Monday, August 31, 2009

Merdeka:Ingatan Bersama

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang masih setia mengunjungi blog Cinta Agung ini.
Alhamdulillah, hari ini negara kita Malaysia menyambut perayaan Hari Kemerdekaan.31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat negara ini.Di Mesir, para penuntut di sini turut meraikan perayaan tersebut di bawah penganjuran persatuan pelajar iaitu Persekutuan Republik Arab Mesir(PMRAM).Program EGP 09 singkatan kepada Ekspo Gempak PMRAM 09 yang diadakan pada 8-11 Ogos 2009 di Kaherah baru-baru ini mendapat sambutan yang amat baik hasil komitmen para ahli yang terus menyokong badan induk ini untuk meneruskan survival di Perlembahan Nil ini.Program mega ini diadakan pada setiap tahun.

Setiap tahun kita meraikan hari bersejarah ini tetapi adakah keMERDEKAan yang kita nikmati sekarang kemerdekaan hakiki dan sejati.Saya kata begitu kerana setelah 53 tahun negara merdeka, kita masih lagi dibelenggu dengan bayang-bayang penjajah.Kita hanya merdeka dan bebas pada zahirnya sahaja tetapi hakikatnya tangan-tangan kuffar masih lagi mengawal setiap gerak-geri kita.Walaupun negara kita ditadbir oleh majoritinya orang Islam, ternyata mereka masih belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam walhal kuasa ditangan mereka imma disebabkan kejahilan wa imma kerana terasa kolot dan tidak sesuai dengan zaman dan beralasan masyarakat majmuk.Mereka melihat undang-undang Allah itu melalui logik akal yang terbatas kepada perkara tertentu.Allah Maha Mengetahui apa terbaik untuk hambaNya.
Sifat DENGAR dan PATUH perlu diterapkan di dalam diri setiap orang yang beriman kepada Allah bukannya mengkritik.Lihat sahaja para Malaikat, mereka sentiasa berlumba-lumba dan bersiap siaga untuk menjunjung perintah Allah Azza Wa Jalla."Mereka tidak bermaksiat kepada Allah dan mereka melakukan setiap apa yang diperintahkan" .Demikianlah sifat mereka yang dirakamkan di dalam Al-Quran.

Kemerdekaan yang dikecapi selama ini adakan akan berterusan?Tidak mustahil ianya akan hancur sekiranya nikmat kemerdekaan ini tidak diisi dengan sewajarnya, selagi kezaliman terus menjadi permainan kotor bagi mereka yang berkepentingan dan selagi maksiat terus berleluasa di sana sini.Allah Ta'ala berfirman:"Sekiranya kamu(Hai manusia) bersyukur, nescaya Kami akan tambah kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih".Sejarah sebagai bukti.Lihat sahaja kaum-kaum terdahulu yang mempunyai kekuatan dan ketamadunan, kaum 'Ad...Thamud...Firaun, semuanya hancur dek kekufuran dan keangkuhan terhadap Allah Ta'ala.Beleklah Al-quran, baca dan tadabbur ayat-ayat yang menceritakan sejarah umat terdahulu.Al-Quran bukan hanya dibaca untuk mendapatkan pahala semata-mata tetapi untuk diambil iktibar.Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah bukakan hati-hati pemimpin kita untuk melaksanakan undang-undang Allah di muka bumi ini khususnya Malaysia.Wallahu 'alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Kemerdekaan hakiki bagi orang beriman hanya setelah berjaya di akhirat kelak

*Imma didalam bahasa Arab bermaksud:Samaada

Thursday, August 27, 2009

Wallpaper Menarik Sempena Ramadhan










Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan kepada semua(^^).Sedar tak sedar, sudah enam hari kita berpuasa.Fasa pertama puasa sudah hampir ke penghujungnya dan dua fasa berikutnya akan menyusul.Semoga Allah Ta'ala mempermudahkan urusan kita semua.Di sini, saya ingin kongsi wallpaper yang rasanya agak menarik untuk dikongsi bersama.Untuk mendapatkan saiz asal, anda hanya perlu klik pada gambar di atas.Sekian, wassalam.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Sumber asal:http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/.Terima kasih banyak.
*Hiasi skrin komputer anda dengan wallpaper yang menarik ini.

Monday, August 24, 2009

Puasa


Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua umat Islam.Semoga bulan Ramadhan kali ini mendatangkan seribu berkat kepada semua.Sebagaimana yang tercatat pada gambar di atas, marilah kita banyakkan amalan kita.Marilah kita merebut tiga pakej yang disediakan pada bulan ini iaitu:
1-Permulaannya RAHMAT
2-Pertengahannya MARGHFIRAH
3-Pengakhirannya BEBAS DARI API NERAKA

Sebagai akhirnya, jom kita baca sajak ini:

The Month Ramadan

Ramadan is here, The month that is blessed;
Ramadan is here, The month we love best.
The month in which the Qur'an was sent;
A time of great blessing in which to repent.
Fasting for Allah is a great Muslim deed;
Controlling desires and Suppressing greed.

Ramadan is coming, Increase your Iman(faith).
Ramadan is coming, Recite the Qur'an.
Take "Suhur" in the dead of the Night;
No eating or drinking during the daylight.
Refrain from bad deeds and repent your soul;
The pleasure of Allah is our only goal.

Even if there is hunger, remember your Lord
And wait until 'Iftar' to earn your reward.
Fasting is one of the gifts of Allah
Given to believers to increase 'Taqwah' (piety).
We pray to Allah to put right our hearts;
Ask for forgiveness from Allah and make a new start.

Raising our hands we ask for his 'Rahmaa';
Hear us our Lord and grant us 'Jannah'.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yang mereka dapat hanyalah LAPAR dan DAHAGA."

Saturday, August 15, 2009

Uji Diri 8:Cubaan.....

Bagaimana emosi anda sekarang?
blogger-emoticon.blogspot.comRelaksblogger-emoticon.blogspot.comGembirablogger-emoticon.blogspot.comMalublogger-emoticon.blogspot.comGeramblogger-emoticon.blogspot.comPeningblogger-emoticon.blogspot.comTakutblogger-emoticon.blogspot.comSenang hati

Pilih yang mana anda rasakan sesuai dengan emosi anda sekarang...(^^).Selamat mencuba!!!

Nota Kaki Cinta Agung:
*Akhirnya berjaya....

Kebangkitan Islam

Bismillahirahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Cinta Agung, semoga Allah Ta'ala memberi kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa untuk terus hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:"Dua jenis nikmat yang ramai dikalangan manusia terpedaya dengannya iaitu; KESIHATAN dan KELAPANGAN."Moga-moga Allah Ta'ala tidak masukkan kita semua ke dalam golongan tersebut.

Tanda Kebangkitan Islam
Apabila bercakap mengenai kebangkitan Islam, semestinya dan sudah pasti terdapat tanda-tanda yang dapat didetect oleh orang yang peka dan mengambil cakna akan agamanya.Perkara ini ada disebut oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man didalam kuliyyahnya yang bertajuk Kebangkitan Islam.Kebangkitan Islam boleh dilihat berdasar senario yang berlaku pada hari ini antaranya, ramai orang Barat yang memeluk agama Islam.Saban tahun, kita dapat lihat ramainya orang-orang bukan Islam khususnya di Barat yang memeluk agama Islam.Mereka yang masuk Islam bukan dalam suatu kuantiti yang kecil bahkan mencapai angka puluhan ribu setiap tahun.Firman Allah didalam surah An-Nasr:
"1.Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, 2.dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah..."(110;1-2).

Di dalam hadith berkenaan akhir zaman, Baginda Rasulullah S.A.W. ada mengatakan bahawa tidak akan terjadinya Kiamat sehingga matahari terbit dari barat.Fenomena matahari terbit dari barat merupakan tanda terakhir untuk berlakunya Kiamat.Apa perkara yang menarik di sini ialah hadith ini seolah-olah bercanggah dengan pandangan Ahli Kaji Bumi.Mereka berpandangan bahawa kelajuan bumi berpusing semasa mengelilingi matahari adalah 2000 kilometer per saat.Tetapi, jika situasi matahari terbit dari barat, pergerakan bumi mesti terhenti dan perlu melawan arusnya yang asal.Hal ini akan menimbulkan kehancuran yang ekstrem dan mustahil pada logik akal untuk berlaku.

Ustaz Tuan Ibrahim membandingkan situasi ini dengan situasi sebuah kereta yang dipandu laju dan tiba-tiba berundur.Macam mana keadaannya?.
Di sana terdapat juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa hadith tersebut merujuk kepada masuknya orang-orang Barat kedalam agama Islam.Apakah maksud sebenar yang hendak dinyatakan oleh Baginda Rasul S.A.W.?
Wallahu alam dan apa yang penting kalam Nabi S.A.W. tidak ada dusta dan wajib kita beriman kepadanya.Imam Malik r.a. pernah mengatakan:"Semua kata-kata boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata tuan kubur ini(iaitu kubur Saidina Rasulullah S.A.W.).

Ramainya orang yang ingin mengkaji Islam merupakan tanda kepada kebangkitan Islam.Kita dapat lihat sekarang, ramai orang mula mengkaji Islam sama ada secara serius atau sebaliknya.Golongan yang jahil mula berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu agama.Orang bukan Islam mula berminat dengan Islam lantaran melihat kesesatan yang melanda didalam ideologi-ideologi yang mereka imani dan anuti.Di sana, peranan daripada pendakwah baik, dan umat Islam baik amatlah diperlukan untuk menarik golongan-golongan ini kepada Islam.

Akhir kalam, walaupun di sana terdapat tangan-tangan jahat yang berhasrat untuk melumpuhkan dan melenyapkan Islam dari muka bumi ini, ternyata usaha tersebut adalah sia-sia.Semoga Allah Ta'ala mematahkan usaha jahat mereka dan mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Wallahu alam.


Nota Kaki Cinta Agung:
*H1N1 terus memburu mangsanya, jaga kesihatan anda sekeluarga sebaik-baiknya.

Thursday, August 13, 2009

Adab Bersin Tambah Rahmat, Mampu Elak Penyakit

Bismillahirahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua sahabat.InsyaAllah, kali ini Cinta Agung ingin berkongsi satu artikel yang menarik walaupun sekarang ini, 'demam' keputusan peperiksaan semakin hangat diperkatakan(^^).Selamat membaca

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna.Demam, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'.
Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan

Nota Kaki Cinta Agung:
*Kredit untuk penulis artikel ini.
*Kepada sahabat-sahabatku yang berjaya, alfun mabruk diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha.

Sunday, August 9, 2009

Iklan Am: Mari Bantu Anak Ini

Mohon diperpanjangkan kerana ramai yang mencari tempat BERAMAL JARIAH, tetapi disebabkan tidak kesempatan membaca EMAIL dan capaian kepada INTERNET mereka tidak mendapat maklumat. Usaha anda ini ada saham di sisi ALLAH swt. Insya Allah.

MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK KOS PEMBEDAHAN DI IJN

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa penama berikut ingin memohon sumbangan kewangan untuk anaknya yang mana butirannya adalah seperti berikut:

Nama : Muhammad Ibrahim bin Mohammad
Tarikh Lahir: 30 November 2008

No Surat Lahir: 081130040295


Kos sebanyak RM 33,000.00 telah ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi sekarang memerlukan RM5,000.00 untuk kos pembedahan sahaja, tidak termasuk kos ubata-ubatan dan rawatan susulan sehingga anak saya sembuh sepenuhnya. Insya Allah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MAYBANK : 1642-7656-3736

Segala pertanyaan sila hubungi (Mohd. Inam) di talian: 019-5173076


Gambar anaknya dan lampiran surat pegesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dilihat di lamanweb berikut: http://www.rumahamal.org/bedah.htm


Sekian, segala jasa baik tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik pemberian.

Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,
SUMAYYAH PFORDTEN
Sukarelawan RKH, RSK & RPR


Nota Kaki Cinta Agung:
*Sebarkan dan untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.rumahamal.org/bedah.htm.Terima kasih
*Hulurkan tangan, ringankan beban...

Wednesday, August 5, 2009

Pesanan Mengenai IMAN

Bismillahirahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t kepada semua.Cinta Agung ingin berkongsi dengan sahabat cerita IMAN.Imam Abu Bakar Ar-Razi pernah menukilkan kata-kata:
"iman di dalam hati seseorang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai 7 dahan,iaitu:

-dahan yang berpangkal pada hati,buahnya adalah kemahuan yang baik/sihat
-dahan yang berpangkal pada ucapan,buahnya adalah kata-kata yang benar
-dahan yang berpangkal pada kedua-dua kaki,buahnya adalah suka mendatangi solat jemaah
-dahan yang berpangkal pada kedua-dua tangan,buahnya adalah suka memberi sedekah
-dahan yang berpangkal pada kedua-dua mata,buahnya adalah melihat kejadian yang memilukan sebagai teladan
-dahan yang berpangkal pada perut,buahnya adalah memakan makanan yang halal dan meninggalkan yang syubhat
-dahan yang berpangkal pada jiwa,buahnya adalah meninggalkan nafsu syahwat"
Wallahu alam....


Nota Kaki Cinta Agung:
*Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.

Sunday, August 2, 2009

22 Perkara Adab, Petua Membaca Al-Quran



Bismillahirahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra kepada semua.Kali ini, Cinta Agung ingin berkongsi dengan anda semua adab-adab ketika membaca Al-quran...

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

l Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

l Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

l Membaca dalam keadaan berwuduk.

l Mengadap ke arah kiblat.

l Memulakan dengan at-Ta'awwuz.
l Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.

l Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring - Ihya` Ulumiddin.
l Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
l Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
l Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
l Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
l Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
l Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam
al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” - (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
l Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.

l Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.

l Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.

l Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.

l Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.

l Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
l Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.

l Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
l Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:"Bacalah oleh kamu akan Al-Quran.Maka sesungguhnya ia datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya"....