Tuesday, October 28, 2008

Masjid Diror: Konspirasi Untuk Memecahkan Umat Islam


Gambar hiasan

Bismillahirrahman Arrahim…

“(Diantara mereka juga) orang-orang yang membuat masjid untuk memberi melarat dan kufur, lagi memecah-belahkan antara orang-orang yang beriman dan untuk mengintip bagi orang yang memerangi Allah dan RasulNya dari dahulu, mereka bersumpah:”Bukanlah kami menghendaki (membuat masjid ini) selain kebaikan.Allah mengetahui bahawa mereka itu orang yang dusta.”At-Taubah:107.

Ayat di atas diturunkan rentetan peristiwa pembinaan sebuah masjid oleh puak Munafiqun yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai di Madinah.Tujuan pembinaan masjid ini tidak lain hanya untuk memecah-belahkan umat Islam pada ketika itu.Sejarah terus berulang walaupun masa terus berputar.Musuh akan tetap bekerja keras untuk melumpuh soff kaum Muslimin samaada secara terang atau sembunyi kerana di dalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman:”Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redho dengan engkau kecuali kalau engkau menuruti agama mereka…”Al-Baqarah:120.

Masjid merupakan sebuah institusi yang mulia di dalam Islam.Masjid pertama yang dibina adalah Masjid Quba yang dibina oleh Nabi S.A.W. ketika peristiwa hijrah. Keprihatinan dan kecaknaan Baginda terhadap ibadah dan kesatuan ummah terserlah melalui pembinaan masjid ini.Pada awal Islam, masjid bukan hanya tempat ibadah semata-mata bahkan ia merupakan pusat penyebaran ilmu, dakwah dan siasah Baginda bersama para sahabat untuk menguatkan umat Islam.

Tetapi malangnya, institusi yang mulia telah disalahgunakan oleh tangan-tangan yang berkepentingan.Sekarang, musuh Islam tidak perlu bersusah payah untuk menghancurkan Islam kerana kroni-kroni mereka dikalangan umat Islam itu sendiri sudah cukup untuk merealisasikan impian mereka.Pemikiran(fikrah)kroni-kroni ini telah disogok dengan ideologi-ideologi yang sesat yang disebarkan melalui pendidikan, pentadbiran, politik dan sebagainya.Walhasil, lahirlah pelbagai ‘ism’ seperti sekularisme, nasionalisme, dan libralisme.Penulis terpanggil untuk menulis isu ini lantaran pengalaman penulis semasa di Malaysia melihat suasana tempat penulis tinggal terdapat banyak masjid yang dibina.Masjid lama masih tersergam indah tetapi masjid baru pula sibuk dibina.Politik punya pasal.Duit yang sepatutnya diperuntukan untuk membantu golongan miskin dan tidak upaya habis untuk menampung kos pembinaan masjid dan lain-lain projek yang tidak barfaedah.Sampaikan boleh diklasifikasikan masjid A untuk parti A…masjid B untuk parti B.Kenapa ini terjadi?tidak lain hanya kerana menurut hawa nafsu dan kejahilan semata-mata.Benarlah firman Allah Ta’ala:”Telah lahirlah bencana di darat dan di laut kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (balasan) perbuatan yang mereka buat, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat).”Ar-Rum:41.

Satu persoalan yang ingin penulis lontarkan kepada pembaca budiman, “adakah politik merupakan faktor kepada berpecahnya manusia khusus umat Islam?”mari kita cari jawabannya bersama.Insya-Allah, saya akan kemukakan isu ini dalam tulisan yang akan datang.Sekarang, mari kita kembali kepada topik perbincangan kali ini.Kalau diselidiki secara mendalam lagi, pembinaan masjid Diror ini bukan hanya atas sebab politik sahaja tetapi akibat perselisihan faham berkaitan perkara sunat seperti zikir selepas solat.Bid’ah katanya.Di dalam kitab ‘Usul 20’ karangan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna beliau menegaskan: “Setiap perkara khilaf yang boleh memecahkan ummah hendaklah ditinggalkan.”Kita sibuk membid’ahkan orang baca surah Yasin malam Jumaat, zikir selepas solat tetapi gejala sosial, murtad, penyelewengan dan penghinaan terhadap agama dibiarkan bermaharajalela.Kita abaikan fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan) iaitu perkara yang lebih penting mesti diutamakan daripada penting, yang penting mesti diutamakan daripada yang kurang penting.

Kesimpulannya, setiap perpecahan itu pasti membawa kepada kehancuran dan kehinaan sesuatu bangsa dan tamadan.Ubat untuk mengubati perpecahan ini adalah dengan berpegang teguh kepada Islam sebagaimana firman Allah: “Berpegang teguhlah kamu kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah…”Al-Imran:103.Untuk renungan bersama marilah kita sama-sama menghayati kata-kata daripada Saiyidina Umar Al-Khattab, beliau berkata: “Kita (umat Islam)satu kaum yang dimuliakan kerana Islam, kalau kita meninggalkan Islam nescaya kita akan menjadi kaum yang hina.”Wallahu ‘alam.

Isnin,15 Ramadhan 1429 H,5.48 Pagi


Simple Tapi Menyenangkan

Assalamualaikum kepada semua peminat CINTA AGUNG, diharap dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah Ta'ala.

Erm...kali ini saya hanya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku selama ini.Kesulitan?Ya,kerana saya dapat aduan daripada teman-teman yang mengatakan susah sangat nak upload blog ni.Mungkin berat sebab background blog.Maaf semua...Teguran daripada anda semua amat saya hargai dan saya ucapkan jazakallah khair.Entri baru?Saya tengah fikirkan.Idea tu dah ada cuma tinggal nak tulis je.

Lagipun, sekarang kuliah kat Kuliah Syariah Damanhur ni sedang rancak tambahan pula saya dah pun berada kat tahun akhir.So, kena buat yang terbaik untuk semua.Ok la, doakanlah saya kat sini mudahan berjaya.

P/s:Background blog saya telah buang.InsyaAllah, lepas ini tidak ada apa-apa masalah.Yang penting, biar simple tapi menyenangkan daripada cantik tapi menyusahkan(^_^)v

Wednesday, October 15, 2008

Antivirus Terhebat Untuk ‘Komputer’ Anda

Assalamualaikum wbt…
Promosi ini disediakan khusus kepada semua pemilik ‘komputer’ sama ada yang lama ataupun baru.Antivirus ini mempunyai banyak kelebihan berbanding antivirus lain yang berada dipasaran sekarang seperti Kaspersky, AVG, dan Avira.Berikut merupakan maklumat berkaitan antivirus tersebut;

Jenama : Antivirus TAUBAT
Syarikat Pengeluar : Allah Ta’ala
Pengedar : Nabi Muhammad S.A.W. dan Al-quran
Tarikh Dipasarkan : Sejak terciptanya Nabi Adam dan Siti Hawa ‘Alaihima Salam
Syarat-syarat Pembelian :
1-MENYESAL dengan perbuatan dosa yang dilakukan
2-MENINGGALKAN perbuatan dosa tadi
3-BERAZAM tidak akan mengulangi perbuatan dosa.
*Syarat tambahan:Perkara yang berkaitan hak sesama manusia hendak diminta kemaafan daripada tuannya dan dikembalikan haknya seperti barang yang dicuri dan lain-lain jika ada.
Jenis Komputer : Hati dan diri
Jenis Virus : Semua jenis dosa dan maksiat
Harga Pasaran : Keikhlasan dan mujahadah diri

Untuk makluman semua, antivirus ini akan terus dipasarkan sehingga:
1-Nyawa manusia telah sampai ke Halkum
2-Matahari terbit dari sebelah barat (Hari Kiamat).

Rebutlah peluang keemasan ini dengan segera selagi stok masih ada.Sebarkan maklumat ini kepada semua.Hadiah menarik akan disediakan bagi setiap pembelian iaitu KEAMPUNAN,KEREDHAAN dan SYURGA daripada Allah Ta’ala.
Cepat..cepat..cepat!!!!

Monday, October 13, 2008

THE BEAUTY OF ISLAM

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the prettiness of Islam
Like flowers blooming everywhere
Blooming and spreading gracefully
On the highlands and on the valleys
Take a look at the cause of the beauty
They are servants working for their god And the beauty has been showered
With the sweats of the companions
And the prettiness has been enriched
With the coming of the reformers


by QATHRUNNADA

Saturday, October 11, 2008

Taqwa:Antibodi Seorang Mukmin

Sebagai seorang insan, kita tidak akan terlepas daripada taklif atau undang-undang kerana kedua-duanya diadakan untuk kemaslahatan dan kebaikan kita.Tetapi sebagai seorang mukmin, undang-undang Ilahi lebih patut diutamakan daripada undang-undang ciptaan manusia.Antara isi kandungan undang-undang Rabbani ini adalah sifat KETAQWAAN kepada Allah Ta’ala, iaitu melakukan setiap suruhan dan meninggalkan segala tegahan dan perkara haram.Taqwa merupakan suatu ‘antibodi’ bagi umat Islam untuk mengelak virus kemaksiatan sebagaimana badan kita yang memerlukan antibodi untuk melawan penyakit.Masyarakat yang meninggalkan ‘ antibodi’ taqwa ini nescaya akan menemui kerosakan di dalam sistem sesuatu masyarakat itu.

Natijah daripada tersebarnya kerosakan masyarakat ini, mereka akan ditimpa dengan kehinaan, kehancuran, kelemahan dan kemudaratan.Maka ketika itu, ramailah para pemikir dan cendiakawan mencari suatu inisiatif untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang melanda untuk mewujudkan suasan kehidupan yang aman dan sentosa di samping mendapat nikmat daripada Allah Ta’ala.Jesteru, Allah meletakkan satu titik pemangkin untuk mencapai matlamat tersebut.

Firman Allah Ta’ala:”Wahai manusia, takutlah kamu akan Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu…”Surah An-nisa’:Ayat 1.

Firman Allah lagi:”Wahai orang beriman, takutlah Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan kamu Islam”Surah Al-Imran:Ayat 102.

Tetapi Allah tidak membebankan hambanya ketika suruhan untuk bertaqwa bahkan berdasarkan kemampuan setiap individu itu…

Firman Allah:”Maka takutlah kepada Allah sekadar kemampuanmu..”Surah Taghaabun:Ayat 16

Ada sesetengah pendapat ulama yang mengatakan ayat di dalam Surah Taghaabun ada Nasikh kepada ayat di dalam Surah Al-Imran tersebut.Nasakh merupakan suatu proses di mana ‘Perintah Allah Ta’ala yang menunjukkan terangkatnya hukum terdahulu’.Di mana berlakunya proses Nasakh ini?Proses Nasakh ini hanya berlaku pada hukum syara’ secara mutlak samaada secara terang atau petunjuk.Wallahu ‘alam.

Taqwa;melalui kata-kata dan perbuatan.Melalui kata-kata iaitu dengan berkata benar adapun melalui perbuatan iaitu perkara difardhukan untuk dilaksanakan dan diikuti sekiranya baik, dan ditinggalkan sekiranya buruk.Di dalam suatu Athar;suatu hari Saidina Umar R.A bertanya kepada seorang sahabat berkenaan TAQWA.Lantas sahabat tersebut tanya kepada Saidina Umar R.A:”Bagaimana kamu melalui suatu jalan yang padanya ada duri?”Jawab Saidina Umar:”Tentulah aku akan berhati-hati”.Sahabat itu pun berkata:”Itulah taqwa, kamu berhati-hati sebagaimana kamu berhati melalui jalan yang ada duri.”

Di dalam hadith, terdapat banyak hadith-hadith Rasulullah yang menggesa untuk bertaqwa.Bersabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Imam Tirmizi dan hadith Hasan Sohih daripada Abi Umamah al Baahili R.A beliau berkata:Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah pada Haji Wida’ dengan berkata:”Takutlah kamu akan Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah kamu pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kamu, taatilah pemimpin kamu nescaya kamu akan dimasukkan ke dalam Syurga Tuhanmu” Wallahu ‘alam.Ini merupakan contoh daripada suruhan Allah dan perbuatan-perbuatan yang datang daripada taqwallah..Taqwa adalah jalan untuk ke Syurga, dan istiqamah di dunia asas kejayaan umat di akhirat.Dan taqwa;patuh kepada undang-undang yang adil yang menyuruh kepada kebaikan dan tidak menyuruh untuk bermaksiat kepada Allah Ta’ala kerana tiada ketaatan kepada makhluk untuk buat maksiat pada Al-Kholiq.

Untuk mendapat ketaqwaan ini, Nabi S.A.W. mengajar kita untuk meminta pertolongan daripada Allah Ta’ala untuk memudahkan untuk bertaqwa.Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud Hibru Ummah R.A berkata:Sesungguhnya Nabi S.A.W. berdoa:”Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadaMu hidayat, ketaqwaan, kesucian daripada perkara yang diharamkan syara’ dan kekayaan hati”.

Kesan Taqwa:
1-Mendapat keredhaan Allah, dihapuskan kesalahan, keampunan daripada dosa dan ganjaran Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.Firman Allah Ta’ala:”Wahai orang-orang beriman jika kamu takut kepada Allah, nescaya Allah memberimu petunjuk dan menutupi kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu, Allah mempunyai kurnia yang Maha Besar.”Surah Al-Anfal:Ayat 29.
2-Menyuluh hati dan aqal dan Nur Rabbani sehingga dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
3-Melepaskan diri daripada kesusahan di dunia dan akhirat serta diberikan rezeki yang halal lagi diberkati.Allah berfirman:”Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dari kesusahan dan diberikan rezeki dari sumber yang tak disangka.”Surah At-Tolaq:Ayat 2-3.
4-Allah akan mengurniakan ma’rifat.Firman Allah:”Dan takutkanlah kamu akan Allah nescaya Allah akan mengajarmu….”

Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith yang lepas dapatlah dibuat kesimpulan bahwa taqwa merupakan asas Islam, penghimpunkan segala kebaikan, pelindung daripada kejahatan, pemangkin segala kelebihan dan akhlak mulia.Taqwa asas kejayaan manusia di dunia dan akhirat, jalan kebahagiaan, jalan menuju ketenangan dan keredhaan bahkan penyebab kepada berhasil mendapat rezeki yang halal.Wallahu ‘Alam.

Wednesday, October 8, 2008

Header Baru




Inilah header baru selepas di upgrade guna Adobe.Apa macam?Huhuhu...