Showing posts with label Humor. Show all posts
Showing posts with label Humor. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Alternatif....





Assalamulaikum w.b.t.....
Kepada sesiapa yang ingin sangat bergaduh, boleh menggunakan teknik sebagaimana yang terdapat pada gambarajah di atas.Mudah, dan selamat....
(@-@)v.
Wassalam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Gunakan jalan penyelesaian yang terbaik...bawa2 la berbincang.Tak perlu bertumbuk!!!

Wednesday, July 1, 2009

Jawa Terengganu

Bismillahirrahman Ar-rahim....

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.Apa khabar?Semoga sihat sokmo(selalu).Sedar tak sedar, pengajian Cinta Agung di bumi Mesir ini sudah hampir ke kemuncaknya.Pelbagai perasaan berbaur dihati ini.Rindu, sedih, suka.....Kali ini, saya ingin kongsi satu pengalaman bersama sahabat-sahabat.Selama berada di bumi Ambia' ini, saya dapat belajar beberapa patah perkataan Jawa iaitu;
1-Kabare=Apa kabar?
2-Waras=Sihat
3-Wes mangan=Dah makan
4-Wes=Dah

Itulah antara patah perkataan Jawa yang Cinta Agung dapat sepanjang berada di sini.Al-maklum, berkawan dengan orang Jawa(^^).Rasa seronok juga bila dapat loghat orang luar.Tapi bila dia orang bertemu sesama mereka, habis keluar semua Jawa.Pening....sebab tak faham.Saya pula bila cakap loghat Terengganu, mereka pula tak faham.Bukan semua la....Kelakar juga bila dikenang balik.Tapi itulah hebatnya Allah Ta'ala, Dia jadikan manusia daripada tanah yang sama dan daripada tanah itu pula lahir pelbagai jenis manusia.Melayu, Cina, India, dan dengan pelbagai jenis bahasa.Sekian....
Wassalam(^^)v

Nota Kaki Cinta Agung:
*Orang yang paling mulia di sisi Allah hanyalah mereka yang lebih keTAQWAANnya kepada Allah Ta'ala.
*Kepada orang Jawa, kalau salah tolong tunjukkan.
*Komputer no.13 di Gamik, Hayyu Asyier, Kaherah.

Wednesday, May 27, 2009

Jawapan Slog "Uji Diri 3"

Bismillahirrahmanir Ar-rahim,

Assalamualaikum sahabat-sahabat, ape khabar?Harap sihat selalu.Erm, dah seminggu soalan 'pelik' slog Uji Diri kat blog Cinta Agung ni.Saya rasa sahabat-sahabat semua dah dapat 'detect' jawapannya.Belum lagi?Takpe2 jangan risau, jangan sedih, ni Cinta Agung nak bagi jawapan bagi soalan di bawah.
Jawapan 1:Sebab Tarzan tak berjambang.Ye la, tengok diri Tarzan yang sudah serabai tu.Kalau berjambang bertambah serabai la mamat tu kan?
Jawapan 2:Juruterbang Kamikaze pakai topi keledar sebab nanti kena saman sape yang susah.Mati-mati jugak tapi undang-undang kena ikut.Ingatan buat penunggang motosikal, pakailah topi keledar untuk keselamatan diri anda!
Jawapan 3:Kalau sahabat tutup suis lampu, laju tak?
Jawapan 4:Istilah 'tidur seperti bayi' timbul mungkin sebab ada orang tidur sambil hisap botol.Huhuhu...
Jawapan 5:Kalau suhu rendah, takde makna la ada pembakar roti tu.Betul tak?
Jawapan 6:Sebab kenapa lampu peti ais diletakkan pada bahagian sejuk bukannya sejuk beku kerana kalau diletak dekat ruang sejuk beku, habis cair ais-ais kat situ.
Jawapan 7:Irama lagu A, B, C, D, E, F, G,.....dan Twinkle Twinkle Little Star sama sebab penulis lagu tu orang yang sama.Mungkin....
Jawapan 8:Kita tekan butang lif lebih daripada sekali sebab kalau salah tekan butang, kita mesti tekan butang yang betul kan?
Jawapan 9:Kita tekan butang 'remote' lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis mungkin sebab tekanan perasaan ataupun nak jimat duit.

Itulah jawapan bagi soalan kat bawah.Sekian, wassalam(^^)

Nota Kaki Cinta Agung:
*Segala jawapan di atas merupakan hasil imaginasi penulis sendiri.Mungkin betul, mungkin salah.
*Mood kurang sikit hari ni.Sebab tu tulis ala kadar aje.Maafkan ku teman.

Wednesday, May 20, 2009

Uji Diri 3:Kenapa ye???



Bismillah walhamdulillah....

Assalamualaikum semua, kabare?Waras?Alhamdulillah(^^)v.Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung blog Cinta Agung kerana masih lagi sudi melawat dan memberi komen untuk blog ni.Bahang imtihan masih lagi 'panas' dengan 2 subjek telah berjaya diharungi.5 subjek lagi sedang menunggu di hadapan.Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah Ta'ala.

Untuk slot 'Uji Diri' kali ni, Cinta Agung ingin mengemukakan kepada sahabat-sahabat 9 soalan.

1-Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
2-Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
3-Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
4-Kenapa ada istilah 'tidur seperti bayi' sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
5-Kenapa pembakar roti mempunyai 'setting' untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghapuskan roti?
6-Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
7-Kenapa irama lagu A, B, C, D, E, F, G,.....dan Twinkle Twinkle Little Star sama?
8-Kenapa kita tekan butang lif lebih daripada sekali?
9-Kenapa kita tekan butang 'remote' lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?

Itu saja soalannya.Cuba jawab kalau boleh.Ok, selamat mencuba...Wassalam.(^^)v

Nota Kaki Cinta Agung:
*Terima kasih kepada Akhi Munif sebab bagi soalan ni.
*Talian hayat dibuka sepanjang masa.Tanyalah sape-sape pun....huhuhu

Sunday, March 1, 2009

Uji Diri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Erm, kali ini Cinta Agung nak test sahabat-sahabat.Caranya mudah, kamu semua hanya perlu ikut arahan yang ada pada rajah di atas.Apa yang terjadi?Ok, selamat mencuba....ila liqa'
(^ -)v.

Wassalam

Thursday, September 25, 2008

Jangan Ketawa (",)v

~AYAT BARU JEPUN~

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI


p/s: Jangan sampai kuar air mata gelak tu...huhuhu..Istigfar banyak2 kasi tahan gelak..:)

Thursday, May 10, 2007

Cerita KENTUT...

WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut. "Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung."
Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS. Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
Hihihi...macam-macam.So......ambillah pengingatan sebelum terlanjur.Wallahu Alam

Friday, April 13, 2007

Selingan...Jgn Marah.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua sahabat SIM yang membaca email ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku........ ..... CAYALAH!!!!! !!