Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Disebalik Dosa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera diucapkan kepada teman-teman pembaca dan penjenguk blog Cinta Agung sekalian. Semoga dalam keadaan afiat hendaknya. 

Teman-teman sekalian,
Setiap yang dilakukan selalunya menghasilkan natijahnya yang tersendiri sama ada natijah itu baik atau sebaliknya. Implikasi daripada natijah tersebut akan ganjaran. Contoh mudah begini, apabila seorang anak yang lulus peperiksaan, kebiasaannya ibu bapa akan memberikan hadiah tanda penghargaan ibu bapa terhadap anak mereka. Dalam agama, seorang yang membuat kebaikan akan diberi ganjaran yang disebut sebagai PAHALA manakala yang membuat kejahatan juga akan diberi ganjaran yang dinamai DOSA.

Disebalik Dosa
Sekadar hiasan

Untuk apa dicipta dosa sedangkan kesannya amat buruk sehingga mampu menyeret manusia ke neraka? Zalimkah Tuhan sampai begitu sekali? Nauzubillah min zalik dan Subhanallah. Ayuh, mari kita renung kembali 99 nama Allah yang mulia. Tidakkah di sana  terdapat nama Allah العفو و الغفور, Allah Yang Maha Pengampun.
Allah mencipta dosa itu untuk menunjukkan MAHA PENGAMPUNNYA DIA terhadap hambanya yang berdosa. Walaupun dosa manusia memenuhi alam buana ini, sekiranya dia datang kepada Allah dalam penyesalan nescaya Allah akan mengampunkan dan tidak mempedulikan dosa-dosanya sebelum ini.

Dalam surah Az-Zumar ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud: 
"Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hambaku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah...". Maha baik Allah, bagaimana Allah menggunakan lafaz عبادي (Hamba-hambaku) tanda rahmat Tuhan kepada hambanya.

Nah, kebetulan sekarang kita berada difasa kedua pada bulan mulia, bulan Ramadhan yang disebut oleh Nabi S.A.W sebagai 'pertengahannya adalah MAGHFIRAH'. Semoga kita tidak terlepas untuk merebut peluang yang datang setahun sekali ini. Mudah-mudahan Allah memandang kita dengan pandangan rahmatNYA, amin.

Sebelum menutup kalam ringkas ini, suka saya tinggalkan satu hadis Qudsi riwayat Imam Muslim R.A yang berbunyi:

JIKA HAMBAKU MERANCANG MELAKUKAN SATU KEBAIKAN,
MAKA AKU AKAN REKOD UNTUKNYA SATU PAHALA WALAUPUN DIA BELUM MELAKUKANNYA.
JIKA DIA TELAH MELAKUKANNYA, MAKA AKU AKAN REKODKAN 10 KALI GANDA(PAHALA AMALAN TERSEBUT).

SEKIRANYA DIA BERNIAT UNTUK MELAKUKAN SATU KEJAHATAN,
MAKA AKU TETAP MEMAAFKANNYA SELAGI DIA BELUM MELAKUKANNYA KEJAHATAN TERSEBUT.
JIKA DIA TELAH MELAKUKANNYA, MAKA AKU REKODKAN SEBAGAIMANA PERBUATAN YANG DILAKUKANNYA.

PARA MALAIKAT BERKATA: "WAHAI TUHAN, ITU SEORANG HAMBAMU YANG HENDAK MEMBUAT KEBURUKAN."

ALLAH BERFIRMAN(SEDANGKAN ALLAH LEBIH MENGETAHU):"LIHATLAH DIA. JIKA DIA MELAKUKANNYA, MAKA CATATKAN KEJAHATAN ITU UNTUKNYA. JIKA DIA MENINGGALKANNYA, MAKA REKODLAH UNTUKNYA SATU PAHALA. SESUNGGUHNYA DIA MENINGGALKAN KEJAHATN ITU KERANA TAKUT KEPADAKU"



Allahu 'Alam Bissowab.

Isnin
13 Ramadhan 1434 H/ 21 Julai 2013
Pengkalan Chepa, Kota Bahru, 
Kelantan.


Nota Kaki Cinta Agung:
* Hadis Qudsi bermaksud satu jenis hadis dimana perkataan Nabi Muhammad disandarkan kepada Allah atau dengan kata lain Nabi Muhammad meriwayatkan perkataan Allah. Lafaz daripada Nabi manakala maksud/kehendak hadis daripada Allah.
* Setiap kejadian Allah, pasti berhikmah untuk menguji himmah manusia.

Friday, November 18, 2011

Respon Manusia Apabila Disebut Pasal MATI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Suatu hakikat yang wajib diterima, hakikat yang memang pahit untuk diterima. Hakikat itu ialah semua yang hidup, bernyawa dan bernafas pasti akan bertemu dengan ‘pasangannya’ iaitu kematian. Sebagai orang yang beriman, kita dituntut untuk mengingati mati. Kenapa? Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Cukuplah dengan kematian itu sebagai peringatan”. Hadis Nabi S.A.W. jelas menyatakan bahawa kematian itu memberi ingatan kepada mereka yang lalai dan leka.

Ingat Mati, Tingkat Produktiviti 

Ramai yang beranggapan bahawa dengan mengingati mati, produktiviti hidup menurun. Apabila ramai ingat mati, mereka akan menumpukan ibadah solat dan zikir. Betulkah anggapan ini? Ibadah itu bukan hanya tertumpu kepada solat, baca Quran, zikir, wirid sahaja tapi seluruh aktiviti hidup manusia jika ‘kena caranya’ akan menjadi ibadah dan pahala. Apabila ingat mati, manusia akan bekerja dengan amanah, tidak menipu, rasuah, dan lain-lain kerana mereka tahu, segala gerak kerja semasa hidup akan dihitung di hadapan Allah Ta’ala dan penentu sama ada ke syurga atau neraka. Na’uzubillah Min Zalik

Tiga Kelompok Manusia

Apabila disebut pasal kematian, secara umumnya muncul tiga kelompok manusia;
1-    Kelompok manusia pertama ialah mereka yang mengingati mati. Orang yang mengingati mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup.
2-    Kelompok manusia kedua ialah mereka yang takut mati. Orang yang takut mati akan putus asa dan harapan untuk hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.
3-    Kelompok manusia ketiga ialah mereka yang lupa mati.Orang yang lupa mati akan meremehkan taubat, dan memperkecilkan ibadah. Mereka benci apabila disebut pasal mati kerana ia mengganggu keseronokan melakukan maksiat dan dosa.

Nabi Musa a.s dan Malaikat Pencabut Nyawa

Daripada Abi Hurairah r.a., ketika itu beliau menyebutkan beberapa hadis, antaranya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Pada suatu ketika Izrail, malaikat maut diutus Allah kepada Nabi Musa a.s., dia berkata: “Sahutlah panggilan Tuhanmu.”

Malaikat maut tersebut lantas ditampar oleh Nabi Musa a.s. hingga buta kedua-dua matanya. Malaikat kembali kepada Allah dan berkata: “Ya Allah, Engkau telah menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati dan mencucuk mataku.”

Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya dan berfirman: “Kembalilah dan katakana, “Adakah kamu masih ingin hidup? Jika begitu, letakkan tanganmu di belakanglembu. Untuk setiap bulu yang tertutup oleh tanganmu, engkau masih berkesempatan hidup selama satu tahun.”

Musa bertanya: “Setelah itu?”. Dia menjawab “Kemudian kamu akan mati !”. Musa berkata: “Kalau begitu sekarang kematian itu sudah dekat!”. Ia memohon kepada Allah supaya mematikannya dekat Baitul Maqdis dengan jarak satu lemparan batu.”

Rasulullah S.A.W. seterusnya bersabda: “Jika sekiranya aku berada di sana akan kutunjukkan kepadamu makamnya, iaitu di pinggir jalan berhampiran tompokan-tompokan pasir merah.(Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari r.a, 1339; dan Ahmad, 2/269).

Wallahu ‘alam.

Wednesday, June 15, 2011

Marah Itu Mudah Tapi Sabar Itu Indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

“Fasobrun jamil((فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar. Sabar merupakan asbab kepada kecintaan Allah kepada hambanya sehingga diberikan syurga sebagai ‘hadiah’ dek kerana kesabaran itu. Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung.

Apa Itu Sabar???

Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah. Dalam tasawuf, sabar diistilahkan sebagai tahan menempuh sesuatu yang sukar.

Ayat-ayat Al-quran dan hadis berkaitan SABAR

1-Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana)mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.(Al-Kahfi, 18:28).

2-Apabila kita berbicara tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, merekaitulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.”(Al-Baqarah, 2:177). 

3-Rasulullah ‘Alaihi Solatu Wassalam bersabda yang bermaksud: “Sabar itu sebahagian daripada iman.”(Riwayat Al-Baihaqi). Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran.

4-Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.”(Riwayat Muslim).

Allah Yang Maha Sabar

Allah itu bersifat dengan sifat sabar. Dia bersabar dengan karenah dan perbuatan hambaNya. Justeru, antara nama Allah yang mulia itu adalah as-Sabur(Zat Yang Maha Sabar). Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan member mereka rezeki.”(Riwayat Ahmad daripada Abi Musa al-Ash’ari r.a)
 
Bersambung…bimasyiatillah

Tuesday, November 2, 2010

Rahmat ujian..........

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah sekali lagi kita bersua dalam blog Cinta Agung ni yang sudah lama tidak diUPDATE kan.Al-Quran, kalamullah mempunyai banyak kelebihannya seperti syifa(penyembuh) kepada penyakit rohani dan jasmani, sirah-sirah(pensejarahan) mengenai umat terdahulu di samping memberi pahala dan syafaat kepada si pembaca.

Terapi Jiwa Dengan Ayat Allah
Selain itu juga, terdapat ayat-ayat Allah yang memberi 'makna' kepada jiwa yang gelisah sebagai satu bentuk solusi kepadanya. Mari kita baca satu artikel yang cukup menarik ini...

Tiap persoalan Allah sudah jawab di dalam AlQuran... sayang nya ALlah dkt Kita............
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’Yes, certainly the Help of Allah is near!”[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”(Surah Yusuf ayat 12)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..(alqasas:24)

Nota Kaki Cinta Agung:
*Melangkah ke mukasurat: 100, buku Sejarah Tuhan

Tuesday, October 5, 2010

Soal Hati 16: Apakah Kita Melakukan Pembaziran Diri?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum kepada semua. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera harapnya. Hampir sekian lama menyepi dari menulis dalam blog Cinta Agung ni dek kekangan masa dan idea. Ala kulli hal, kali ini saya nak kongsi artikel yang dipetik daripada satu blog(copy paste je kecuali pendahuluan yang anda sedang baca ni, pastinya original!!!). Mudah-mudahan ilmunya dapat kita manfaatkan bersama. Selamat…

KHUTBAH Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini menarik perhatian dan menyentuh kalbu saya. Isu atau temanya mengenai pembaziran. Khatib telah menghuraikan ada sembilan bentuk pembaziran (diri) dilakukan manusia. Sememangnya pembaziran ini jarang disedari oleh setiap daripada kita.

Selalunya bila disebut pembaziran ia terfokus kepada makanan, wang, masa dan tenaga saja. Bahawa hal-hal hubungan dan tanggungjawab diri kita dengan Tuhan juga sebenarnya berlaku pembazairan.

Di sini saya cuba mengulas dan memperluaskan lagi apa yang dimaksudkan pembaziran itu dan bagaimana ianya berlaku. Mudah-mudahannya ada manfaat untuk semua.

Antara sembilan pembaziran itu ialah;

i) Pembaziran ilmu pengetahuan- Banyak manusia mempunyai ilmu pengetahuan tetapi sayangnya ia tidak dimanfaatkan untuk kegunaan orang lain. Tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Misalnya banyak para sarjana atau intelektual kita dalam berbagai bidang, tetapi ilmu para ilmuan itu hanya tersimpan dalam khazanah hati mereka saja. Mereka menuntut atau mempelajari ilmu itu bertahun-tahun tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Ada yang sekadar belajar untuk lulus periksa atau mendapat master dan Phd saja. Selepas itu mereka terus diamkan saja dalam diri mereka.

Begitu juga dengan para ulama dan ustaz. Mereka tidak menggunakan ilmu yang dimilikinya seoptimanya. Mereka hanya menggunakan atau pun mengajar sanak saudara atau keluarga sendiri saja. Kalau ustaz mengajar hanya di surau-surau di kampung mereka saja. Malas untuk merantau jauh menyebarkan ilmu dan berdakwah. Walhal ilmu yang ada kepada mereka itu perlu disebar luaskan dan ia juga adalah satu tanggugnjawab wajib mereka yang tahu. Ia satu amanah Allah kepada mereka. Inilah dikatan pembaziran ilmu pengetahuan.

Seharusnya mereka tulis dan terbitkan ilmu yang mereka perolehi itu sebagai kitab, VCD atau vedio. Sebar kepada umum biar orang ramai dapat memetik dan menggunakan ilmu berkenaan untuk dijadikan pandaun untuk hidup di dunia dan akhirat. Dan ingat kalau sudahestablish sebagai pendakwah nanti jangan pula meletakkan harga bayaran dengan nilai tertentu. Menerima bayaran juga pada saya satu pembaziran!

ii) Pembaziran kekayaan - Banyak manusia kaya raya, punya wang jutaan ringgit tujuh keturunan makan tidak habis. Ada yang sampai RM4 billion. Tetapi malangnya wang itu disimpan begitu saja dan tidak dimanfaat oleh orang lain. Orang miskin dan dhaif patut mendapat batuan mereka terus tinggal dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa mendapat sejemput pun bantuan mereka.

Sikap ini menyebabkan orang miskin tidak dapat merasai kekayaan mereka dan si kaya pula tidak mendapat pahala dari si miskin. Jadilah kekayaan mereka untuk dimegahkan saja tetapi bukan membantu orang lain. Kekayaan seperti itu kekayaan yang tidak memberi guna sedikitpun. Kekayaan yang tidak diredhai Allah. Kekayaan ala Qarun dan Firauan.


Kekayaan yang mulia, ialah kekayaan yang dapat dikecapi sama oleh orang lain. Seperti mana kekayaan Allah s.w.t. menurunkan setitik hujan. Bila Allah turunkan hujan semua makhluk-Nya dapat merasai nikmatnya. Segala hidupan di atas gunung, bukit bukau curam dan lembah dapat merasai nikmat hujah. Rumput, lumut, pokok, semut, gajah, kambing, kucing, ayam, itik, semua dapat merasai air hujan itu.

Hatta ikan, belut, dan segala hidupan dalam sungai dan laut juga dapat merasai kekayaan Allah itu. Inilah dikatakan kekayaan yang tidak membazir. Kekayaan yang meliputi kegunaan dan manfaatnya.

Sebaliknya setengah orang kaya ini suka menghabiskan wang untuk keburukan dunia dan akhirat. Bukan dibelanjakan untuk membaiki dunia dan membawa dirinya hampir dengan akhirat. Inilah yang dimaksudkan kekayaan yang dibazirkan. Contohnya ada manusia yang memilik kasut sampai 3,000 pasang, kereta mewah pulahan dan sekali berbelanja terpaksa pakai trak atau lori untuk memunggah barang ke rumah.

iii) Pembaziran kesihatan - Allah memberi kesihatan tubuh badan kepada seseorang. Tetapi malangnya kesihatan itu tidak digunakan untuk kebaikan. Misalnya diberikan tubuh sasa, otak cergas tetapi kesihatan itu digunakan di jalan yang tidak benar. Bunuh orang, bakar orang jadi abu dan sebagainya. Kesihatan seperti ini juga tidak memberi faedah kepada dunia dan dapat memenuhi filsafat manusia itu sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Inilah kesihatan yang merugikan.

iv) Pembaziran ibadat - Anih ibadat pun ada pembaziran juga? Ibadat itu dikira membazir sekiranya ia tidak sampai kepada hakikatnya. Memang ada orang kuat beribadat, berzikir ribuan seharian, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, berkhalwat di dalam gua dan gunung, atau tinggal anak dan isteri berbulan kerana dakwah atau sembahyang sampai dahi lekuk dan menjadi hitam. Tetapi kalau ibadat itu tidak dapat merubah sikap dan perangainya baik lahir dan zahir ia hanya pembaziran saja. Kerja itu sia-sia saja. Ia lebih kepada ibadat untuk menunjuk-nunjuk. Inilah dinamakan ibadat syaitan.

Ibadat yang sampai ke kemuncaknya ialah bila dapat merubakan kehidupan diri, fiil dan perangainya mendekati akhlak Rasulullah s.a.w. Memiliki sifat mahmudah dan membuang perangai mazmumah yang bersarang di istana kalbun di dalam diri. Hoi...

v) Pembaziran zikir - Iaini mereka yang berzikir tetapi tidak mengingati Allah. Ingat hanya ketika zikir saja tetapi selepas zikir ia kembali ke dunia asalnya. Juga dikira membazirkan bagi mereka yang berzikir tahu menyebut dan mengulang-ulanginya tetapi tidak tahu makna dan pengertiannya. Zikir seperti ini samalah cakap burung gemala kerbau atau tiong yang tahu berkata-kata tetapi tidak mengerti makna dan maksudnya. Kemuncak zikurullah ialah zaouk (mabuk).

vi) Pembaziran cinta - Tidak mencurahkan cinta jiwa raganya kepada Allah yang berhak menerima cinta setinggi-tinggi dan sekudus-kudusnya. Manusia rela berkorban dan memberi cinta kepada mahkluk dan bukan kepada Penciptanya. Belum ada kita mendengar berita manusia terjun dari bangunan tinggi kerana kecewa cinta kepada Allah, sebaliknya yang kita dengar mereka membunuh diri kerana kecewa cinta dengan kekasihnya. Meletakkan perasaaan yang suci dan agung itu kepada manusia ini juga pembazhiran.


vii) Pembaziran kasih - Tidak mengasihi saudara sendiri tidak kasih kepada dunia dan tidak kasih kepada diri sendiri. Allah memberikan kawan dan saudara untuk saling kasih mengasihi dengan cara itu menguatkan keimanan dan ketakwaan. Sebaliknya kita bergaduh sesama sendiri, tuduh menuduh 
dan dengki mendengki. Tentang dunia dan makhluk ini pula kita tidak sayang dan kasih. Kita khianati sungai, khianati pokok, khianati bukit bukau, gondolkan untuk jadikan kawasan penempatan. Perbuatan ini juga menunjukkan kita tidak kasih, dan perasaan kasih itu adalah pembaziran.

viii) Pembaziran akal - Allah menganugerahkan akal kepada manusia menjadi manusia makhluk yan paling mulia. Akal membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Sayangnya manusia tidak menggunakan akal untuk melihat dan menghayati perbezaan itu sepenuhnya. Lebih malangnya lagi ada manusia bersikap dan berperangai macam haiwan. Inilah dikatakan pembaziran akal anugerah tertinggi bagi manusia.

Nah... cubalah renungi secara mengdalam dan menghalusi apakah tiap daripada kita tidak terlibat dalam melakukan pembaziran itu?

Nota Kaki Cinta Agung:
*Tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera….