Hari ini,aku dan sahabat muzakarah yang lain telah membuat suatu jaulah(journey)ke Iskandariah salah satu kota di bumi Ambiya' ni yang mana kedudukan kota ini disebelah utara dari Kota Qoheroh.Setelah dirancang selama lebih kurang seminggu, akhirnya terlaksana juga hasrat kami.Aku, Ustaz Che Abdul Rahim, Ustaz Muzakkir dan yang lain bergabung tenaga untuk menjayakan program ini.Time kasih buat kalian.Perjalanan bermula dari Mahattah "antik" Damanhur (tempat aku menceduk ilmu di Kuliah Syariah U.Al-Azhar) untuk ke akhir Mahattah di Iskandariyyah.
Perjalanan yang memakan masa hampir sejam ini menyebabkan aku "pening kepala".Apa tidaknye...melayan "fiel" orang Mesir yang macam2 ragam.Nak buat macam mane,hentam saja la!!!Kadang-kadang aku buat tak tahu je,kalau dilayan makin pening.Walauapa pun, mereka tetap manusia macam kita dan Nabi S.A.W sendiri memuji orang Mesir kerana kebaikan mereka terhadap Aali Bait Baginda S.A.W.Satu perkara yang menarik tentang orang Mesir, bila mereka bergaduh dan berdamai mereka tak akan bawa "kes" mereka ni sampai tujuh keturunan.Bahkan, mereka boleh duduk semeja untuk minun Syai slepas itu.Satu tabiat yang patut difikirkan bersama...
Pendek ceritanya,sesampainya kami di Mahattah Iskandariyyah, kami terus ke Masjid Nabi Daniel A.S yang hanya beberapa meter dari Mahattah yang mana di situ terletaknya Makam Nabi Daniel A.S. dan Luqman Al-Hakim.Kami berdoa di situ di samping sahabat yang lain sibuk ambil gambar.Geli hatiku melihat gelagak mereka yang sibuk posing situ...posing sini mengalahkan model.Aku pun tumpang sekaki,hi..hi..Selepas itu, kami bergerak secara beramai-ramai ke arah laut Meditranien(berhimpun beramai-ramai di Mesir tanpa pengetahuan pihak berkuasa adalah dilarang kerana Mesir adalah sebuah negara yang masih mengamalkan sistem darurat).
Sepanjang perjalanan itu, masih ada kedai yang ditutup dan jalan masih belum sesak dengan kenderaan.Setibanya di laut Meditranien, kami berehat seketika sementara menunggu sahabat lain sampai.Dari jauh, kelihatan Qal'ah(Kubu pertahanan) Salahuddin AlAyyubi.15 minit kemudian, kami bertolak ke sebuah perpustakaan yang terbesar di Benua Afrika ni.Melihatkan permandangan yang indah lautan, aku sempat bertanya kepada pekerja di perpustakaan itu untuk masuk tapi jawapan yang diberi,"Sa'ah Thalathah"(pukul 3 petang).Kempunan aku...
Setelah berehat panjang, kami pun bertolak ke Masjid Abu Abbas yang terletak lebih kurang 1.5 km dari Maktabah untuk solat Jumaat.Itulah kali pertama aku ke masjid itu.Di situ terletaknya Makam Syeikh Shihabuddin,Orang Soleh.Setelah usai solat, aku lihat berapa kelompok manusia membuat halaqah tarikat salah satu lagi kebiasaan bagi masyarakat Mesir.Selepas itu, kami menziarahi beberapa makam yang lain yang terdapat di sekitar masjid itu antaranya Makam Imam Busyuiri, Makam anak-anak Saidina Ali Zainal Abidin,cicit Rasulullah S.A.W. dan beberapa lagi makam para WaliyuAllah.
Selesai melawat makam-makam, perut pun sudah lapar...badan pun semakin letih kami mulai bergerak ke Muntazah untuk mengisi perut.Bermodalkan Le 1.50, kami menaiki tramco menuju ke Muntazah.Perjalanan ke sana memakan masa hampir 15 minit dari masjid.Sesampainya di sana, kami singgah sebentar ke Pasaraya Fathullah.Aku sempat juga beli 4 paket serbuk Kappocino dengan jenis yang berbeza...nak cubakan.Setengah jam kemudian, kami berkumpul semula dan bergerak ke sebuah taman di situ.Setiap seorang membayar Le 5 sebagai modal untuk masuk.Ini kali kedua aku masuk ke taman itu.Nak kata menarik tu....macam biasa je.Kami mencari tempat untuk isi perut yang telah lama kosong.Mee Goreng, biskut, kek dan air mineral menjadi santapan kami.Setelah perut diisi dan stamina kembali pulih, kami mula mengorak langkah untuk bersiar-siar di dalam taman itu.Aku dah malas nak jalan, kaki ni rasa macam nak tercabut.Aku biarkan mereka bersiar-siar.Aku pula menunggu Che Rahim dan Adhwa di luar.Jam di handset menunjukkan hampir pukul 6 petang, kami berkumpul sekali lagi untuk membuat satu modul ukhuwwah sebagai pelengkap perjalanan kami pada hari itu.Modulnya...memakan sekeping kek pisang dikongsikan dengan 26 orang dan pembahagian taakhi.Semua memberikan kerjasama yang baik,Alhamdulillah!!!.
Setelah selesai modul, kami pun bergerak keluar dari taman untuk pulang ke Damanhur.Dengan menaiki kereta api Bawwab(biasa)di Mandarah, kami menuju ke Sidi Gabir...Mahattah kereta api untuk pulang.Setelah lama menanti, pada jam 8.35 malam kereta api Mumayyazah Thaniah pun tiba dan aku pun mencari tempat untuk duduk tetapi malangnya nasib tidak baik, terpaksalah aku berdiri hinggalah tiba di stesen lain baru berpeluang untuk duduk.Aku, Adhwa dan Pok Chek memulakan perbualan berkaitan beberapa isu untuk menghilangkan rasa bosan.Perbualan kami kadang diisi dengan gelak ketawa....kadang serius.Aku tersenyum melihat telatah Pok Chek yang aku rasakan lucu.Umurnya setahun lebih tua dari aku, tapi pengalaman hidup...masyaAllah menakjubkan.Ada beberapa patah kalamnya menarik perhatian aku.Itulah dia Pok Chek, pelajar Muadalah...seorang model bertauliah.Hi...hi...
Tepat jam 9.57, rombongan kami tiba di stesen kereta api Damanhur.Masing-masing kelihatan amat penat maklumlah berjalan sakan tetapi ada manfaatnya.Masing-masing bergerak pulang ke rumah masing-masing dan aku memulakan langkah untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan pulang, aku singgah di sebuah kedai minum dengan Azri Kusza untuk menghilangkan dahaga.Selepas minum, aku bergerak menuju ke rumah di Syuq Syuria manakala Azri ke Syubro Damanhur.Itulah sedikit pengalaman yang dapat dikongsi bersama.Mata dah mengantuk dah ni...masa untuk tidur.Ok..Wassalam
Saturday, April 19, 2008
Wednesday, April 9, 2008
Rahsia Kebahagiaan
من أسباب السعادة
أولا: عليك بطاعة الله في السر والعلانية فيها تنالين رضا الله تعالى.ومن نال رضا االه تعالى فقد نال سعادة الدارين.
ثم عليك بمساعدة الآخرين, حيث قال صلى الله عليه وسلام (( المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه.من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته.ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنها بها كربة من كرب يوم القيامة, ومن ستر مسلما ستره يوم القيامة)) رواه مسلم.
أولا: عليك بطاعة الله في السر والعلانية فيها تنالين رضا الله تعالى.ومن نال رضا االه تعالى فقد نال سعادة الدارين.
ثم عليك بمساعدة الآخرين, حيث قال صلى الله عليه وسلام (( المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه.من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته.ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنها بها كربة من كرب يوم القيامة, ومن ستر مسلما ستره يوم القيامة)) رواه مسلم.
Subscribe to:
Posts (Atom)