Friday, March 28, 2008

Emotion makes nose a sharper smeller

 By LAURAN NEERGAARD, AP Medical Writer
Thu Mar 27, 5:46 PM ET

WASHINGTON - Know how a whiff of certain odors can take you back in time, either to a great memory or bad one? 

It turns out emotion plays an even bigger role with the nose, and that your sense of smell actually can sharpen when something bad happens.

Northwestern University researchers proved the surprising connection by giving volunteers electric shocks while they sniffed novel odors.

The discovery, reported in Friday's edition of the journal Science, helps explain how our senses can steer us clear of danger. More intriguing, it could shed light on disorders such as post-traumatic stress syndrome.

"This is an incredibly unique study," said Dr. David Zald, a Vanderbilt University neuroscientist who studies how the brain handles sensory and emotional learning. "We're talking about a change in our perceptual abilities based on emotional learning."

Scientists long have known of a strong link between the sense of smell and emotion. A certain perfume or scent of baking pie, for instance, can raise memories of a long-dead loved one. Conversely, a whiff of diesel fuel might trigger a flashback for a soldier suffering PTSD.

Could an emotionally charged situation make that initial cue be perceived more strongly in the first place?

The research team recruited 12 healthy young adults to find out.

Volunteers repeatedly smelled sets of laboratory chemicals with odors distinctly different from ones in everyday life. An "oily grassy" smell is the best description that lead researcher Wen Li, a Northwestern postdoctoral fellow in neuroscience, could give.

Two of the bottles in a set contained the same substance and the third had a mirror image of it, meaning its odor normally would be indistinguishable. By chance, the volunteers correctly guessed the odd odor about one-third of the time.

Then Li gave the volunteers mild electric shocks while they smelled just the odd chemical. In later smell tests, they could correctly pick out the odd odor 70 percent of the time.

MRI scans showed the improvement was more than coincidence. There were changes in how the brain's main olfactory region stored the odor information, essentially better imprinting the shock-linked scent so it could be distinguished more quickly from a similar odor.

In other words, the brain seems to have a mechanism to sniff out threats.

That almost is certainly a survival trait evolved to help humans rapidly and subconsciously pick a dangerous odor from the sea of scents constantly surrounding us, Li said. Today, that might mean someone who has been through a kitchen fire can tell immediately if a whiff of smoke has that greasy undertone or simply comes from the fireplace.

But the MRI scans found the brain's emotional regions did not better discriminate among the different odors, Li noted. That discrepancy between brain regions is where anxiety disorders may come in. If someone's olfactory region does not distinguish a dangerous odor signal from a similar one, the brain's emotional fight-or-flight region can overreact.

Researchers say that is a theory not yet tested.

For now, Northwestern neuroscientist Jay Gottfried, the study's senior author, says the work illuminates a sense that society too often gives short shrift.

 People really dismiss the sense of smell," said Gottfried, who researches "how the brain can put together perceptions of hundreds of thousands of different smells. ... Work like this really says that the human sense of smell has much more capacity than people usually give it credit."

 __

 n the Net:

Science: http://www.sciencemag.org

Tuesday, March 18, 2008

Junjungan Mulia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dengan lafaz yang mulia, ku mulai bicara ini 
Selawat dan Salam tidak dilupai
Buat kekasih yang kekal abadi
Muhammad Bin Abdullah nama diberi
Bulan Rabi' Awwal menjelma lagi
Menggamit rindu dan cinta dihati
Dua belas Rabi' Awwal sejarah terpatri
Lahirnya Junjungan Mulia kekasih Ilahi....
      Detik 12 Rabi Awwal semakin hampir,tarikh yang menggamit memori dan sinonim dengan kaum Muslimin.Tarikh bersejarah lahirnya seorang Rasul lagi Nabi, Rahmat Lil Alamin,Muhammad Bin Abdullah.Setelah lebih 1400 tahun Engkau Ya Rasulullah meninggalkan kami, tetapi namamu tetap dihati.Kalau tidak keranamu, nescaya kami tidak akan tahu apa itu ISLAM...apa itu IMAN...Selawat dan Salam kami hulurkan kepadamu tanda kasih kami kepadamu dan mohon syafaat diakhirat kelak.
      "Ya Allah,himpumkan kami bersama kekasih kami!" sebagaimana sabda Nabi S.A.W.:"Seseorang itu bersama orang yang dicintai" dan jadikan kami orang cinta kepada Sunnah Nabi dan Ahli Keluarga Baginda"Amin!
Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin Subuh yang indah
Dua belas Rabiul Awwal yang cerah
Dua puluh April tahun Gajah
Lahirlah zuriat saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


      
      

Wednesday, March 12, 2008

Pekeliling Keselamatan Terkini PMRAM


Friday, March 7, 2008

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang berat terhadap kes-kes samun, kecurian dan peras ugut bersenjata yang menimpa sebahagian mahasiswa Malaysia sejak akhir-akhir ini. Sebahagian kes mengakibatkan kecederaan tubuh badan dan luka kesan daripada peras ugut bersenjata. Oleh itu, PMRAM meminta seluruh ahli agar lebih berhati-hati dalam memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada kecuaian para pelajar.

Para mahasiswi Malaysia khususnya diminta agar TIDAK KELUAR PADA WAKTU MALAM tanpa ditemani oleh beberapa pelajar lelaki (musyrif) demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan bunuh.

Oleh itu, sebagai langkah menjaga keselamatan diri individu ahli PMRAM di semua peringkat, pihak PMRAM mengharapkan setiap individu mengambil berat terhadap perkara-perkara berikut:-
1. Mahasiswi tidak dibenarkan sama sekali berada di luar rumah bermula dari waktu maghrib sehingga keesokan harinya. Sekiranya mahasiswi terdesak untuk keluar pada waktu malam, mereka wajib ditemani oleh beberapa orang pelajar lelaki (musyrif) yang ditetapkan oleh BKAN / DPM.

 . Memastikan rumah anda berkunci dari dalam sebelum anda tidur. Ini kerana ada beberapa percubaan untuk menceroboh rumah pada waktu malam ketika para pelajar sedang nyenyak tidur.

3. Dilarang membawa masuk warga arab tempatan atau asing ke dalam asrama BKAN atau rumah sewa demi keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

4. Para mahasiswa digalakkan membawa tongkat semasa berada di luar rumah pada waktu-waktu yang sunyi seperti pada waktu malam dan selepas subuh. Ini sebagai persediaan untuk keselamatan diri jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5. Jangan melayan sebarang sapaan dan panggilan daripada bukan warga Malaysia yang tidak dikenali. Sebahagian kes peras ugut bersenjata berlaku apabila para mahasiswa pergi menemui orang asing yang memanggilnya dan menyapanya.

6. Berhati-hati dengan orang berkulit hitam. Kes seorang pelajar lelaki yang dipukul di Hayyu `Asyir selepas solat Subuh dan kes seorang pelajar lelaki yang digertak dengan sebilah pedang di Hayyu Zuhur adalah melibatkan beberapa orang lelaki berkulit hitam.

7. Jangan melalui lorong-lorong gelap. Kebanyakan kes ugut bersenjata berlaku di lorong-lorong gelap yang dilalui oleh para pelajar.

8. Jangan mempamirkan barang-barang berharga anda di hadapan orang Arab seperti telefon bimbit, duit dan laptop.

 . Para mahasiswa digalakkan agar menaiki teksi dan duduk di bahagian belakang. Ini bagi memastikan anda dapat sampai terus ke pintu rumah dan mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu anda berada di dalam teksi.

10. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil wang di bank atau mesin-mesin ATM pada waktu malam. Para pelajar diminta agat tidak berseorangan semasa mengambil wang.

 1. Jangan membawa wang yang banyak sewaktu anda berada di luar rumah.

12. Pelajar lelaki yang menjadi peneman para siswi (musyrif) pada waktu malam tidak digalakkan berseorangan. PMRAM menggalakkan bilangan para pelajar yang menjadi musyrif adalah lebih dari seorang dan membawa tongkat.

 3. Para mahasiswa tidak digalakkan berkopiah pada waktu malam. Ini adalah bagi mengelakkan kita daripada dikenali sebagai mahasiswa Malaysia kerana kopiah adalah identiti pelajar lelaki Malaysia.

14. Utamakan nyawa anda sekiranya anda diperas ugut sama ada anda diacu dengan senjata atau tidak. Serahkan segala kepunyaan anda kepada penjenayah sekiranya keadaan terlalu mendesak. Jangan melawan.

15. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri daripada penjenayah, sila menjerit agar dapat didengari oleh masyarakat setempat. Antara contoh jeritan adalah seperti berikut:

· النَّجْدَة !

· حَرَمِيّ !

· الْحَقُوْنِيْ !

· Help me!

· Tolong!

16. Sila simpan nombor-nombor berikut di dalam telefon bimbit anda. Hubungi pemilik-pemilik nombor berikut sekiranya perlu.
Presiden PMRAM 010-5839069
BKTD PMRAM 011-2356361


 on Hayyu Sabi'

· YDP KPP (Perlis) 010-3960323

· YDP BKKIMM (Melaka) 010-6198564

· YDP KPKM (Kelantan) 010-2960431

· YDP KPIPM (Perak) 010-6563771

· YDP BKPPPM (P.Pinang) 010-5041230


Zon Hayyu Thamin

· YDP BKPJM (Johor) 010-6109675


Zon Asyir

· YDP MKKK (Kedah) 010-7617653

· YDP BKAKLM (K.L) 010-5470398

· YDP BKMIP (Pahang) 016-1921690

· YDP KPT (Terengganu) 010-5007486

17. Berikut adalah tempat-tempat bahaya yang pernah berlaku kejadian samun dan ugut bersenjata.

a) Suq Sayyarat Hayyu `Asyir.

b) Hayyu Zuhur.

c) Bawwabah 2 dan 3, Hayyu `Asyir.

d) Mahattoh Gami', Hayyu `Asyir.

e) Syari' al-Bukhari, Akhir Mahattoh Hayyu Sabi'

f) Hadiqah (kawasan lapang) yang berada di `Agiba Petrol (berdekatan dengan Rumah Negeri Sembilan dan Rumah Kelantan)

g) Kawasan yang berdekatan dengan Masjid Musa Ibnu Nusair

h) Hadiqah Dauliyyah.


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2007

Sumber - http://www.pmram.org/

Thursday, March 6, 2008

Doa Tok Guru Nik Abdul Aziz

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Sumber:Harakah Daily