Tuesday, October 13, 2009

Suara Azhari Dan Malaysia Tanahairku

Bismillahirrahman Ar-rahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca, semoga dalam inayah Allah hendaknya.Jam telah menunjukkan pukul 11.48 malam dan saya berada di rumah Azri yang akan pulang ke Malaysia esok pagi.Walaupun kenal lebih kurang 2 tahun, tapi sifat ramah dan suka melawaknya cukup menyenangkan hati ini.Masa saya pun akan tiba suatu hari nanti.Bila?Tunggu sahaja.

Cukup setakat itu untuk permulaan tulisan ini.Pada 11.10.2009 baru-baru ini, satu ceramah isu semasa telah diadakan di Dataran Haiyu Asyier, Kaherah, Mesir yang dianjurkan oleh Gerakan Suara Rakyat.Antara panel-panel yang telah dijemput untuk mengisi majlis tersebut ialah YB Ustaz Hj. Taib Azamuddin dan juga Ustaz Fauzan Madzlan. Kedua-duanya merupakan graduan al Azhar.Pengisian yang amat padat cukup memberi kesedaran kepada kami.

Suara Para Azhari
Panel pertama, Ustaz Fauzan menjelaskan betapa peri pentingnya suara Azhari di kalangan masyarakat yang dahaga mutiara ilmu.Al-Azhar merupakan gedung ilmu terulung yang telah melahirkan ramai ulama di seluruh dunia.Kehebatan Al-Azhar ini telah melahirkan rasa kurang senang oleh segelintir golongan.Lantaran itu, kedapatan usaha untuk melumpuhkan dan melenyapkan universiti ini antaranya dengan membuang silibus pengajian seperti jihad.Tetapi usaha jahat ini berjaya dipatahkan dengan ketegasan para ulama dalam mempertahankan Al-Azhar.Di Malaysia sendiri, ramai lepasan Azhari tampil kehadapan memberi sumbangan sama ada dalam bentuk ilmu dan kepimpinan.Pada masa sekarang, suara Azhari agak sirna.Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menyampaikan apa yang kami pelajari daripada para ulama di bumi kinanah ini...

Majoriti Pada Bilangan Bukan Pada Hak
Panel yang kedua, Yb Us Haji Taib Azmuddin pula menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi penuntut di universiti yang tertua di dunia ini.Kehadiran beliau di bumi Mesir pada tahun 70 an amat memeritkan.PMRAM yang merupakan badan persatuan Melayu induk pada waktu itu sedikit sebanyak mengurangkan bebanan pelajar pada waktu itu.Beliau menasihati para mahasiswa agar tidak meminggirkan PMRAM.Lafaz "yang salah diperbetulkan tapi jangan dipijak persatuan ini" amat memberi kesan kepada para pendengar.Di samping itu, beliau turut berkongsi realiti yang berlaku di Malaysia sebagai contoh bagaimana orang Islam di negara seolah-olah dinafikan hak oleh beberapa pihak.Contoh yang paling jelas, di Malaysia kedapatan lebih daripada 2500 hotel yang bertaraf lima bintang.Malangnya, daripada angka yang begitu besar hanya terdapat 18 buah hotel sahaja yang menyediakan kemudahan untuk orang Islam.Umat Islam di dalam negara cuba dinafikan hak oleh pihak tertentu dan yang lebih parah lagi usaha ini dilakukan oleh orang Islam sendiri.Di samping itu, beliau turut menyatakan pentingnya kekuasaan untuk melaksanakan Islam di dalam negara.Tanpa kuasa, perkara ini seolah-olah mustahil untuk dilaksanakan.Maka, jalan terbaik adalah dengan menyertai pilihanraya untuk merampas kuasa daripada pemerintahan yang zalim.Ada orang kata, perbuatan ini macam orang gila kuasa.Memang betul sebabnya kita ingin merampas kuasa daripada "orang gila" bak kata Us Ismail Kamus.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.11 pagi, rasanya cukuplah setakat ini sahaja entri pada kali ini.Apa yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang daripada diri yang lemah ini.Wallahu alam.


Nota Kaki Cinta Agung:
*Tahniah kepada yang berjaya dalam imtihan tasfiyyah baru-baru ini.
*Hari ini hantar Khairul Azri balik Malaysia(sedih rasanya) dan stay di Kaherah untuk beberapa ketika.

1 comment:

Ahmad said...

la.terima kasih la demo sanggup buh name kawe.moga ukhwah ini diberkati.amin!:)