Monday, August 31, 2009

Merdeka:Ingatan Bersama

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang masih setia mengunjungi blog Cinta Agung ini.
Alhamdulillah, hari ini negara kita Malaysia menyambut perayaan Hari Kemerdekaan.31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat negara ini.Di Mesir, para penuntut di sini turut meraikan perayaan tersebut di bawah penganjuran persatuan pelajar iaitu Persekutuan Republik Arab Mesir(PMRAM).Program EGP 09 singkatan kepada Ekspo Gempak PMRAM 09 yang diadakan pada 8-11 Ogos 2009 di Kaherah baru-baru ini mendapat sambutan yang amat baik hasil komitmen para ahli yang terus menyokong badan induk ini untuk meneruskan survival di Perlembahan Nil ini.Program mega ini diadakan pada setiap tahun.

Setiap tahun kita meraikan hari bersejarah ini tetapi adakah keMERDEKAan yang kita nikmati sekarang kemerdekaan hakiki dan sejati.Saya kata begitu kerana setelah 53 tahun negara merdeka, kita masih lagi dibelenggu dengan bayang-bayang penjajah.Kita hanya merdeka dan bebas pada zahirnya sahaja tetapi hakikatnya tangan-tangan kuffar masih lagi mengawal setiap gerak-geri kita.Walaupun negara kita ditadbir oleh majoritinya orang Islam, ternyata mereka masih belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam walhal kuasa ditangan mereka imma disebabkan kejahilan wa imma kerana terasa kolot dan tidak sesuai dengan zaman dan beralasan masyarakat majmuk.Mereka melihat undang-undang Allah itu melalui logik akal yang terbatas kepada perkara tertentu.Allah Maha Mengetahui apa terbaik untuk hambaNya.
Sifat DENGAR dan PATUH perlu diterapkan di dalam diri setiap orang yang beriman kepada Allah bukannya mengkritik.Lihat sahaja para Malaikat, mereka sentiasa berlumba-lumba dan bersiap siaga untuk menjunjung perintah Allah Azza Wa Jalla."Mereka tidak bermaksiat kepada Allah dan mereka melakukan setiap apa yang diperintahkan" .Demikianlah sifat mereka yang dirakamkan di dalam Al-Quran.

Kemerdekaan yang dikecapi selama ini adakan akan berterusan?Tidak mustahil ianya akan hancur sekiranya nikmat kemerdekaan ini tidak diisi dengan sewajarnya, selagi kezaliman terus menjadi permainan kotor bagi mereka yang berkepentingan dan selagi maksiat terus berleluasa di sana sini.Allah Ta'ala berfirman:"Sekiranya kamu(Hai manusia) bersyukur, nescaya Kami akan tambah kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih".Sejarah sebagai bukti.Lihat sahaja kaum-kaum terdahulu yang mempunyai kekuatan dan ketamadunan, kaum 'Ad...Thamud...Firaun, semuanya hancur dek kekufuran dan keangkuhan terhadap Allah Ta'ala.Beleklah Al-quran, baca dan tadabbur ayat-ayat yang menceritakan sejarah umat terdahulu.Al-Quran bukan hanya dibaca untuk mendapatkan pahala semata-mata tetapi untuk diambil iktibar.Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah bukakan hati-hati pemimpin kita untuk melaksanakan undang-undang Allah di muka bumi ini khususnya Malaysia.Wallahu 'alam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Kemerdekaan hakiki bagi orang beriman hanya setelah berjaya di akhirat kelak

*Imma didalam bahasa Arab bermaksud:Samaada