Monday, March 19, 2007

Nak jadi cemerlang tak?

Bismillah......
Semasa duk tinjau-tinjau mesej dalam email box, saya terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi bersama.Artikal tu bertajuk"18 Rules For A Successful Life"
1-Pursue achievable goals
2-Keep a genuine smile
3-Share with others
4-Help thy neighbours
5-Maintain and youthful spirit
6-Get along with the rich, the poor, the beautiful, and the ugly
7-Keep cool under pressure
8-Lighten the atmosphere with humor
9-Forgive the annoyance of others
10-Have few pals
11-Cooperate and reap greater rewards
12-Treasure every moment with your loved ones
13-Have high confidence in yourself
14-Respect the disadvantaged
15-Indulge yourself occasionally
16-Surf the net at leisure
17-Take calculated risks
18-Understand"Money Is Not Everything..."
Itulah antara tip-tip untuk berjaya dalam hidup....yang baik kita ambil tauladan dan yang buruk kita ambil sempadan.Yang penting bagi saya, selagi apa yang kita buat tu perkara yang betul dan menepati syara' itulah kejayaan sejati kerana redha Allah Ta'ala adalah segala-galanya.Wallahu 'alam.....

Saturday, March 17, 2007

Kesian Dia...


"Syafiq..apa yang awak buat tu?", sahut Cikgu Yasmin."Saya sedang tengok kepompong ni.....apa yang ada dalamnya Cikgu?"tanya Syafiq."Itulah rama-rama namanya...Sebelum lahir, ia akan melalui beberapa proses kejadian, macam kejadian kita Allah Ta'ala jadikan kita daripada air mani dan setelah menjalani beberapa peringkat terjadilah kita." Setelah lama memerhati, tiba-tiba kepompong tadi mula bergerak-gerak.Kelihatan rama-rama mulai mahu keluar dari kepompong itu.Ketika itu,Cikgu Yasmin sibuk melayan karenah anak muridnya yang lain.Syafiq tidak sabar-sabar untuk melihat rama-rama itu keluar.Setelah lama menunggu, Syafiq menolong rama-rama itu keluar dari kepompongnya ."Cikgu...cikgu...mari sini!!!", jerit Syafiq.Lantas Cikgu Yasmin dan anak muridnya yang lain pergi kepada Syafiq."Ada apa Syafiq?" tanya Cikgu."Ni, ahh..rama-rama dah keluar...cantikkan?" ujar Syafiq."Emm...memang cantik." Rama-rama itu tadi mula bergerak-gerak.Semua murid mula bersorak-sorak keriangan.Tetapi malangnya, selang beberapa minit kemudian rama-rama itu mati.Semua murid terdiam melihat situasi yang berlaku.Syafiq mula, menggaru kepala dan sedih kerana rama-rama itu mati."Ehh..kenapa rama-rama tu mati?" tanya Cikgu Yasmin."Tadi semasa rama-rama tu mahu keluar dari kepompongnya, saya tarik ia keluar.Saya kesian tengok ia, jadi saya tolong laa." jawab Syafiq."Patut laa...Syafiq, rama-rama tu perlu ambil masa untuk keluar sendiri.Oleh kerana awak tergesa-gesa menarik ia akibatnya ia mati."Syafiq merasa menyesal atas kesilapannya itu tadi.Itulah nasib seekor rama-rama. Apa pengajaran yang kita boleh ambil dalam cerita itu tadi?Di dalam hidup ini, tiada yang jalan pi tas ataupun "shortcut" untuk mencapai sesuatu perkara.Semuanya berhajat kepada usaha.Orang yang suka mengambil jalan singkat untuk berjaya hasilnya tidak sama dengan orang yang bermujahadah.Kerana dengan mujahadahlah, seseorang akan merasakan kemanisan.Tetapi jangan lupa..iringilah mujahadah itu dengan doa dan tawakkal kepada Allah Ta'ala kerna firman Allah Ta'ala yang bermaksud:"Dan sesiapa yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami akan menunjukkan jalan kepadanya".Betapa indahnya perjuangan Nabi-nabi dan rasul-rasul serta para pengikutnya yang setia dalam mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.Segala susah-payah, penderitaan, kesakitan dianggap sesuatu yang amat kecil berbanding nikmat IMAN dan ISLAM.Hasilnya mereka beroleh SYURGA....sebaik-sebaik tempat kediaman yang kekal abadi.Wassalam

Thursday, February 8, 2007

Hina Nabi Muhammad S.A.W.

Saya terbaca dalam satu artikel berkaitan kes penghinaan terhadap Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang berlaku di Paris ibu negara Perancis.Rentetan daripada kes tersebut, sebuah badan yang dianggotai oleh orang Islam telah bangkit untuk menyaman syarikat majalah Charlie Hebdo yang didakwa menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Masjid Jamek Paris dan Pertubuhan Kesatuan Islam Perancis menuduh majalah Charlie Hebdo mencetuskan kebencian perkauman dengan menyiarkan semula karikatur Denmark yang mencetuskan keganasan di negara Islam tahun lalu. Ahli politik, akademik, golongan sekular Muslim dan kumpulan berhaluan kiri bersatu di belakang Charlie Hebdo, dengan hujah kumpulan Islam tidak berhak untuk menggesa dikenakan sekatan ke atas kebebasan bersuara. Antara petikan yang diucapkan oleh editor majalah tersebut: “Saya tidak dapat bayangkan kesannya terhadap Perancis dan juga di Denmark serta Eropah jika mereka kalah dalam kes ini. Ia akan memutarkan kembali jam ke dekad lalu,” kata Fleming Rose, editor Denmark yang menyiarkan karikatur itu dalam temuramah dengan penerbit Charlie Hebdo, Philippe Val.

Dalam pada itu,satu soal selidik yang dijalankan dan menunjukkan 79 peratus merasakan tidak wajar untuk memperbodohkan sesuatu agama secara terbuka dan 78 peratus menolak tindakan menghina Nabi Isa, Muhammad atau Buddha.
Mahkamah Perancis itu mendengar kes terbabit selama dua hari dan dijangka membuat keputusan tidak lama selepas itu. Mari kita renung bersama, semakin hari pihak musuh Islam semakin berani menghina agama Islam dalam pelbagai cara sama ada melalui karikatur ataupun melalui media elektronik secara terang-terangan.Dimanakah keizzahan kita sebagai orang yang mengaku diri kita sebagai orang Islam?Di sana, masih ada lagi pihak yang mementingkan diri sedangkan musuh-musuh berusaha mencari peluang untuk memusnahkan umat Islam.Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang mengatakan bahawa umat Islam pada akhir zaman ibarat buih-buih di lautan tetapi tidak membawa manfaat sama sekali kerana apa?kerana umat Islam pada waktu itu telah ditimpa dengan satu penyakit "wahm" iaitulah CINTAKAN DUNIA danTAKUTKAN KEMATIAN.

Marilah kita sama-sama bangkit untuk membaiki semula keadaan serta meletakkan agama Allah ini tinggi setingginya.Mudah-mudahan dengan sumbangan kita ini walaupun kecil dikira Allah sebagai pemberat neraca di hari yang mana tidak bermafaat harta atau anak-pinak melainkan orang yang datang dengan hati yang tenang sejahtera.Semoga allah Ta'ala memberi kekuatan kepada umat Islam seluruhnya.
**Hadith Nabi yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggidaripadanya"

Sunyi punca nyanyuk

Pesakit Alzheimer mudah penat, sukar bezakan waktu: Pakar

WASHINGTON: Satu kajian terbaru Amerika Syarikat mendakwa mereka yang sunyi dan hidup bersendirian berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami masalah Alzheimer.

Kebanyakan pesakit Alzheimer yang turut dikaitkan sebagai nyanyuk kerana sering mengalami masalah lupa dan sukar mengingat perkara baru selain mudah penat, sukar membezakan waktu, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa dan hilang keupayaan menguruskan diri sendiri

Hasil kajian terbaru itu diperolehi menerusi kajian besar-besaran ke atas lebih 800 pesakit warga tua sepanjang tempoh empat tahun.

Masalah pengasingan diri daripada masyarakat sememangnya sering dikaitkan dengan penyakit nyanyuk atau dementia, tetapi inilah kali pertama penyelidikan oleh Pusat Perubatan Universiti Rush melihat perasaan sebenar mereka terbabit.

Dalam rencana disiarkan edisi terbaru Archives of General Psychiatry, penyelidik itu, bagaimanapun, berkata, alasan kaitan itu masih belum dapat dipastikan.

Ketua Penyelidik, Professor Robert Wilson dan rakan mereka menilai tahap kesunyian responden dengan menyuruh mereka memberikan jawapan dalam bentuk nombor 1 hingga 5, berhubung kenyataan mengenai kesunyian.

Pertanyaan itu termasuk adakah responden berasakan kekosongan dan sering berasa diabaikan. Responden turut dinilai bagi mengesan tanda-tanda dementia dan penyakit Alzheimer.

Bedah siasat turut dilakukan ke atas 90 pesakit yang mati dalam kajian berkenaan bagi mengesan beberapa petunjuk fizikal penyakit Alzheimer seperti pembentukan protein di luar dan sekitar sel saraf.

Mereka mendapati risiko berlakunya Alzheimer, meningkat sehingga 51 peratus bagi setiap mata markah mengenai kesunyian.

Responden yang mencatatkan markah 3.2 mempunyai 2.1 kali ganda risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang mencatat markah di bawah 1.4 mata. – Agensi

“Ada dua andaian yang boleh dirumuskan iaitu kesunyian itu sememangnya faktor risiko dan kedua, kita perlu melihat aspek di luar skop keadaan saraf seseorang bagi memahami keadaan sebenarnya,” kata Profesor Wilson.

KURMA, KISMIS & MADU

KHASIAT & KEBAIKANNYA

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Seminar Perubatan

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Alhamdulillah pada 5 dan 6 Februari baru-baru ini, pihak Persatuan Perubatan Mesir telah mengadakan seminar perubatan yang bertajuk " Ibadat Pesakit " di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah,Kaherah,Mesir.
Saya lihat perkembangan perubatan di negara kita semakin baik di mana ada sesetengah pusat rawatan mengamalkan kempen "MESRA IBADAT".Kesedaran ini timbul apabila ada pihak yang menyedari bahawa ibadat memainkan peranan yang amat penting dalam suatu kesembuhan.Pihak pengamal perubatan memainkan peranan penting untuk memberi taklimat atau membantu pesakit yang ingin menunaikan ibadat semasa rawatan dijalankan.
Program-program seperti ini harus diteruskan kerana ianya dapat memberi pengetahuan kepada semua Mahasiswa Al-Azhar khususnya berkaitan dengan perubatan.Saya hanya sempat menghadiri seminar ini pada hari terakhir kerana terpaksa menyelesaikan urusan yang tertunggak.Wallahu 'alam

Friday, February 2, 2007

CINTA AGUNG


Ya Allah Engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhmu

Yang Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Diwaktu sakit Kau sembuhkan
Diwaktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkanku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku


Mari kita renungi bersama kata-kata ni........