Wednesday, September 30, 2009
Salam Eidul Fitri
Tuesday, September 8, 2009
Ni'mat ke Nikmat?
Bismillahirrahman Ar-rahim...
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kawan semua.Pada kesempatan yang ada ini sementara menunggu waktu berbuka, Cinta Agung nak letak satu entri di blog ni.Ni'mat(نعمة) dan nikmat(نقمة).Sekali dengar macam samakan?Tapi sebenarnya berbeza.Bezanya pada huruf dan pengertiannya.Beza pada huruf, Ni'mat berdiri atas huruf Nun, 'Ain, Mim dan Ta' Marbuthoh adapun Nikmat berdiri atas huruf Nun, Qaf, Mim dan Ta' Marbuthoh.Beza pada pengertiannya pula, Ni'mat membawa makna KURNIAAN manakala Nikmat membawa makna KECELAKAAN.
Bercakap pasal ni'mat, cuba anda hitung berapa banyak ni'mat yang diperoleh sepanjang hidup di dunia ini?Sebut sahaja, makan, minum, tempat tinggal, anak-anak, kesenangan, kesihatan, kelapangan, kejayaan dan banyak lagi.Semua itu ni'mat.Kalau hendak dihitung nescaya tidak terhitung.Baca sahaja firman Allah Ta'ala: " Dan sekiranya kamu menghitung ni'mat Tuhanmu, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..."Masya Allah terlalu banyak ni'mat yang diberikan oleh Allah tapi "sedikit sahaja daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."
Mari kita beralih kepada hadith Baginda Nabi Muhammad S.A.W. berkaitan dengan ni'mat ini.Suka saya petik satu hadith yang bermaksud: "Dua ni'mat yang dilekakan olehnya banyak orang: Kesihatan dan Kelapangan" dan beberapa hadith yang mana memberi ingatan kepada kita semua supaya tidak dilekakan dengan keni'matan.Kenapa Nabi S.A.W. bersabda sedemikian rupa?bukankah ni'mat itu sesuatu yang elok?Jawabannya, jika banyak sangat ni'mat dan si penerima ni'mat tidak menggunakannya dan mensyukurinya tidak mustahil ni'mat akan bertukar menjadi nikmat.
Cuba kita renung sejenak, berapa ramai orang yang diberikan ni'mat kesenangan, kelapangan, kekayaan, dan lain-lain ternyata dengan ni'mat tersebut mereka hanyut dan leka dalam fatamorgana dunia.Ni'mat itu bukan digunakan untuk mendekatkan diri kepada Pemberi ni'mat sebaliknya menyebabkan mereka semakin jauh daripada Allah Ta'ala.Jauh daripada Allah bermakna jauh daripada rahmat dan keberkatan.Bukankah itu Nikmat(Kecelakaan) namanya?.Mari kita perhatikan ayat Allah yang bermaksud: " Apabila manusia ditimpa malapetaka, ia memohon kepada Tuhannya serta kembali (bertaubat) kepadaNya.Kemudian, apabila ia dianugerahi ni'mat daripadaNya, ia lupa akan apa yang telah dimohonkan kepada Tuhan sebelumnya dan ia adakan beberapa sekutu bagi Allah"Az-Zumar:Ayat 8.Kalau anda perhatikan, di dalam Al-quran terdapat beberapa ayat yang memberi pengertian yang sama sepertimana ayat tadi.
Itulah sifat kita, makhluk yang bernama MANUSIA.Apabila diberikan sedikit kesenangan, kita mudah lupa kepada Allah Ta'ala macam kacang lupakan kulit.Lupa jasa orang yang berjasa.Sesungguhnya, Allah menjadikan dua makhluk yang bernama KEBAIKAN dan KEBURUKAN sebagai fitnah(ujian) kepada manusia.Adakah mereka berjaya atau tidak menghadapi ujian tersebut.
Sebagai akhirnya, apa yang perlu kita ingat dalam hidup ini keberkatan merupakan segala-galanya.Ni'mat semua orang dapat hatta orang kafir sekalipun tetapi rahmat dan berkat bukan semua orang yang mampu mencapainya.Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua, amin.Wallahu 'alam.
Nota Kaki Cinta Agung:
*Fasa kedua Ramadhan semakin meninggalkan kita, mari kita sama-sama manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.
Wednesday, September 2, 2009
Ziarah Dan Doa
Bismillahirrahman Ar-rahim...
Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kerana masih diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa.Sekarang, umat Islam sedang dijamukan dengan pakej kedua puasa iaitu KEAMPUNAN sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Baginda Rasulullah S.A.W.
Setelah lama merancang, insyaAllah pada Ramadhan kali ini Cinta Agung akan menunaikan umrah di Mekah.Rombongan ini dijangka bertolak pada 12 September 2009 dan pulang ke Mesir pada 28 September 2009.Jadi pada kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini jika ada terkasar bahasa, sakitkan hati dan halalkan makan minum.Doakan semoga rombongan ini selamat pergi dan pulang dan doakan saya supaya diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang keberadaan di sana.
Jazakallahu khairan kathiraa...Wassalam
Cinta Agung
Rabu, 2 September 2009
3.11 Petang
Tooba, Damanhur
Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi S.A.W. bersabda:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia menyintaiku.Dan sesiapa menyintaiku maka dia bersamaku di dalam Syurga".
*Ya Allah ya Tuhanku, ampunlah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya.Amin(-,-)