Bismillah......
Semasa duk tinjau-tinjau mesej dalam email box, saya terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsi bersama.Artikal tu bertajuk"18 Rules For A Successful Life"
1-Pursue achievable goals
2-Keep a genuine smile
3-Share with others
4-Help thy neighbours
5-Maintain and youthful spirit
6-Get along with the rich, the poor, the beautiful, and the ugly
7-Keep cool under pressure
8-Lighten the atmosphere with humor
9-Forgive the annoyance of others
10-Have few pals
11-Cooperate and reap greater rewards
12-Treasure every moment with your loved ones
13-Have high confidence in yourself
14-Respect the disadvantaged
15-Indulge yourself occasionally
16-Surf the net at leisure
17-Take calculated risks
18-Understand"Money Is Not Everything..."
Itulah antara tip-tip untuk berjaya dalam hidup....yang baik kita ambil tauladan dan yang buruk kita ambil sempadan.Yang penting bagi saya, selagi apa yang kita buat tu perkara yang betul dan menepati syara' itulah kejayaan sejati kerana redha Allah Ta'ala adalah segala-galanya.Wallahu 'alam.....
Monday, March 19, 2007
Saturday, March 17, 2007
Kesian Dia...
"Syafiq..apa yang awak buat tu?", sahut Cikgu Yasmin."Saya sedang tengok kepompong ni.....apa yang ada dalamnya Cikgu?"tanya Syafiq."Itulah rama-rama namanya...Sebelum lahir, ia akan melalui beberapa proses kejadian, macam kejadian kita Allah Ta'ala jadikan kita daripada air mani dan setelah menjalani beberapa peringkat terjadilah kita." Setelah lama memerhati, tiba-tiba kepompong tadi mula bergerak-gerak.Kelihatan rama-rama mulai mahu keluar dari kepompong itu.Ketika itu,Cikgu Yasmin sibuk melayan karenah anak muridnya yang lain.Syafiq tidak sabar-sabar untuk melihat rama-rama itu keluar.Setelah lama menunggu, Syafiq menolong rama-rama itu keluar dari kepompongnya ."Cikgu...cikgu...mari sini!!!", jerit Syafiq.Lantas Cikgu Yasmin dan anak muridnya yang lain pergi kepada Syafiq."Ada apa Syafiq?" tanya Cikgu."Ni, ahh..rama-rama dah keluar...cantikkan?" ujar Syafiq."Emm...memang cantik." Rama-rama itu tadi mula bergerak-gerak.Semua murid mula bersorak-sorak keriangan.Tetapi malangnya, selang beberapa minit kemudian rama-rama itu mati.Semua murid terdiam melihat situasi yang berlaku.Syafiq mula, menggaru kepala dan sedih kerana rama-rama itu mati."Ehh..kenapa rama-rama tu mati?" tanya Cikgu Yasmin."Tadi semasa rama-rama tu mahu keluar dari kepompongnya, saya tarik ia keluar.Saya kesian tengok ia, jadi saya tolong laa." jawab Syafiq."Patut laa...Syafiq, rama-rama tu perlu ambil masa untuk keluar sendiri.Oleh kerana awak tergesa-gesa menarik ia akibatnya ia mati."Syafiq merasa menyesal atas kesilapannya itu tadi.Itulah nasib seekor rama-rama. Apa pengajaran yang kita boleh ambil dalam cerita itu tadi?Di dalam hidup ini, tiada yang jalan pi tas ataupun "shortcut" untuk mencapai sesuatu perkara.Semuanya berhajat kepada usaha.Orang yang suka mengambil jalan singkat untuk berjaya hasilnya tidak sama dengan orang yang bermujahadah.Kerana dengan mujahadahlah, seseorang akan merasakan kemanisan.Tetapi jangan lupa..iringilah mujahadah itu dengan doa dan tawakkal kepada Allah Ta'ala kerna firman Allah Ta'ala yang bermaksud:"Dan sesiapa yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami akan menunjukkan jalan kepadanya".Betapa indahnya perjuangan Nabi-nabi dan rasul-rasul serta para pengikutnya yang setia dalam mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.Segala susah-payah, penderitaan, kesakitan dianggap sesuatu yang amat kecil berbanding nikmat IMAN dan ISLAM.Hasilnya mereka beroleh SYURGA....sebaik-sebaik tempat kediaman yang kekal abadi.Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)