Thursday, May 10, 2007

Cerita KENTUT...

WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut. "Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung."
Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS. Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
Hihihi...macam-macam.So......ambillah pengingatan sebelum terlanjur.Wallahu Alam

No comments: