Wednesday, October 21, 2009

Bermotivasi

Bismillahirrahman Ar-rahim...



Assalamualaikum dan semoga sahabat-sahabat pembaca di dalam redho Allah hendaknya.Motivasi amat diperlukan bagi setiap individu untuk meneruskan kehidupan.Dengan motivasi, ia mampu mendorong seseorang itu supaya lebih bersemangat dan bersikap positif dalam apa jua keadaan.Allah Ta'ala memotivasikan hambaNya dengan pahala dan syurga bagi mereka yang taat manakala azab dan neraka bagi mereka yang derhaka.Sunnah Nabawi juga tidak ketinggalan dalam memotivasikan umat Islam dengan pelbagai hadith-hadith yang menyeru para pecinta kebaikan untuk terus berbuat kebaikan.Cerita-cerita terdahulu daripada golongan umat-umat dan Salafussoleh turut menjadi bahan untuk memotivasikan diri.

Di sini, saya ingin berkongi satu artikel yang bertajuk "Buatlah minuman yang sedap dari limau nipis yang masam" yang dipetik daripada blog sahabat saya: dimanabidadari.blogspot.com

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan.manakala orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi tertakluk dan bertompok-tompok.

Ketika baginda Rasullulah SAW dihalau dari Makkah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membinanya menjadi satu negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi sebab itu pulalah ia kemudian menjadi imam salah satu mnazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi di penjara itulah ia banyak menghasilkan karya yang bermutu. As-Sarkhasi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun lalu di tempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak dua puluh jilid.

Apabila Ibnu Athir dipecat dari jawatannya, ia berjaya menyelesaikan karya besarnya yang bertajuk Jami’ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam bidang hadis. Demikianlah juga halnya dengan Ibnu Jawzi, beliau pernah diasingkan dari baghdad, dan kerana itu beliau menguasai Qiraat Sab'ah.

Malik bin Ar-Raib mengalami sejenis penyakit yang boleh membunuh, namun ia mampu menggubah puisi-puisi yang sangat bagus yang tidak kalahnya dengan karya-karya para pujangga besar lainnya pada zaman Abbasiyyah. Ketika semua anak Abu Zuaib Al-Zuhaili mati meninggalkanya seorang diri, sebaliknya pada masa itulah ia mampu menghasilkan nyanyian-nyanyian puitis yang mampu menutup mulut zaman, membuat setiap pendengarnya tertarik, memaksa sejarah untuk tetap bertepuk tangan setiap kali diperdengarkan semula.

Demikianlah hendaknya ketika anda ditimpa suatu musibah, anda perlu melihat aspek yang paling terang dan sudut positifnya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula kedalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

"orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat satu kerugian menjadi kemuflisan."

Kawallah diri anda dalam apa jua bentuk dan jenis kesusahannya yang anda hadapi. Dengan begitu, anda akan dapat menghadiahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.

Sebelum tercetusnya revolusi besar di Perancis, kononya dua negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenal. Seorang daripada kedua-duanya bersikap sangat optimis dan yang seorang lagi bersifat sangat pesimis tentang kemungkinan tercetusnya revolusi dan perubahan akan segera berlaku.Tiap- tiap hari kedua-duanya melonggokkan kepala melalui celah-celah jerjak penjara. Cuma, si sasterawan yang optimis sentiasa memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang bergemerlapan di langit. dan kerana itu ia selalu nampak tersenyum riang. manakala sasterawan yang pesimis tadi, ia selalu melihat tanah hitam di depan penjara, dan kemudian menangis kerana sedih.

Begitu jugalah sepatutnya sikap anda, iaitu selalu melihat sudut lain dari kesedihan itu. kerana belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secercah harapan, jalan keluar serta pahala.

edit by,
-Tanpanama-

-rujukan-La Tahzan(Aidh Qarni)


Nota Kaki Cinta Agung:
*Hari ini dalam sejarah, tahniah Ustaz Syafizi dan Ustazah Umi Masmira.Barokallahu lakuma wa alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair.Aku bila lagi???

1 comment:

Assalamualaikum..... said...

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahhim...
Coretan ini menyentuh hatiku.....
Tak ingat ayat ape tapi lebil kurang gini la maksud dia...
'Apa yang disukai hati itu tak semestinya baik untuk kita dan apayang dibenci hati itu tak semestinya buruk untuk kita. Allah maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahui..