Friday, November 13, 2009
Hak Seorang Umat Kepada Rasulullah S.A.W.
Bismillahirrahman Ar-rahim...
Assalamualaikum warahmatullah dan dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.Alhamdulillah, akhirnya sampai jua ke tanahair walaupun banyak betul dugaan sebelum sampai.Berbanding Mesir, suasana di kampung halaman ternyata jauh berbeza...tenang dan sedikit sebanyak menghilangkan keletihan semasa pulang.Musim tengkujuh mula mengambil alih tempat dan ramalan kaji cuaca menyatakan hujan lebat akan menyusul pada Ahad ini.
Cukup setakat itu untuk pembuka bicara.Untuk artikel pertama di Malaysia, saya ingin berkongsi dengan sidang pembaca tentang hak-hak kita, umat Islam terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W.Antara hak-hak yang patut ditunaikan oleh umat Islam kepada Baginda S.A.W adalah:
1-Beriman kepada Baginda S.A.W.Beriman dengan segala apa yang Nabi S.A.W sampaikan kerana setiap pertuturan Nabi S.A.W adalah wahyu dan benar.Dan mustahil seorang Nabi itu berbohong.
2-Mengasihi Baginda S.A.W. melebihi kasih kepada yang lain.Kasih sayang seorang umat Baginda S.A.W menjadi tanda kepada kemanisan iman seseorang itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda S.A.W. tentang tanda-tanda orang yang mendapat halawatul iman iaitu Allah dan Rasulullah lebih dia cintai daripada selainnya.Antara cara untuk menunjukkan kecintaan kepada Baginda S.A.W. adalah dengan melaksanakan semua perintah dan menjauhi larangannya kerana segala perintah dan larangan itu datang daripada Allah.Selain itu, mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. menjadi tanda cinta kepada Rasulullah S.A.W.Allah berfirman:"sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutlah aku...".Berselawat kepada Baginda Rasul juga menjadi tanda cinta umat kepada Nabi dan dijanjikan dengan ganjaran yang besar kepada orang berselawat.Selawat menjadi rukun kepada khutbah dan sembahyang pada tahiyyat akhir.
"Sampaikan Salamku Pada Nabi Ye?"
Pagi Jumaat tadi, saya menonton rancangan Tanyaustaz terbitanTV9 yang dikelolakan oleh Ustaz Zahazan.Satu persoalan yang menarik daripada seorang pemanggil berkaitan masalah menyampaikan salam kepada Baginda Rasul S.A.W kepada orang yang hendak ke Mekah dan Madinah.Ustaz Zahazan menjawab bahawa dengan cara berselawat pun sudah memadai.Apabila seseorang berselawat ke atas Nabi S.A.W., Allah Ta'ala akan mengembalikan roh Nabi serta merta untuk menjawab salamnya.Wallahu alam.
Rasanya setakat itu sahaja untuk pembuka tirai kali ini.Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah Ta'ala memberikan cinta kepadaNya dan Rasulullah S.A.W.Wassalam(^^)
Nota Kaki Cinta Agung:
*Daripada Anas bin Malek R.A diriwayatkan bahawa telah bersabda Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:"hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku.Sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari Kiamat.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment