Sunday, December 21, 2008

Abdullah Bin Mas’ud R.A.

Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib bin al-Huzali, Abu Abd. Al-Rahman.Ibunya ialah Ummu Abdillah daripada qabilah Huzali juga.Beliau merupakan golongan yang mula-mula masuk Islam.Diriwayatkan bahawa beliau orang yang keenam memeluk Islam.Antara manaqibnya ialah beliau orang yang pertama menyaringkan bacaan Al-Quran di Makkah di hadapan orang kafir.Berhijrah ke Kota Habsyah kemudian ke Madinah, menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W. iaitu Badar, Bai’ah al-Ridhuan dan semua peperangan.

Seterusnya menyertai peperangan Yarmuk selepas kewafatan Rasulullah.Beliau dimuliakan dan dikasihi oleh Rasulullah S.A.W.Pernah berkhidmat sebagai khadam Rasulullah S.A.W. dengan penuh amanah.Memegang banyak rahsia Rasulullah S.A.W.Menjadi teman Rasulullah S.A.W. dalam musafir.Beliau diizinkan masuk bertemu Rasulullah pada sepanjang masa dan membawa siwak, sepatu dan air untuk Rasulullah S.A.W.Termasuk di kalangan ulama sahabat yang besar dan menghafaz Al-Quran.Rasulullah S.A.W. pernah berkata padanya;

( إنك غلام معلم )

“ Sesungguhnya kamu seorang budak yang layak menjadi guru”

Umar R.A. berkata; “Bekas yang dipenuhi dengan ilmu.”Beliau meriwayatkan sebanyak 848 hadis.Umar R.A. melantiknya menjadi Gabenor di Kufah dan penguasa Baitulmal.Kembali ke Kota Madinah pada zaman pemerintahan Uthman R.A.Meninggal pada tahun 32 Hijrah atau selepasnya ketika berusia 60 tahun di Kota Madinah.Wallahu ‘Alam.

No comments: