Wednesday, September 2, 2009

Ziarah Dan Doa


Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kerana masih diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa.Sekarang, umat Islam sedang dijamukan dengan pakej kedua puasa iaitu
KEAMPUNAN sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Baginda Rasulullah S.A.W.

Setelah lama merancang, insyaAllah pada Ramadhan kali ini Cinta Agung akan menunaikan umrah di Mekah.Rombongan ini dijangka bertolak pada 12 September 2009 dan pulang ke Mesir pada 28 September 2009.Jadi pada kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini jika ada terkasar bahasa, sakitkan hati dan halalkan makan minum.Doakan semoga rombongan ini selamat pergi dan pulang dan doakan saya supaya diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang keberadaan di sana.
Jazakallahu khairan kathiraa...Wassalam

Cinta Agung
Rabu, 2 September 2009
3.11 Petang
Tooba, Damanhur



Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi S.A.W. bersabda:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia menyintaiku.Dan sesiapa menyintaiku maka dia bersamaku di dalam Syurga".
*
Ya Allah ya Tuhanku, ampunlah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan umat Islam seluruhnya.Amin(-,-)

7 comments:

nasirdamanhour said...

waaa..nak pi Mekah gak.moge dimudahkan urusan yer...
doakan gak kami2 yg baru nak naik taun 4 nih.moga rajin dan diberikan semangat yg kuat cam ustaz gak. =)

Cinta Agung said...

hahha...amin, trime kasih.insya Allah(^^)

Muhammad Afifi said...

doakan kat ana gak ye, biar berjaya di dunia ngan akhirat... Semoga selamat pergi dan pulang

Anonymous said...

selamat pergi ustaz kepih..doakan ana najah oooooo..
hehe.
jgn lupe wak alik ole2 mekah ke aku
~~basri

Balqis said...

Wah, mau ke tanah suci dah... Alhamdulillah...

Semoga selamat pergi dan selamat pulang, ya!

Er, jangan lupa doakan saya dan seluruh ummah berjaya, ya! =)

Cinta Agung said...

Kpd kawan trime ksh bnyk.InsyaAllah, sy akan doakan kalian..najah bkn dlm prekse je tp najah dunia akhirat.:-D

fizah said...

salam adik hafidz, leh bg emel?