnada

Sunday, March 7, 2010

Keadilan Islam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cinta Agung. Keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam agama Islam. Firman Allah Ta’ala: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl :90).

Adil lawannya zalim, ADIL bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya manakala ZALIM pula, meletakkan sesuatu perkara pada bukan tempatnya. Sebagai contoh, pen yang fungsinya untuk menulis tetapi digunakan untuk membuat perkara yang luar daripada fungsi asalnya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari Kiamat…” dan Allah Ta’ala sendiri mengharamkan kezaliman pada diriNya. Wallahu alam.

Peristiwa Perempuan Bani Makhzum Yang Mencuri

Dalam sejarah, berlaku perkara yang membuktikan bahawa keadilan ini amat dititikberatkan oleh Islam. Kisah seorang perempuan mulia dari Bani Makhzum yang mencuri. Kes perempuan ini menarik perhatian kaum Quraisy dan mereka ingin mencari orang tengah yang boleh menjadi perantaraan dengan Rasulullah S.A.W. untuk menghindarkan hukuman had darinya.
Maka mereka berkata: "Siapakah yang boleh bercakap dengan Rasulullah S.A.W. dalam kes ini ?" Mereka berkata: " Tidak ada yang berani melakukannya kecuali Usamah bin Zaid  yang dicintai Rasulullah ." Maka perempuan itu dibawa ke hadapan Rasulullah , lalu Usamah bin Zaid  bercakap tentang perempuan itu kepada Rasulullah .
Maka berubahlah raut wajah Rasulullah dan bersabda:
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟
"Apakah engkau memberi syafaat dalam satu had dari hudud Allah I?
Usamah berkata: " Mohonlah ampun untukku, wahai Rasulullah." Maka tatkala di waktu isya', Rasulullah berdiri memberikan pidato. Lalu Baginda memuji Allah sebagaimana mestinya, kemudian bersabda:
"أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّما أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَهَا" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].
"Amma ba'du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahwa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya." Muttafaqun 'alaih.
Hadis ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa:
1-  Konsep keadilan di dalam Islam tidak memandang kepada keadaan status seseorang. Tidak kira sama ada orang kaya atau miskin, semuanya dihukum jika disabitkan bersalah.
2- Ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman menjadi punca kepada hancurnya sesuatu umat sebagaimana yang berlaku kepada umat-umat terdahulu.
Secara umumnya, dalam negara-negara di dunia termasuk negara-negara umat Islam masih lagi tidak menerapkan roh keadilan dalam sistem perundangan mereka. Hukum-hukum sekular masih bertapak di dalam negara. Hakim-hakim disogok untuk membela mereka yang bersalah dan ada diantara mereka diugut jika tidak mengikut kehendak mereka. Kesannya, orang yang berpengaruh bermaharajalela dengan kejahatan mereka. Jika perkara ini tidak dibendung maka tunggulah kehancuran suatu masyarakat itu.
Negara-negara umat Islam yang menjalankan hukum Islam boleh dibilang dengan jari. Kelompok masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan hukum Islam ini, dihalang dengan pelbagai cara. Semuanya untuk memastikan undang-undang Islam ini tidak dilaksanakan. Pelaksanaan hukum Islam perlu dilihat dari sudut keamanannya bukan dari sudut hukumannya, persepsi ini perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Umat Islam perlu yakin bahawa, setiap percubaan musuh untuk menghancurkan Islam akan menemui kegagalan walaubagaimana hebat sekalipun strategi mereka. Wallahu alam…
Nota Kaki Cinta Agung:
* “ Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui akan kebenaran”. Doa Nabi S.A.W. setelah pulang daripada berdakwah kepada kaum Thoif dalam keadaan baginda S.A.W. yang cedera.