Tuesday, October 28, 2008

Masjid Diror: Konspirasi Untuk Memecahkan Umat Islam


Gambar hiasan

Bismillahirrahman Arrahim…

“(Diantara mereka juga) orang-orang yang membuat masjid untuk memberi melarat dan kufur, lagi memecah-belahkan antara orang-orang yang beriman dan untuk mengintip bagi orang yang memerangi Allah dan RasulNya dari dahulu, mereka bersumpah:”Bukanlah kami menghendaki (membuat masjid ini) selain kebaikan.Allah mengetahui bahawa mereka itu orang yang dusta.”At-Taubah:107.

Ayat di atas diturunkan rentetan peristiwa pembinaan sebuah masjid oleh puak Munafiqun yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai di Madinah.Tujuan pembinaan masjid ini tidak lain hanya untuk memecah-belahkan umat Islam pada ketika itu.Sejarah terus berulang walaupun masa terus berputar.Musuh akan tetap bekerja keras untuk melumpuh soff kaum Muslimin samaada secara terang atau sembunyi kerana di dalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman:”Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redho dengan engkau kecuali kalau engkau menuruti agama mereka…”Al-Baqarah:120.

Masjid merupakan sebuah institusi yang mulia di dalam Islam.Masjid pertama yang dibina adalah Masjid Quba yang dibina oleh Nabi S.A.W. ketika peristiwa hijrah. Keprihatinan dan kecaknaan Baginda terhadap ibadah dan kesatuan ummah terserlah melalui pembinaan masjid ini.Pada awal Islam, masjid bukan hanya tempat ibadah semata-mata bahkan ia merupakan pusat penyebaran ilmu, dakwah dan siasah Baginda bersama para sahabat untuk menguatkan umat Islam.

Tetapi malangnya, institusi yang mulia telah disalahgunakan oleh tangan-tangan yang berkepentingan.Sekarang, musuh Islam tidak perlu bersusah payah untuk menghancurkan Islam kerana kroni-kroni mereka dikalangan umat Islam itu sendiri sudah cukup untuk merealisasikan impian mereka.Pemikiran(fikrah)kroni-kroni ini telah disogok dengan ideologi-ideologi yang sesat yang disebarkan melalui pendidikan, pentadbiran, politik dan sebagainya.Walhasil, lahirlah pelbagai ‘ism’ seperti sekularisme, nasionalisme, dan libralisme.Penulis terpanggil untuk menulis isu ini lantaran pengalaman penulis semasa di Malaysia melihat suasana tempat penulis tinggal terdapat banyak masjid yang dibina.Masjid lama masih tersergam indah tetapi masjid baru pula sibuk dibina.Politik punya pasal.Duit yang sepatutnya diperuntukan untuk membantu golongan miskin dan tidak upaya habis untuk menampung kos pembinaan masjid dan lain-lain projek yang tidak barfaedah.Sampaikan boleh diklasifikasikan masjid A untuk parti A…masjid B untuk parti B.Kenapa ini terjadi?tidak lain hanya kerana menurut hawa nafsu dan kejahilan semata-mata.Benarlah firman Allah Ta’ala:”Telah lahirlah bencana di darat dan di laut kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (balasan) perbuatan yang mereka buat, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat).”Ar-Rum:41.

Satu persoalan yang ingin penulis lontarkan kepada pembaca budiman, “adakah politik merupakan faktor kepada berpecahnya manusia khusus umat Islam?”mari kita cari jawabannya bersama.Insya-Allah, saya akan kemukakan isu ini dalam tulisan yang akan datang.Sekarang, mari kita kembali kepada topik perbincangan kali ini.Kalau diselidiki secara mendalam lagi, pembinaan masjid Diror ini bukan hanya atas sebab politik sahaja tetapi akibat perselisihan faham berkaitan perkara sunat seperti zikir selepas solat.Bid’ah katanya.Di dalam kitab ‘Usul 20’ karangan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna beliau menegaskan: “Setiap perkara khilaf yang boleh memecahkan ummah hendaklah ditinggalkan.”Kita sibuk membid’ahkan orang baca surah Yasin malam Jumaat, zikir selepas solat tetapi gejala sosial, murtad, penyelewengan dan penghinaan terhadap agama dibiarkan bermaharajalela.Kita abaikan fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan) iaitu perkara yang lebih penting mesti diutamakan daripada penting, yang penting mesti diutamakan daripada yang kurang penting.

Kesimpulannya, setiap perpecahan itu pasti membawa kepada kehancuran dan kehinaan sesuatu bangsa dan tamadan.Ubat untuk mengubati perpecahan ini adalah dengan berpegang teguh kepada Islam sebagaimana firman Allah: “Berpegang teguhlah kamu kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah…”Al-Imran:103.Untuk renungan bersama marilah kita sama-sama menghayati kata-kata daripada Saiyidina Umar Al-Khattab, beliau berkata: “Kita (umat Islam)satu kaum yang dimuliakan kerana Islam, kalau kita meninggalkan Islam nescaya kita akan menjadi kaum yang hina.”Wallahu ‘alam.

Isnin,15 Ramadhan 1429 H,5.48 Pagi


4 comments:

Balqis said...

Hurm, politik itu ada sedikit sebanyak memecahkan umat islam juga. Sejarah telah mengisahkannya dalam tinta yang berbeza-beza. Dan tidak mustahil sejarah akan berulang lagi~

Wallahua'lam.

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Perpecahan berlaku sebab politik dipisahkan daripada Islam.Betul tak?

Balqis said...

hurm, betul tu...

atau sebenarnya islam dipisahkan daripada politik~ =D

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Betul3....