Friday, April 27, 2007

Sejadah Baca Al-Quran

Assalamualaikum semua....di sini saya suka untuk berkongsi satu cerita berkenaan sejadah baca Al-Quran.Itu pun saya dengar daripada kawan saya.Menurut cerita yang disampaikan, peristiwa itu berlaku di sebuah masjid ketika sebilangan masyarakat di kawasan masjid tersebut mengadu mendengar suara orang yang membaca Al-Quran pada waktu malam di dalam masjid itu sedangkan pintu masjid itu selalu dikunci.Nak dijadikan cerita pada suatu malam, ketika terdengar Al-Quran dialunkan penduduk kawasan tersebut masuk ke dalam masjid itu.Subhanallah....kelihatan satu sejadah sedang "duduk tahiyyat" sambil membaca Al-Quran.
Allahu akbar!!!Lihatlah kebesaran Allah Ta'ala.Ketika manusia sedang leka dengan dunia,ketika mereka lari dari petunjuk Allah Ta'ala,ketika alam menuju kepada kehancuran(kiamat), Allah menunjukkan kekuasaanNya ketika mana apabila Dia berkata:Jadi..maka terjadilah sesuatu perkara itu.Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini.Wallahu 'alam
Posted by Picasa

Thursday, April 26, 2007

Ibnu Sina

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina.
Tokoh Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037.
Sejarah dan Latarbelakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Friday, April 13, 2007

Munajat Hamba

Bismillahir Arrahmani Arrahim
Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Al-Imran, ayat:133 yang bermaksud:"Bersegaralah kepada keampunan tuhanmu dan syurga yang luasnya antara langit dan bumi...."dan sabdaRasulullah S.A.W riwayat al-Tibrani(Al-Kabir) dan al-Baihaqiy(Al-Syu'b):"Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yang bertaubat dari dosa itu seperti orang yang tidak ada dosa langsung."

"Ya Tuhanku, kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat....
Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah meliputi diriku"


"Matikanlah aku di dalam agama Nabi Muhammad....

Hidupkanlah hatiku di hari semua hati hidup"


"Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yang menguasainya....

Sesungguhnya penyakitku telah melemahkan dan membingungkan doktor"


"Ya Allah yang mengubati para hamba, kurniakanlah rasa hampir denganMu....

Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau"


"Kurangkanlah kegelinciranku, kurniakanlah rasa hampir denganMu....

Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu"


"Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu....

Malam telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku"


"Apalah daya upayaku, aku telah melakukan derhaka secara jahil....

Bagaimanakah aku tidak malu, Engkau sentiasa melihat dan menunggu"


Wassalam

Selingan...Jgn Marah.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua sahabat SIM yang membaca email ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku........ ..... CAYALAH!!!!! !!

Tuesday, April 10, 2007

Nilai Kasih Sayang

LOVE AND CARE

Every one in need of love
Love and care
It’s a love and happiness we’re looking for
Every one of us needs to be defended
In need of protection
With dignity and honour
Basic human rights shouldn’t be violated
Offenders must be brought up
In the face of justice
To live with tolerance
Should be there within your heart
It leads to the rule of life in society
To reason and be together
For a life of happiness
Blessings and peace within the society

Tell me where
O tell me where
Love and care we’re searching for
The need of man’s instinct
Has been withered away
Hopes that we hold on
Have been totally destroyed
Causing death and destrution
Poverty and deprivation
Are neglected so beware the rulers and the rich
Never seem to love and care

Tell me where
O tell me where
Love and care we’re searchingfor
Oh god you are the one
We lie all our hopes
Only you the protector
Only you the defender
You are the one we’re looking for
The true life sulution

By:Qatrunnada

Monday, April 9, 2007

Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."

- Ibn Khaldun

Sumber :Internet

Sunday, April 8, 2007

Di manakah Islam???

Salam mahabbah sume...hari ni saya ketika baca surat khabar kat internet, ada satu artikel yang ditulis berkenaan dengan sebuah parti politik non muslim di Malaysia yang meminta maaf di atas satu resulosi yang dibuat untuk memecat mufti negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria setelah mereka mendakwa tidak berniat untuk berbuat demikian.

Walauapa pun, itulah situasi yang sedang berlaku di negara kita.Asyik sibuk membicarakan isu pembangunan sampaikan urusan agama dilupakan.Kalau di negara-negara lain, isu agama merupakan satu isu sensitif sehinggakan orang Islam sanggup bangun berdemontrasi.Negara kita macam mana pula?Ingatlah firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Maa'idah,Ayat:54:" Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad dari agamaNya maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah, dan tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela..".

Sekarang jenayah murtad semakin meruncing yang menimpa masyarakat Melayu yang beragama Islam.Mengikut kenyataan Mufti Perak, jumlah permohonan untuk murtad lebih dari dua ratus ribu.Itu yang memohon secara rasmi...macam mana dengan golongan yang murtad tanpa sedar.Dunia barat sedang menunggu kehancuran umat Islam dan mereka terus merancang untuk memusnahkan Islam tetapi Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang terbaik.Marilah kita sama-sama menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini.Saya akhiri kalam ini dengan satu Hadith daripada Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:" Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi selainnya ".Wallahu 'alam

Saturday, April 7, 2007

Luahan....


Assalamualaikum semua....semoga sihat selalu.Rasanya sudah lama tak menulis dalam blog ni.Sejak kebelakangan ni, saya agak sibuk menghadiri program.Perikse fasal ke 2 semakin menjelma, persediaan yang dibuat....em...entahlah, doa jelah.Hanya bergantung kepada kelas tambahan yang dijadualkan tapi sampai bila???Itulah manusia yang lemah dan sememangnya lemah.Yang kuat dan berkuasa itu hanya Allah Yang Satu.Hari-hari yang dilalui semakin mencabar keimanan.Saya teringat satu firman Allah Ta'ala di dalam surah Al-Ankabuut ayat:2 yang bermaksud:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?Orang dikasihi oleh Allah akan sentiasa diuji oleh Allah Ta'ala sama ada bentuk ujian itu berbentuk kesenangan ataupun sebaliknya.Bercerita tentang ujian Allah ni, teringat saya akan kisah hidup Baginda Rasulullah S.A.W sepanjang hidup Baginda yang penuh cabaran dan dugaan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.Mari kita renung sejenak akan pengorbanan Baginda Rasulullah ketika menyeru umat Thaif kepada Islam.Baginda disambut oleh penduduk Thaif bukan dengan hamparan permaidani merah tetapi dengan cacian dan rejaman batu daripada mereka sehingga darah mengalir dari batang tubuh Nabi yang suci itu.Tatkala dakwah Baginda ditolak, datanglah Malaikat yang ingin meminta izin daripada Baginda untuk memusnahkan penduduk Thaif itu tetapi Nabi menolak permintaan tersebut dan berdoa kepada Allah agar menjadikan zuriat-zuriat penduduk Thaif itu akan beriman kepada Allah Ta'ala.Allah Ta'ala merealisasikan hasrat Nabi S.A.W hasil daripada keikhlasan Baginda menyampaikan dakwah.Begitulah kisah seorang Nabi yang tidak putus asa dan terus berjuang, bagaimana dengan kita????????tepuk dada tanyalah iman.Ayuh diri ini,bangkitlah dari buaian angan-angan yang tidak berkesudahan!!!Sempena bulan Rabi'ul Awwal ni, sama-samalah kita mengenangkan sejarah Nabi Muhammad S.A.W dan marilah kita menyemaikan rasa kecintaan kepada Baginda dengan mengamalkan sunnah-sunnah di dalam kehidupan seharian kita dan banyakkan berselawat.Sebagai akhirnya, marilah kita merenung sebuah Hadith Baginda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka baginya satu pahala orang mati syahid" dalam riwayat yang lain "baginya seratus pahala orang mati syahid."Wallahu 'alam