Tuesday, June 24, 2008

Banggakah kita???



Salam buat teman yang selama ini sudi menerjah ke blog saya selama ini dan kepada teman2 yang lain yang kalau tak terjah lagi...terjah la tapi jangan lebih2..hi..hi..
Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala dengan limpah kasih sayang dapat lagi aku menghirup oksigen untuk bernafas dan untuk meneruskan sisa umur yang masih berbaki.Tapi aku tidak tahu adakah syukurku ini sudah cukup untuk membalas nikmat yang diberi?Nikmat mata...telinga...kaki...tangan...Kadang-kadang nikmat yang diberi sering disalah gunakan oleh manusia untuk melakukan maksiat dan dosa.
Benar firman Allah Taala yang bermaksud:"Sesungguhnya manusia itu zalim lagi jahil".Satu nikmat yang besar yang kadang2 diabaikan adalah nikmat ISLAM.Persoalannya, adakah kita cukup berbangga dengan Islam yang kita miliki?Adakah Islam yang kita anuti hanya Islam yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu?Adakah Islam yang kita anuti hanya berligar dalam skop ritual semata-mata?Alangkah malangnya seorang yang beragama Islam tidak bangga dengan agamanya sendiri...alangkah malangnya seorang beragama Islam hanya kerana warisan nenek moyangnya...alangkah malangnya seorang beragama Islam yang hanya memandang agamanya sebagai upacara keagaamaan semata.
Orang terdahulu sanggup mati kerana mempertahankan agamanya.Orang sekarang sanggup menggadaikan agamanya hanya kerana wang..pangkat..Dimanakah kita?Adakah kita dikalangan golongan yang sanggup mati mempertahankan agama Allah ataupun sebaliknya..Nauzdubillah,aku berlindung kepadaMu ya Allah daripada golongan yang menjual agamanya hanya kerana habuan dunia.HambaMu ini lemah...berilah kekuatan untuk aku meneruskan hidup di dunia.Jadikanlah aku mati pada jalanMu dan jadikanlah aku mulia disisiMu.Ya Allah,jadikan aku seorang yang cinta kepada Tuhannya,rasulnya, dan agamanya.Amin....