Monday, May 11, 2009

Kebenaran:Itulah keputusannya


Bismillahirrahman Ar-rahim...


"KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah."-Harakahdaily.net


Alhamdulillah, akhirnya krisis politik di Perak berakhir dengan keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan kepada Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi Menteri Besar Perak yang sah.Tahniah dan syabas kepada Pakatan Rakyat, dan rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan!!!


Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan kebenaran pada masa depan.Allahu Akbar...
Nota Kaki Cinta Agung:
*Sesungguhnya kebenaran mutlak itu milik Allah Ta'ala, selagi mana kita bersama Allah,InsyaAllah kebenaran bersama kita.
*Tok Guru Nik Aziz menyeru kepada semua untuk Solat Syukur dan berpuasa pada esok hari bagi yang berkemampuan sempena kemenangan ini.

Sunday, May 10, 2009

Manusia:Fitrah Dan Fikrah


Bismillahirrahman Ar-rahim,


Jam menunjukkan pukul 9.56 malam, hati ini entah mengapa jadi tak tentu arah.Kitab kuliah masih belum habis ditela'ah.Detik menjelmanya peperiksaan semakin dekat...aduh!!!Apa-apa pun, kali ini Cinta Agung ingin membawa teman-teman untuk mentela'ah satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

"Semua manusia yang lahir dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi"

-Sodaqo Rasulullah-


Intisari Hadis:

1-Semua manusia lahir di dunia ini dilahirkan dalam satu FITRAH yang sama iaitu Islam.Ingatkah kita akan penyaksian manusia di Alam Roh tatkala Allah Ta'ala berfirman:"Bukankah aku Tuhan kamu semua?"Semuanya menjawab:"Benar, bahkan kami bersaksi".Semuanya mengaku bahawa Allah Ta'ala tuhan yang patut disembah.

2-Hadis di atas juga menunjukkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.Rumah menjadi 'sekolah pertama' dan ibu bapa menjadi 'guru' kepada mereka.Ibu bapa berperanan untuk mencorak dan mendidik anak-anak untuk membentuk FIKRAH yang sejajar dengan FITRAH.Fikrah yang perlu dicanai dalam diri anak-anak sejak kecil ialah:


a)Yang utama sekali ditanamkan adalah menyangkut masalah Tauhid.Ajari dan fahamkan anak dengan masalah tauhid. Lantaran misi menanamkan tauhid dan membanteras kesyirikan inilah para rasul Allah Subhanahu wa Ta’ala diutus kepada kaumnya. Nabi Nuh ‘alaihissalam diutus kepada kaumnya, misi utamanya adalah mendakwahkan dan mendidik kaumnya dengan tauhid.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: ‘Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada ilah bagimu selain-Nya.’ Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).” (Al-A’raf: 59)
Begitu pula yang diserukan para nabiyullah yang lainnya, seperti Nabi Hud ‘alaihissalam yang diutus kepada kaum ‘Ad, Nabi Shalih ‘alaihissalam yang diutus kepada kaum Tsamud, dan Nabi Syu’aib ‘alaihissalam yang berdakwah kepada penduduk Madyan. Semuanya mendakwahkan satu seruan, yaitu:Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada ilah bagimu (yang berhak disembah) selain-Nya.” (Al-A’raf: 65, 78, 85)

Tauhid menjadi awal dan dasar bagi pendidikan. Diungkapkan Ibnul Qayyim rahimahullahu, anak-anak yang telah mencapai kemampuan berbicara, ajarilah mereka (dengan menalqinkan) kalimat La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. Jadikanlah apa yang diperdengarkan kepada mereka adalah tentang pengenalan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala (ma’rifatullah) dan mentauhidkan-Nya. Didik juga anak-anak bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di atas ‘Arsy-Nya. Allah Maha Melihat terhadap mereka dan Maha Mendengar terhadap apa yang mereka perbincangkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa bersama mereka, di mana saja mereka berada. (Tuhfatul Wadud bi Ahkamil Maulud, hal. 389).


b)Meningkatkan semangat anak untuk beribadah kepada Allah Ta'ala.Hingga pada masanya, anak tumbuh dalam keadaan dirinya telah memiliki kesedaran tinggi dalam menunaikan kewajiban ibadah. Di antara perintah yang mengharuskan anak dididik untuk menunaikan yang wajib, seperti hadits dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:"Suruhlah anak-anak kalian menunaikan shalat kala mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila meninggalkan shalat) kala usia mereka sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Sunan Abi Dawud no. 495.)


c)Membentuk keperibadian anak yang beradab.Adab kepada Allah, adab kepada Rasul, adab kepada ibu bapa, adab kepada semua orang disekeliling.

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan intisari hadis di atas.Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama.Sebarang kekurangan harap dapat ditegur.Wallahu 'alam.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Cinta Agung baru perasan rupanya hari ini Hari Ibu.Memang sesuai sangat tajuk artikel kali ini.
*Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu dan kepada Sioca Kecil yang bakal jadi ibu.Huhuhu...

Wednesday, May 6, 2009

Fasa Kehidupan

Bismillahirrahman Ar-rahim...
Kehidupan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai bagi manusia.Dengannya, manusia dapat kenal apa itu suka, duka, nikmat, azab, dosa dan pahala.Kehidupan manusia yang bermula di Alam Rahim kemudian ke Alam Dunia seterusnya Alam Barzakh dan berakhir di Alam Akhirat.Alam Rahim dan Alam Dunia kita telah pun kita rasai, cuma Alam Barzakh dan Alam Akhirat masih kita nantikan.Bila?Allah Maha Mengetahui.
Alam Dunia merupakan medan ujian untuk menentukan keputusan berjaya atau tidak di Akhirat kelak.Oleh itu, masa yang ada pada manusia hanya terletak pada 3 fasa;
FASA 1-Semalam....Oleh itu, jadikan pengajaran dan mohon ampun atas kesalahan lalu.
FASA 2-Hari ini....Fokus dan lakukan yang terbaik pada setiap langkahmu.
FASA 3-Esok....Jernihkan minda dan atur strategi serta doakan kebaikan.
Sama-sama renungkan,
Wassalam...(^^)v
Nota Kaki Cinta Agung:
*Di sini Cinta Agung ingin mengucapkan selamat berperiksa kepada semua teman-teman.Sepuluh jari ku susun mohon maaf atas kesalahan lalu.Semoga kejayaan milik bersama.Amin.

Wednesday, April 22, 2009

Syarat Amalan Diterima

Bismillahirrahman Ar-rahim...Amma ba'du,

Keikhlasan dan bertepatan dengan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. merupakan dua asas yang perlu ada didalam amalan seharian kita.Amal yang ikhlas tapi bertentangan dengan Sunnah ditolak...amalan mengikuti Sunnah tapi tidak ikhlas juga ditolak oleh Allah Ta'ala.Pokoknya, kedua-duanya perlu seiring.
Mari renungi kata-kata Fudhail bin Iyadh:"Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia, riya' dan melakukan amal kerana manusia, syirik."Selamat beramal.Wallahu 'alam.

Sunday, March 29, 2009

Soal Hati 3

“ kita sering mahukan hari yang cerah, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan...kita sering inginkan keseronokan jauh sekali kesusahan, tapi Dia lebih mengtahui, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan...kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dosa dan kesilapan...semua itu bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah...”

Nota Kaki Cinta Agung:

*Kita merancang dan Allah merancang, tapi perancangan Allah tu lebih baik.

*Kerana nafsu jiwa merana, kerana agama kita berjaya…

Sayonara……

Monday, March 23, 2009

Zikrayaati@Kenanganku....

Gambar kegemaranku(sume posing maut ....huhu)

Belakang rumah...(kalau perhati betul-betul, ada landasan kereta api kat situ...)

Main futsal tahun lepas...

Kat Bukit Sinai...(mase ni nak turun bukit dah...)


Gambar ni masa kelas Qawaid Fiqh dan tu Lecturernya(ambik gambar curi....)

Teka aku kat mane??

Ni kat Maarod Kitab@Ekspo Buku 2009,Cairo(dalam bulan dua baru ni...loteh!!!)

First time naik unte.....huhuhu

Perpustakaan di Iskandariah(jalan2 bukan bace buku pun...)

Akhirnyaku tawan Bukit Thur Sinai...

Bertabirkan Laut Mediteranian, Ra'sul Bahri

Peace!!!!(^-^)v

Tu sebahagian gambar-gambar sepanjang Cinta Agung duk kat Mesir.Nak upload sume, susah pulak..huhuh.Ila Liqa'....

Nota Kaki Cinta Agung:
*Segala aksi posing dalam gambar di atas dilakukan secara sukarela daripada penulis sendiri..huhu

Saturday, March 21, 2009

Otak Melayu

Bismillahirrahman Ar-rahim….

Maaf, tajuk entri kali ini agak kasar bunyinya ‘Otak Melayu’.Kenapa dengan otak orang Melayu?Antara jenis-jenis otak Melayu;

1- Mungkir janji

2- Nak cepat senang tanpa usaha yang berbaloi

3- P.H.D

4- Suka berhibur

Itulah sebahagian jenis-jenis popular otak Melayu.Dulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah mengeluarkan satu kenyataan:… “Melayu mudah lupa” .Semua orang melenting.Tapi, itulah realitinya.

Ulasan Otak Melayu

1- Mungkir janji;

Orang Melayu kita ini, bila berjanji selalu mungkir.Yang paling ketara yang berkaitan dengan masa.Contohnya, mesyuarat.Janji pukul 8.00 pagi tapi mula pukul 9.00 pagi.Yang peliknya, semakin besar jawatan yang disandang semakin ‘besar kepala’nya.Sepatutnya,mereka patut menjadi contoh kepada anak buah mereka.Kesannya, banyak urusan terabai, menyusahkan orang lain dan mutu kerja tidak memuaskan terutamanya bila berprogram.Pepatah Melayu menyebut;… “Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.Islam amat memandang berat dalam urusan perjanjian dan diantara tanda orang Munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri.

2- Nak cepat senang;

Satu lagi ciri Otak Melayu iaitu hendak cepat kaya tapi usaha….Contohnya, Skim Cepat Kaya dan yang sewaktu dengannya. Sebahagian orang Melayu sanggup melabur dalam Skim Cepat Kaya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan sekelip mata. “ Manalah tahu dapat durian runtuh?”, katanya.Itu pun kalau durian itu runtuh kalau tak….?Kesannya, malas bekerja dan kalau bekerja pun kurang produktiviti.Islam menggalakkan penganutnya untuk berusaha untuk mendapatkan rezeki.Sebaik-baik pekerjaan adalah dengan usaha sendiri iaitu dengan berniaga.Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa 9 /10 keuntungan diperoleh dengan perniagaan.Pada masa sekarang, separuh daripada ekonomi dunia dikuasai oleh Bangsa Yahudi Laknatullah.Kita, umat Islam begitu jauh ketinggalan.

3- P.H.D ;

Apa maksud P.H.D.?Bukannya gelaran Doktor Falsafah tetapi Perasaan Hasad Dengki.Masa kecil dulu, Cinta Agung pernah tengok satu drama Melayu tajuknya P.H.D.Barah hasad dengki di dalam masyarakat kita semakin menular.Contoh, peniaga A dan peniaga B.Bila perniagaan A semakin maju dan perniagaan B sebaliknya, mulalah si B ni gelisah.Akhirnya, santau menjadi pilihan.Kesannya, akidah rosak, hubungan dengan orang menjadi ‘tawar’ dan menyusahkan orang lain.Di dalam Islam,perasaan dengki dibenarkan di dalam beberapa perkara contohnya dengki dalam mencari ilmu, membuat kebaikan sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Jangan hasad kecuali pada dua perkara; Pertama, seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta dan diinfakkan untuk kebaikan.Kedua, seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya ilmu, dengan ilmu tersebut dia mengajar orang lain dan menghukum sesuatu perkara dengan ilmunya.”Wallahu alam.

4- Suka berhibur;

Satu budaya yang kurang sihat yang sedang melanda masyarakat kita sekarang ialah budaya hedonisme iaitu budaya hiburan yang melampau.Masyarakat kita disogok dengan pelbagai rancangan hiburan.AF, Raja Lawak, Jozan, drama-drama,dan nyanyian menjadi pengisi slot saluran televisyen.Apa manfaatnya rancangan tersebut dalam memberi ilmu dan membangunkan umat? Program agama dan program ilmiah disisihkan.Bangsa lain berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf hidup mereka tapi bangsa kita…?Kesannya, tidak mustahil orang Melayu akan merempat di bumi sendiri. Bak kata Raihan;

“Berhibur tiada salahnya,

kerna hiburan itu indah,

hanya pabila salah memilihnya,

membuat kita jadi bersalah…”

Rumusan

Satu prinsip yang perlu ada pada setiap orang adalah “Semua orang pernah buat salah dan silap tapi berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan itu”. Semoga artikel kecil ini menjadi pemangkin kepada perubahan kita sebagai orang Melayu lagi beragama Islam.Tapi ingat, bangsa tidak memberi apa-apa saham untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat.Yang penting agama Islam itu sendiri.Mulianya suatu bangsa itu kerana Islam dan hinanya sesuatu bangsa itu kerana meninggalkan Islam.Sama-sama kita renungkan.Wallahu Alam.


Nota Kaki Cinta Agung;

*Artikel ini bukan untuk menghentam sesiapa tapi untuk kebaikan semua.

*Pepatah ada mengatakan:"Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya"...Erm, betul ke?Kalau silap, tolong perbetulkan.