Thursday, February 26, 2009

Satu Kepuasan


Yatta...yatta...alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak ubah 'design' blog ni.Setelah beberapa kali percubaan dan akhirnya...inilah hasilnya.Terima kasih kepada Ustaz Zul, Suhairi yang sudi memberi tunjuk ajar kepadaku.Kepada peminat Cinta Agung(perasan!), jelajahilah 'dunia baru' Cinta Agung dengan penuh kegembiraan(^-^)v.Wassalam....

Nota kaki Cinta Agung:"Setelah kesusahan itu pasti ada kesenangan akhirnya" 

Wednesday, February 25, 2009

Munajatku

Munajat
Tuhan…
Ku bisikan kerinduan
Keinsafan pengharapan
Tuhan…
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui margfirahmu
Mardhiahmu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Ujian kepahitan di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan Syurga idaman





Monday, February 23, 2009

Akal Versus Otak

Apa komen anda mengenai akal dan otak?

Bagi penulis, AKAL merupakan sesuatu yang maknawi dan abstrak manakala OTAK pula sesuatu yang material.Ada pendapat yang mentakrifkan akal itu sesuatu jauhar yang mudah dan pendapat mengatakan akal itu adalah jiwa atau pemikiran.Satu kaedah menyebut “Banyaknya nama bagi musamma(yang dinamakan) menunjukkan mulia atau jeleknya musamma itu”.

Di mana letaknya akal dan otak?

Ada yang mengatakan akal itu letaknya di kepala dan ada juga yang mengatakan letaknya di hati.Manakala otak pula letaknya di kepala.

Kalau kita lihat dan renung, Allah Ta’ala memberikan otak kepada makhluknya yang bernyawa tetapi tidak semua yang berotak itu berakal.Sebagai contoh; ayam, ada otak tapi tidak berakal, tidak ada perhintungan dosa pahala, halal haram sesuatu perkara.

Tetapi bagi makhluk yang bernama manusia, Allah Ta’ala kurniakan kepada kita akal sebagai ‘penapis’ untuk memastikan sesuatu perkara itu bertentangan ataupun tidak dengan Syariat dan fitrah.Sebab itu pentaklifan hukum syara’ mementingkan akal dan bukannya otak sebagai misalan; Solat, antara syarat sah solat ialah berakal dan begitulah seterusnya ibadat-ibadat lain.Otak hanya berfungsi untuk merealisasikan apa yang ‘ditapis’ oleh akal.

Akal yang sihat akan melakukan perkara yang baik manakala akal yang tidak sihat akan melakukan perkara yang sebaliknya.Suatu elemen yang mampu mempengaruhi akal adalah nafsu.Nafsu jika ditemukan dengan akal yang sihat maka akan memberikan impak yang positif kepada manusia.Tetapi, nafsu jika ditemukan dengan akal yang sakit maka akan memberikan impak yang negatif kepada tuannya.

Apakah formula untuk membina akal yang sihat?

Setakat yang penulis tahu, terdapat ramai pakar motivasi memberikan tips untuk membina otak yang sihat dan jarang yang memberikan tips untuk membentuk akal yang sihat.Di sini penulis ingin berkongsi formula untuk membina akal yang sihat;

1-Keimanan yang benar kepada Allah Ta’ala

2-Melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya

3-Mendengar peringatan

4-Mengingati kematian

Sebenarnya banyak lagi formula untuk membina akal yang sihat dan apa yang dinyatakan di atas cuma sebahagiannya sahaja.

Sebagai kesimpulannya, jaga dan peliharalah akal kita daripada perkara yang merosakkan.Akal mestilah mendahului nafsu dengan berpaksikan kepada petunjuk Ilahi dan bukan sebaliknya.Wallahu ‘alam.

Saturday, February 21, 2009

Soal Hati 2

"Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Allah, menjadi wadah rebutan Malaikat dan syaitan...Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai...Didiklah hati menuju kebenaran demi mencapai redha Ilahi"

Monday, February 16, 2009

Dumyat Jadidah@The New City of Damieta


Bismillahirahman Ar-Rahim….

“Jauh tapi menyeronokkan”satu ungkapan yang boleh Cinta Agung nyatakan kepada semua sebagai pembuka tirai kepada suatu cerita dan pengalaman semasa makan angin ke Dumyat.Dumyat merupakan salah satu muhafazah yang berada di utara Mesir selain daripada Iskandariah.Perjalanan ke sana mengambil masa selama 5 jam dari Qaherah dengan menaiki kereta api kelas kedua dan 4 jam dengan menaiki pengangkutan awam atau sinonim dengan nama TREMCO.

Selasa-3 Februari 2009;

Sekitar 6.20 malam-Langkah dimulakan dari Kompleks Penuntut Terengganu,Hayyu Asyier setelah selesaikan Solat Maghrib untuk mendapatkan tremco menuju ke stesen kereta api di Ramsis.Kereta api ke Dumyat akan bertolak pada jam 7.30 malam.Perasaan resah mula bermain kerana tremco ke Ramsis tidak muncul-muncul dan masa terus berlalu.Kami menaiki tremco menuju ke Sabi’ untuk menjimatkan masa.Sekali lagi, tremco dari Sabi’ ke Ramsis tiada.Setelah beberapa minit berlalu, kami terpaksa menahan teksi untuk bergegas ke stesen kereta api kerana jam telah menunjukkan pukul 6.55 malam.Perasaan berdebar semakin menjadi-jadi kerana melihatkan kesesakan yang berlaku sepanjang perjalanan kami menuju ke Ramsis.Alhamdulilah, pada jam 7.22 malam kami tiba di stesen kereta api dengan selamat lantas kami bergegas ke Platfom 5 di mana kereta api mukayyaf thaniah(kereta api kelas kedua) berada.Haji Da dan Safwan yang telah berada di situ melambai-lambai kepada kami sebaik saja tiba.

7.45 malam-Kereta api mula bergerak dan penulis duduk dikerusi yang berangka 41 sebagaimana yang tercatat pada tiket bersama dengan Duan, teman satu sekolah.Kelihatan kerusi telah dipenuhi dengan penumpang-penumpang Arab Mesir.Perjalanan terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana kereta api tersebut akan berhenti pada setiap stesen kecil di kawasan tertentu dan berakhir di Tanta,pemisah kepada muhafazah yang lain.Kami buat kerja masing-masing untuk menghilangkan kebosanan.Perut mula berbunyi menahan rasa lapar kerana penulis tidak sempat menjamah makanan sebelum bertolak.Pada jam 9 malam, kami tiba di Tanta.Ramai penumpang turun di situ dan yang tinggal hanya beberapa orang Arab Mesir.15 minit kemudian, kereta api bergerak semula untuk ke Dumyat.Bosan-bosan…….

12 malam-Tibanya kami ke Stesen Kereta api Dumyat.Memandangkan masa telah lewat malam, kami bergegas untuk mendapatkan tremco ke Dumyat Jadidah dengan tambang sebanyak 1 Genih atau Pound Mesir.Setelah sampai di sana, kami menaiki tremco sekali lagi untuk menuju ke Uula(nama tempat).15 hingga 20 minit kemudian kami pun sampai ke destinasi yang dituju iaitu Rumah Halim.Lega rasanya….Selepas itu, faham-fahamlah ye(^-^)v

Rabu-4 Februari 2009;

Pagi-Setelah solat Subuh dan sarapan pagi, kami bersiap-siap untuk ke pantai.Buat apa ke pantai musim sejuk ni?Erm…kutip kerang.Makanan kegemaranku.Kerang dekat Dumyat ni besar-besar.Perjalanan ke pantai mengambil masa selama 15-20 minit menaiki tremco.Setibanya di sana, berbekalkan guni beras dan beg plastik, kami memulakan pencarian kerang.Nasib tidak menyebelahi kami kali ini kerana kerang agak kurang tapi bolehlah setengah guni.Amacam,hebat tak?????

Tengahari-Duan dan Haji De bertungkus-lumus di dapur untuk menyediakan makan tengahari.Teman-teman lain enak dibuai mimpi mungkin penat mengutip kerang.Kerang masak merah menjadi menu utama.Alhamdulillah….

Petang-Selepas Asar kami bertolak ke pasar yang terletak di Dumyat Qadim untuk membeli ikan, sotong dan udang.Buat apa?Erm…barbeku!!!Makanan laut di sini agak murah berbanding tempat lain.Setelah selesai membeli barang dan menunaikan solat Maghrib, kami bersiar-siar di sekitar pasar.Keadaan begitu sesak dengan penduduk tempatan memenuhi kawasan tersebut.Setengah jam kemudian, kami mula bergerak untuk pulang ke rumah.Kali ini, kami menaiki bot penumpang menyeberangi Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia.

Sekitar 8.45 malam-Masing-masing sibuk menyediakan Barbeku.Hati kecilku tercuit melihat gelagat teman-teman.Betapa indahnya ukhuwwah Islamiyyah….Setelah selesai semuanya, kami menjamu selera.Alhamdulillah…Masa telah larut malam dan mata pun sudah mengantuk, kami beransur untuk melelapkan mata.Sebelum tidur, kami bersembang-sembang mengenai pengalaman hidup masing-masing.Lucu, seram…..

Khamis-5 Februari 2009;

6.15 pagi-Hari ini merupakan hari terakhir penulis di Dumyat.Setelah solat Subuh, kami bersarapankan biskut dan Kopi Mix.Ada juga yang sambung tidur mungkin keletihan.Pagi ini agak membosankan kerana tiada aktiviti hendak dibuat.Masing-masing buat kerja sendiri.Alahai…Kami rancang untuk ke Ra’sul Bar, pada petang nanti.

Sekitar 4 petang-Setelah selesai solat Asar, kami mula menggerakkan langkah untuk menuju ke Ra’sul Bar.Ra’sul Bar merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.Menarik kerana kita dapat lihat penghujung Sungai Nil yang memisahnya dengan Laut Mediteranian.Ada pendapat Ulama yang menyatakan bahawa di situ tempat bertemu Nabi Musa dan Nabi Khaidir ‘Alaihimassalam.Wallahu alam.Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Uula.Setibanya di sana, kami berjalan kaki untuk ke akhir sungai.Kawasan sekitar agak lengan pada musim sejuk sebaliknya ketika musim panas, Ra’sul Bar akan dipenuhi dengan pelancong sama ada dalam atau luar Negara.Kedamaian dirasai….Kami bergambar sakan sebagai kenangan dan modal untuk diceritakan kepada teman-teman yang lain.

Selepas Maghrib-Kami mula bergegas pulang ke rumah Halim untuk mengemaskan pakaian untuk pulang ke rumah masing-masing.Sebelum itu, kami sempat menikmati pizza Arab sebagai makan malam.

9 malam-Kami mula bertolak pulang ke rumah masing-masing setelah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.Kami mengambil tremco untuk ke mauqaf(perhentian kenderaan awam).Setibanya di sana, kami pun berpecah.Ada yang pulang ke Qaherah dan penulis dengan Ustaz Azam pulang ke Damanhur dengan menaiki kereta ke Iskandariyyah terlebih dahulu.Alhamdulillah, nasib baik kereta ada.

10 malam-Kereta yang kami naiki memulakan perjalanan.Perjalanan ke Iskandariyyah mengambil masa selama 3 jam.Sepanjang perjalanan, penulis hanya tidur kerana agak keletihan.Pengalaman berasa di Dumyat akan aku abadikan di dalam diari hidupku, Insya Allah….(^-^)V

Dedikasi khas untuk;

Ustaz Azam, Haji De, Duan, Marwan, Safwan, dan Halim(Tuan Rumah)