Friday, May 18, 2007

Apa Nak Jadi?

KUALA LUMPUR : Seramai 31 mahasiswa tahun pertama Kejuruteraan Bioproses Universiti Malayaisa Perlis (UniMAP) mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd di Shah Alam, 3 April lalu.

Segala urusan termasuk kos, sokongan dan kelulusan diuruskan kakitangan kanan universiti yang beragama Islam, manakala majoriti pelajar juga Muslim.Difahamkan lawatan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Bioproses dengan kerjasama Program University's Industrial Exposure (INDEX 2007) itu mendapat sokongan Naib Canselor UNIMAP, Prof Dato' Dr Kamaruddin Husin.

Segala kos perbelanjaan penginapan dan logistik ditanggung Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Harakah dimaklumkan laporan aktiviti progran itu telah dimasukkan ke dalam web universiti, tetapi dikeluarkan tidak lama selepas ia menyedari ia akan mengundang kemarahan umat islam.
Petikan website PPIM(Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

No comments: