Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Tuhan memanggil ku tidak menyahutnya
Tuhan memanggil aku mendengar saja
Tuhan memanggil aku ku sahut sekali sekala
Tuhan memanggil aku ku cuba menerimanya…2x
Tuhan memanggil ku sahut bertalu-talu
Tuhan memanggil ku jemu menyahutnya
Tapi aku memaksa diriku menerimanya… 2x
Itulah diri aku belum jinak dengan tuhan
Ku akan jinakkan dengan berkelana…….
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog Cinta Agung. Semoga di dalam keadaan sihat adanya. Pernahkah saudara saudari semua menemukan kata-kata di atas sebelum ini? Ya, inilah seni kata lagu ‘Berkelana’ nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim semasa bersama Rabbani suatu masa dahulu. Seni kata lagu ini cukup menyentuh jiwa bagi diri yang berjiwa hamba.
Sabda Nabi S.A.W.:
“ Apalah aku ini dengan dunia! Sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.”
Wallahu alam...(^^)
Nota Kaki Cinta Agung:
Daripada Ibnu Umar R.A, beliau berkata: Rasulullah memegang dua bahuku sambil berkata: “Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.”
Hadis riwayat Imam Bukhari R.A. dalam kitab ‘ar-Raqqaaq’(Daripada Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi Rahimahumullah Ta’ala)