Friday, December 5, 2008

3 Insan Berjasa:Teladan Buat Umat

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Dah lama rasanya Cinta Agung tak letakkan entri kat blog ni.Bukan apa, sibuk berkuliah dan exam pun lebih kurang sebulan lagi.So, kenalah korbankan masa untuk study almaklum dah tahun akhir kat Uni Azhar ni.Bercakap pasal korban, hari raya dah dekat.Sinonim kepada masyarakat Islam seluruh dunia, hari raya Aiduladha mengingatkan kita akan kisah pengorbanan tiga insan yang agung, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail Alaihima Salam dan Siti Hajar.Ya Allah betapa besarnya pengorbanan mereka kepadaMu.Cakap saja tak guna…jadi, marilah kita hayati dan contohi kesabaran Nabi Ismail a.s, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., dan sifat tawakkal Siti Hajar.Sebagai ole-ole, Cinta Agung dedikasikan lagu ini kepada semua peminat Cinta Agung yang mendoakan saya dan menyokong dari belakang,jazakumullah khairan kathiraa. Selamat Hari Raya ‘Aiduladha, Kullu Aamin Wa Antum Bikhair…


Sofa Dan Marwah….

Sofa dan Marwah kisah bermula

Siti Hajar berhati mulia

Taatkan Allah juga suaminya

Biarpun hidup penuh derita

Nabi Ibrahim suami tercinta

Menerima wahyu perintah Allah

Suatu suruhan mengandungi hikmah

Mereka berdua harus berpisah

Menangis Hajar mendengar kisah

Pilu hatinya dihambat resah

Mengenang nasib telah tersurat

Hidupnya bakal menempuh susah

Nabi Ibrahim hatinya rawan

Anak dan isteri harus ditinggalkan

Namun dirinya tak dapat melawan

Perintah Allah segera dilaksana

Di padang tandus Hajar ditinggalkan

Tiada teman tiada taulan

Hanya anaknya menjadi kawan

Pujuk dan rayu tak dipedulikan

Tika mentari membakar terik

Sesusuk tubuh lesu tak bermaya

Habis bekalan susu kekeringan

Menangis Ismail haus kelaparan

Hajar berdoa dengan hibanya

Mengharap air membasah dahaga

Tanpa diduga terpancar air

Dari hentakan kaki anaknya