Sekadar hiasan |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Tahukah anda bahawa terdapat sebuah inskripsi bertulis yang membuktikan bahawa bulan memang pernah terbelah? Walaupun banyak ditentang oleh para cendiakawan dan orientalis Barat kerana ketiadaan bukti sejarah tentang peristiwa terbelahnya bulan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, namun peristiwa berikut mungkin dapat dijadikan bantahan buat mereka.
Alkisah, tersebutlah seorang raja di India yang menyaksikan secara langsung peritiwa terbelahnya bulan. Insiden yang disaksikan secara langsung oleh Raja Chakrawati Farmas ini didokumentasikan dalam sebuah manuskrip kuno yang disimpan di India Office Library di London. Manuskrip yang jarang ditemui tersebut memiliki nombor rujukan: Arabic, 2807, 152-173. Kandungan manuskrip tersebut pernah diambil oleh M. Hamidullah dalam bukunya “Muhammad Rasulullah” seperti berikut:
“Terdapat satu kepercayaan yang sangat kuno di Malabar, di Pesisir Barat Daya India bahawa salah seorang raja mereka, Chakrawati Farmas, pernah melihat sendiri peristiwa terbelahnya bulan, yang dikatakan sebagai mukjizat dari Nabi Suci S.A.W. dari Mekah dan bahawa telah melakukan siasatan mengenai satu ramalan tentang kedatangan seorang Utusan Tuhan dari Arab. Dia kemudian melantik puteranya sebagai duta utusan dan memerintahkannya supaya pergi menemui Nabi tersebut. Raja tersebut kemudian memeluk Islam di hadapan Nabi tersebut dan ketika dia hendak pulang ke India dengan membawa ajaran Nabi tersebut, dia meninggal dunia di pelabuhan kota Zafar, Yaman. Pusara ‘Raja India’ ini dikunjungi oleh ramai penziarah selama berabad-abad lamanya.”
Manuskrip kuno yang sama juga menyatakan tentang beberapa aspek terperinci mengenai Raja Chakrawati Farmas dan perjalanannya. Dalam petikan buku Tarikh Al-Yamini, As-Sayyid Mahmud Syukri al-Alusi r.a. menceritakan sebuah kisah menarik dari India. Dalam sebuah peperangan antara pasukan Muslim dengan sebuah kerajaan lama di India, Sultan Mahmud bin Sabaktakin al-Ghaznawi melihat kepingan batu atau seperti inskripsi di dalam sebuah istana yang Berjaya mereka ambil. Kepingan batu itu terpahat tulisan yang berbunyi, “Istana ini dibina pada malam terbelahnya bulan dan peristiwa itu mengandungi pelajaran bagi orang yang mengambil pelajaran.”
Nota Cinta Agung:
*Sumber: Diyan Yulianto & M.S. Rohman. 2011. “Sumbangan Karya Sains Hebat Islam Abad Pertengahan”. DIVA Press.