Thursday, February 8, 2007

Seminar Perubatan

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Alhamdulillah pada 5 dan 6 Februari baru-baru ini, pihak Persatuan Perubatan Mesir telah mengadakan seminar perubatan yang bertajuk " Ibadat Pesakit " di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah,Kaherah,Mesir.
Saya lihat perkembangan perubatan di negara kita semakin baik di mana ada sesetengah pusat rawatan mengamalkan kempen "MESRA IBADAT".Kesedaran ini timbul apabila ada pihak yang menyedari bahawa ibadat memainkan peranan yang amat penting dalam suatu kesembuhan.Pihak pengamal perubatan memainkan peranan penting untuk memberi taklimat atau membantu pesakit yang ingin menunaikan ibadat semasa rawatan dijalankan.
Program-program seperti ini harus diteruskan kerana ianya dapat memberi pengetahuan kepada semua Mahasiswa Al-Azhar khususnya berkaitan dengan perubatan.Saya hanya sempat menghadiri seminar ini pada hari terakhir kerana terpaksa menyelesaikan urusan yang tertunggak.Wallahu 'alam

No comments: