“ kita sering mahukan hari yang cerah, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan...kita sering inginkan keseronokan jauh sekali kesusahan, tapi Dia lebih mengtahui, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan...kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dosa dan kesilapan...semua itu bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah...”
Nota Kaki Cinta Agung:
*Kita merancang dan Allah merancang, tapi perancangan Allah tu lebih baik.
*Kerana nafsu jiwa merana, kerana agama kita berjaya…
Belakang rumah...(kalau perhati betul-betul, ada landasan kereta api kat situ...)
Main futsal tahun lepas...
Kat Bukit Sinai...(mase ni nak turun bukit dah...)
Gambar ni masa kelas Qawaid Fiqh dan tu Lecturernya(ambik gambar curi....)
Teka aku kat mane??
Ni kat Maarod Kitab@Ekspo Buku 2009,Cairo(dalam bulan dua baru ni...loteh!!!)
First time naik unte.....huhuhu
Perpustakaan di Iskandariah(jalan2 bukan bace buku pun...)
Akhirnyaku tawan Bukit Thur Sinai...
Bertabirkan Laut Mediteranian, Ra'sul Bahri
Peace!!!!(^-^)v
Tu sebahagian gambar-gambar sepanjang Cinta Agung duk kat Mesir.Nak upload sume, susah pulak..huhuh.Ila Liqa'.... Nota Kaki Cinta Agung: *Segala aksi posing dalam gambar di atas dilakukan secara sukarela daripada penulis sendiri..huhu
Maaf, tajuk entri kali ini agak kasar bunyinya ‘Otak Melayu’.Kenapa dengan otak orang Melayu?Antara jenis-jenis otak Melayu;
1-Mungkir janji
2-Nak cepat senang tanpa usaha yang berbaloi
3-P.H.D
4-Suka berhibur
Itulah sebahagian jenis-jenis popular otak Melayu.Dulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah mengeluarkan satu kenyataan:… “Melayu mudah lupa” .Semua orang melenting.Tapi, itulah realitinya.
Ulasan Otak Melayu
1-Mungkir janji;
Orang Melayu kita ini, bila berjanji selalu mungkir.Yang paling ketara yang berkaitan dengan masa.Contohnya, mesyuarat.Janji pukul 8.00 pagi tapi mula pukul 9.00 pagi.Yang peliknya, semakin besar jawatan yang disandang semakin ‘besar kepala’nya.Sepatutnya,mereka patut menjadi contoh kepada anak buah mereka.Kesannya, banyak urusan terabai, menyusahkan orang lain dan mutu kerja tidak memuaskan terutamanya bila berprogram.Pepatah Melayu menyebut;… “Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.Islam amat memandang berat dalam urusan perjanjian dan diantara tanda orang Munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri.
2-Nak cepat senang;
Satu lagi ciri Otak Melayu iaitu hendak cepat kaya tapi usaha….Contohnya, Skim Cepat Kaya dan yang sewaktu dengannya. Sebahagian orang Melayu sanggup melabur dalam Skim Cepat Kaya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan sekelip mata. “ Manalah tahu dapat durian runtuh?”, katanya.Itu pun kalau durian itu runtuh kalau tak….?Kesannya, malas bekerja dan kalau bekerja pun kurang produktiviti.Islam menggalakkan penganutnya untuk berusaha untuk mendapatkan rezeki.Sebaik-baik pekerjaan adalah dengan usaha sendiri iaitu dengan berniaga.Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa 9 /10 keuntungan diperoleh dengan perniagaan.Pada masa sekarang, separuh daripada ekonomi dunia dikuasai oleh Bangsa Yahudi Laknatullah.Kita, umat Islam begitu jauh ketinggalan.
3-P.H.D ;
Apa maksud P.H.D.?Bukannya gelaran Doktor Falsafah tetapi Perasaan Hasad Dengki.Masa kecil dulu, Cinta Agung pernah tengok satu drama Melayu tajuknya P.H.D.Barah hasad dengki di dalam masyarakat kita semakin menular.Contoh, peniaga A dan peniaga B.Bila perniagaan A semakin maju dan perniagaan B sebaliknya, mulalah si B ni gelisah.Akhirnya, santau menjadi pilihan.Kesannya, akidah rosak, hubungan denganorang menjadi ‘tawar’ dan menyusahkan orang lain.Di dalam Islam,perasaan dengki dibenarkan di dalam beberapa perkara contohnya dengki dalam mencari ilmu, membuat kebaikan sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Jangan hasad kecuali pada dua perkara; Pertama, seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta dan diinfakkan untuk kebaikan.Kedua,seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya ilmu, dengan ilmu tersebut dia mengajar orang lain dan menghukum sesuatu perkara dengan ilmunya.”Wallahu alam.
4-Suka berhibur;
Satu budaya yang kurang sihat yang sedang melanda masyarakat kita sekarang ialah budaya hedonisme iaitu budaya hiburan yang melampau.Masyarakat kita disogok dengan pelbagai rancangan hiburan.AF, Raja Lawak, Jozan, drama-drama,dan nyanyian menjadi pengisi slot saluran televisyen.Apa manfaatnya rancangan tersebut dalam memberi ilmu dan membangunkan umat? Program agama dan program ilmiah disisihkan.Bangsa lain berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf hidup mereka tapi bangsa kita…?Kesannya, tidak mustahil orang Melayu akan merempat di bumi sendiri. Bak kata Raihan;
“Berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah…”
Rumusan
Satu prinsip yang perlu ada pada setiap orang adalah “Semua orang pernah buat salah dan silap tapi berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan itu”. Semoga artikel kecil ini menjadi pemangkin kepada perubahan kita sebagai orang Melayu lagi beragama Islam.Tapi ingat, bangsa tidak memberi apa-apa saham untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat.Yang penting agama Islam itu sendiri.Mulianya suatu bangsa itu kerana Islam dan hinanya sesuatu bangsa itu kerana meninggalkan Islam.Sama-sama kita renungkan.Wallahu Alam.
Nota Kaki Cinta Agung;
*Artikel ini bukan untuk menghentam sesiapa tapi untuk kebaikan semua.
*Pepatah ada mengatakan:"Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya"...Erm, betul ke?Kalau silap, tolong perbetulkan.
Erm, kali ini Cinta Agung nak test sahabat-sahabat.Caranya mudah, kamu semua hanya perlu ikut arahan yang ada pada rajah di atas.Apa yang terjadi?Ok, selamat mencuba....ila liqa' (^ -)v. Wassalam
Nama diberi Mohd Khairul Hafiz Bin Husin.Lahir dan tinggal di K. Terengganu, Terengganu Darul Iman.Pendidikan di Tadika Pulau Musang, Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah(S.K.R.B), Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang(Ting. 1-3), Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok(Ting. 4-4 Thanawi), dan sekarang berada di tahun akhir, Uni. Al-Azhar, Cawangan Damanhur. Email:hizbulatif@yahoo.com Blog:cintaagung.blogspot.com
Konspirasi Dunia- Rahsia Vatican I
-
Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian
lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan...
‘Call Me Irresponsible’
-
Menelusi perkembangan politik semasa sungguh membingungkan. Saya pula banyak
memikirkan kesan kebingungan itu kepada generasi pelapis. Soal
menterjemahkan ...
Salah Faham Istilah ...Satu Masalah Yang Membarah ..
-
Segala puja dan puji hanya padaNya yang menjadikan langit dan bumi serta
alam keseluruhannya Tuhan yang Tiada Misal padaNya. Selawat dan salam buat
junjun...
Selingan : Siapakah mereka ?
-
Marilah kita berjinak-jinak mengenali Ulama' zaman lampau ,nama mereka
seperti baru hari ini kita ketahui , padahal mereka amat berjasa pada zaman
mereka...
Ahli makrifat giat cari rahsia Kitab
-
Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
CARI KEREDAAN: Islam adalah agama yang mengajar manusia apa yang tidak
diketahui, al-Quran memecahkan kegelapan dunia ...
Mencuri Atau Menurunkan Kain Rentang
-
Saya tertarik dengan ulasan teman saya ini. Ayatnya biasa dalam membidas kalam seorang Prof. Madya.Sila layari: http://fuaizgeneration.blogspot.com/2009/11/m...
Multiplicity (Atau Klon)
-
Multiplicity adalah kombinasi teknik fotografi dan komputer di mana beberapa
foto digabungkan untuk menghasilkan kesan cloning (terutamanya kepada subjek
o...
Memperkasakan Gagasan PengIslaman Ilmu
-
oleh Ibnuyaacob Salah satu cara paling berkesan untuk menyelamatkan dunia
ilmu sains sosial dari putar belit Freemason dan Illuminati ialah dengan
melaksan...
DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI
-
Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh
kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam
mem...
Ikatan Langit Dan Bumi
-
Demi langit dan bumi Melihatlah dengan hikmah Menafsir dengan ilmiah Buat
santapan mata hati Yang terpendam Lubuk dalam Yang terpelosok Jauh di relung
jiwa...
Segera mohon keampunan Allah
-
DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
MUHAMMAD Quraish Shihab berkata : Setelah ayat yang lalu digambarkan
sekelumit tentang syurga, ayat ini menggambarkan sifat-si...
Syaikh Sya’rawi
-
Mula-mula saya menjejakkan kaki ke Mesir dahulu, video di bawah saya tontoni
di komputer seorang sahabat. Semangat saya untuk menegakkan Islam di bumi
Mala...
Asahabul Kahfi
-
http://www.2ycomm.my/audio/UA/Jan09/06.01.09 Hj Muda Kemaman.mp3 Hukum perli
jemaah baru Sabar atas kutukan Masalah aurat di halaman rumah Masalah tatoo
di...
MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?
-
*Soalan;*
assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari
ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa ...