Saturday, June 30, 2007

SALMAN AL-FARISI DAN BANGSA PARSI DARI PERSPEKTIF

PEMIKIRAN ISLAM: ANALISIS DARI ASPEK MODAL INSAN

Pendahuluan:

Artikel ini bertujuan membincangkan persoalan dan isu bangsa Salman al-Farisi yang berpaksikan Islam dan kedudukannya dari perspektif Pemikiran Islam dengan perhatian ditumpukan kepada Salman al-Farisi yang berjaya mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam sejarah Islam kerana ciri-ciri keunggulan dan keunikannya yang tersendiri. Dalam dunia globalisasi dan tanpa sempadan, kelihatan bangsa Salman al-Farisi memperlihatkan dominasi pemikiran dan penghayatan keislaman yang agak luarbiasa bagi menghadapi cabaran semasa daripada kuasa-kuasa non-muslim. Kajian ini cuba melihat aspek-aspek keunikan bangsa Salman al-Farisi hingga membolehkan bangsa tersebut berada pada kedudukannya hari ini.

Kandungan:

Salman al-Farisi – Latar belakang secara ringkas:

· Latar belakang Salman al-Farisi:

Salman al-Farisi yang terkenal dalam sejarah dan Pemikiran Islam, dilahirkan dengan nama Parsinya, Mahbeh (Mayeh) atau Ruzbeh, merupakan anak seorang dihqan dari sebuah perkampungan Parsi dikenali Jaiy @ Jian atau Isfahan lama. Dilahirkan dalam keluarga beranutan Majusi, dan menjadi salah seorang pengikut Majusi [Majus, dalam al-Qur’an]. Beliau bertukar daripada Majusi kepada Kristian dan menetap di kota yang kini dikenali Isfahan [Ispahan] pada sebahagian besar zaman remajanya.

Bapanya seorang yang berpengaruh dan kaya-raya. Dikatakan kerana kecintaan yang keterlaluan kepadanya telah menyebabkan beliau dikunci dalam rumah kerana kebimbangan tersebut. Beliau ditugaskan berkhidmat kepada agama Majusi dengan menjaga api yang mereka sembah daripada terpadam. Oleh kerana bapanya mempunyai tanah pertanian yang luas, dan sibuk dengan pekerjaannya, Salman ditugaskan mengambilalih tugas tersebut. Menerusi tugas ini, beliau berkenalan dengan agama Kristian dan akhirnya menganutinya.

Salman al-Farisi telah melalui proses pencarian akan hakikat kebenaran beberapa kali sebelum akhirnya bertemu dengan Islam dan beriman dengan Din Nabi Muhammad (s.a.w). Sepanjang menjadi penganut Kristian, beliau mengembara ke Syria, Mosul, Nasibin dan ’Ammuriyah mengikuti tokoh-tokoh Paderi Kristian yang berada di tempat tersebut. Tokoh paderi Kristian di `Ammuriyah memberitahunya [sewaktu beliau berusia 12 tahun] supaya mengikuti nabi akhir zaman yang dijanjikan, “yang merupakan pengikut Din Nabi Ibrahim (a.s).“

Dari Syria, beliau terus ke Wadi al-Qura untuk menemui nabi yang dijanjikan. Namun dalam perjalanannya itu, beliau telah dikhianati oleh puak Badwi Kalbi yang menjadi penunjuk arahnya dan akhirnya dijual sebagai hamba kepada seorang Yahudi, yang kerap mengunjungi kota Yathrib. Pada ketika beliau sampai ke sana, proses hijrah Nabi Muhammad (s.a.w) bermula. Salman al-Farisi dengan berdasarkan beberapa petunjuk dan tanda yang terdapat pada diri Nabi Muhammad (s.a.w) seperti diceritakan, menganuti Islam dan kemudian dibebaskan hasil usaha Nabi Muhammad (s.a.w) daripada perhambaan.

Salman al-Farisi meninggal dunia pada tahun 33 @ 35/654 @ 656 dengan usia 88 tahun dalam zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.Beliau dikatakan meninggalkan tiga orang anak perempuan, seorang di Isbahan dan dua orang lagi di Mesir. Beliau dimaqamkan di Mada’in (dahulunya, Ctesiphon) yang terletak di 'Iraq sekarang. Maqamnya diserang pada Februari 2006.

Salman al-Farisi dan hubungannya dengan Nabi Muhammad (s.a.w):

Salman al-Farisi dikatakan cukup mengenali ciri-ciri kenabian Muhammad (s.a.w) menerusi maklumat yang diterima daripada para rahib Kristian yang diikutinya sebelum menganuti Islam. Beliau telah dibebaskan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) daripada perhambaan menerusi penebusan diri daripada seorang Yahudi.

Beliau menjadi salah seorang sahabat besar Nabi Muhammad (s.a.w) yang paling terkemuka, zahid, mempunyai hubungan yang sangat akrab dan kedudukan yang sangat tinggi di sisi baginda (s.a.w), meriwayatkan 60 buah hadith Nabi (s.a.w), pernah disaudarakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dengan Abu al-Darda' al-Ansari dan dikatakan pernah mendapat peluang melihat dan mencium tanda [khatm al-nubuwwah] pada bahagian belakang Nabi Muhammad (s.a.w).

Salman al-Farisi dan hubungannya dengan ‘Ali bin Abi Talib (kw):

Salman al-Farisi mempunyai sahsiah dan peribadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di kalangan sahabat Rasulullah (s.a.w). Beliau berperibadi merendah diri, tegas dan adil; dikatakan tidak mempunyai rumah sendiri sebaliknya beristirehat di bawah pokok; menerusi pemerhatiannya yang tajam terhadap fenomena kehidupan manusia di sekitarnya membolehkan beliau mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa “beliau terkejut melihat orang ramai menghabiskan kehidupan mereka untuk keduniaan, tanpa mengingati kematian.“

Beliau juga merupakan salah seorang daripada empat sahabat utama 'Ali bin Abi Talib (kw) yang kemudian dikenali dalam sumber-sumber Islam sebagai Syiah ’Ali selain daripada al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, ‘Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghiffari. Beliau menyokong dan mendokong Ahl al-Bayt sepanjang sejarah hidupnya dari mula hingga akhir hayatnya, menyokong dan sentiasa bersama-sama Nabi (s.a.w) dan Ali bin Abi Talib (k.w) sepanjang kehidupannya sehingga beliau (r.a) meninggal pada zaman Khalifah 'Uthman bin ’Affan (r.a), menyokong, mempertahankan dan memperkasakan konsep kebenaran, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat muslim dan serentak dengan itu, menentang dan memerangi sebarang bentuk penindasan, kezaliman dan kemungkaran dalam masyarakat muslim.

Sejarah memperlihatkan bahawa beliau pernah memegang beberapa jawatan pemerintahan di beberapa buah kota semasa era Khulafa' al-Rasyidin, pernah memimpin tentera seramai 30 000 orang semasa menjadi gabenor kota Parsi.

Salman al-Farisi dari segi keunikan dan keunggulannya sepanjang sejarah:

Salman al-Farisi menganuti Islam pada tahun 1/623, sewaktu Islam mulai berkembang ke luar Jazirah al-Arab, merupakan mawla Rasulullah (s.a.w) dan terkenal di kalangan sahabat Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Abu Abdullah. Beliau dikatakan salah seorang yang dikehendaki untuk dicintai oleh Allah (s.w.t) selain daripada ’Ali bin Abi Talib, Abu Dhar al-Ghiffari dan al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, bahkan merupakan salah seorang yang diinginkan syurga selain daripada Ali, Miqdad dan Ammar. Dikatakan orang pertama menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Parsi dan termasuk salah seorang yang dirujuk dan disebut oleh al-Qur’an sebagai “illa al-ladhina amanu..[yang beriman @ mu’min]“ dengan keimanan yang sangat kuat.

Salman al-Farisi disebutkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam beberapa buah hadith sebagai ”Salman minna Ahl al-Bayt.” Ini disebabkan peristiwa berkaitan dengan Perang al-Khandaq [al-Ahzab] membabitkan Salman al-Farisi yang dianggap seorang yang kuat telah menjadi rebutan dua puak yang menginginkan beliau menjadi sebahagian daripada golongan mereka, iaitu al-Muhajirin dan al-Ansar, sehingga akhirnya memerlukan Rasulullah (s.a.w) campurtangan dan mengeluarkan hadith tersebut dan menganggapkannya sebagai salah seorang Al al-Bayt [kaum kerabat Rasulullah (s.a.w)]. Ali bin Abi Talib (k.w) sendiri turut mengatakan bahawa “huwa minna Ahl al-Bayt“ [dia sebahagian daripada kami Ahl al-Bayt]. Justeru, Salman al-Farisi juga turut dikenali sebagai Salman al-Muhammadi.

Salman al-Farisi menjadi sumber kekuatan dan sumber inspirasi golongan muslim mu’min berbangsa Parsi dahulu, kini dan akan datang kerana keilmuan yang tinggi dan mendalam dan juga disebabkan beliau mempunyai kesempatan dan peluang berada bersama-sama dengan Rasulullah (s.a.w) dalam majlis baginda (s.a.w) pada sebelah malam, sehingga dirinya disebut dengan perkataan “bahr al-‘ilm” [lautan ilmu] dan “makhsus bi al-‘ilm al-awwal wa al-akhir [teristimewa dengan keilmuan golongan terdahulu dan terkemudian] dan disenaraikan sebagai ‘ulama’ kerana beliau daripada Ahl al-Bayt. Justeru, Salman berpengaruh besar dalam konteks Pemikiran Islam:

  • Dalam konteks mencari kebenaran agama yang hakiki, pada awalnya beragama Majusi, kemudian beragama Kristian dan akhirnya beragama Islam.
  • Dari segi keilmuan, mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama menerusi proses pengkajian, pendalaman, perbahasan dan penghujahan.
  • Dari segi sains, beliau berkepakaran dalam bidang sains dan teknologi khususnya kejuruteraan menerusi ide penggalian parit di sekeliling kota Madinah sebagai suatu strategi peperangan dalam perang al-Khandak [al-Ahzab] yang belum pernah diketahui masyarakat muslim Madinah tetapi mendapat perakuan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat bijaksana (al-fatanah).
  • Dari segi pemikiran dan keintelektualan, bercitra ingin mengetahui hakikat sesuatu kebenaran sehingga sampai ke suatu tahap yang tidak berbelah bahagi, sentiasa berfikiran positif dan berpandangan jauh.
  • Dari segi keberanian dan perjuangan, bersemangat tinggi dan berwawasan jauh dalam mempertahankan sesuatu keyakinan sehingga sanggup memperagakan dan mempertaruhkan jiwa, nyawa, harta, keluarga dan segala-galanya.
Bersambung.....

Tuesday, June 26, 2007

Siapa kita?


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sunday, June 24, 2007

Perawi-perawi Hadith

Assalamualaikum w.b.t....khaifa haalukum?Harap2 sihat wal afiyat hendaknya,
Kali ini saya nak kongsi sikit ilmu dengan semua tentang nama-nama perawi hadith di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W yang paling banyak merawikan hadith daripada Baginda Rasul.Antaranya:

1-Abu Hurairah R.A yang meriwayat 5374 hadith, disepakati oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada mereka) daripada riwayat beliau sebanyak 325 hadith.Di sisi Imam Bukhari sebanyak 93 hadith manakala bagi Imam Muslim sebanyak 189 hadith.Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah adalah lebih daripada 800 hadith yang perawi dikalangan sahabat-sahabat.

2-Abdullah Bin Umar R.A iaitu anak kepada Al-Faruq Saidina Umar R.A.Sahabat yang sentiasa komitmen dalam melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W.Beliau meriwayatkan sebanyak 2630 hadith.

3-Anas Bin Malik R.A meriwayatkan sebanyak 2286 hadith.

4-Saiyyidah Aisyah R.A anak kepada Saidina Abu Bakr As-Siddiq.Digelar oleh Baginda Rasulullah sebagai "Humairah"yang bermaksud gadis kecil yang kemerah-merahan.Ummul Mu'minin telah meriwayatkan hadith sebanyak 2210 hadith.

5-Abdullah Bin Abbas R.A, sahabat yang alim dan didoakan oleh Nabi Muhammad S.A.W supaya Allah Ta'ala memberikan kepadanya kefahaman dalam agama dan mengajarkannya ta'wil.Beliau meriwayatkan sebanyak 1660 hadith.

6-Jabbir Bin Abdullah R.A meriwayatkan sebanyak 1540 hadith.

7-Abu Said Khudri R.A meriwayatkan 1170 hadith.

Untuk rujukan lanjut sahabat-sahabat boleh perolehi di dalam kitab "Tadribu Ar-rawi:(2/216)".Wallahu alam.

Saturday, June 23, 2007

Coklat oh coklat!!!


Assalamualaikum w.b.t.....

Apa kabar sahabat2 sume?Hrp sihat dan bahagia selalu bersama yang tersayang.Sebenarnya saya tak nak sembang panjang cuma ingin bagi sedikit maklumat(information) pasal coklat.Ade ape dgn coklat ye?Begini ceritanya,baru-baru ni saya ada menerima email daripada sahabat groups yang mana isi kandungan email tu berkaitan senarai jenis-jenis coklat yang mengandungi lemak babi.


Jenis-jenis coklat yang berkaitan:


· Bounty
· Celebrations
· Dove Chocolate
· Flyte
· Galaxy
· Kudos ( North America )
· Lockets
· M-Azing ( North America )
· Maltesers
· M&M's
· Mars Bar
· Mars Delight
· Milky Way
· Minstrels (Dekat UK je)
· Mars Planets (Baru diperkenalkan di UK )
· Skittles
· Snickers (The top-selling candy bar in the United States . Known in the UK as Marathon until 1990.)
· Starburst (Originally Opal Fruits in the UK .)
· 3 Musketeers ( North America )
· Topic
· Twix
· Snicker's Marathon Energy Bar
· AquaDrops


Saya hanya copy and paste aje senarai tu....malas nak taip.Jadi berhati-hatilah masa makan coklat tu.Kita mesti berhati-hati dalam memilih makan sebab ia akan jadi darah daging kita hatta perkara syubhat sekalipun yg kita tak tahu halal atau haramnya,lebih baik tinggalkan untuk menjaga agama kita.


Itulah serba sedikit info yang boleh dikongsi.Yang baik tu datang daripada Allah Ta'ala dan yang buruk datang daripada diriku yang lemah ini.Afwan wa ila liqa'

Info : Sedekah dan Sains

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.

Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Umar bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Abu Bakar yang bersedekah seluruh hartanya. Kita?

Oleh:KHAIROL ANUAR MASUAN

Friday, June 22, 2007

Pemergianmu

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa,
Senyuman...yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan,
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Di pangkuan isterimu Humaira,
Menunggu...saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa,
Tangan dicelup di bejana air,
Kau sapu di muka mengurangkan pedih,
Beralun zikir menutur kasih,
Pada umat dan Akhirat,
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu,
Linangan...air mata syahdu,
Iringi pemergianmu,
Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya,
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun...kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamanya,
Ya Rasulallah...
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah...
Sesungguhnya kami merinduimu...

Bila diri ini menghayati lirik nasyid ni,terasa sayu hati ini mengenangkan jasa dan akhlak Baginda Rasul S.A.W yang agung.....Bila dimuhasabah diri,sejauh manakah rasa cintaku kepadamu Ya Rasulullah.Amat jauh sekali jika dibandingkan dengan kasih sayang dan kecintaanmu kepada umatmu.

Tatkala dirimu ya Rasulullah ingin menemui Allah,kau masih lagi mengingati diri kami.Setiap malam kau doakan pengampunan dan keselamatan kami.Dan kami.....sentiasa leka dan melanggar segala laranganmu.Bahkan,sanggup memperlekehkan dan menghina dirimu ya Rasulullah...Nauzubillah.

Jikalau kau melihat keadaan umatmu pada masa ini,tentu kau akan bersedih.Umat yang kau doakan setiap malam,lalai dan hanyut dibawa arus deras dunia yang penuh tipu daya.
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan kami.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,jalan para syuhada',Nabi-nabi....tanamkanlah rasa cinta dan kasih dalam hati kami kepada KekasihMu...Amin

Thursday, June 21, 2007

Nama-nama Mujaddid Ummah

Assalamualaikum w.b.t,

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:"Sesungguhnya Allah Ta'ala membangkitkan bagi umat ini bagi setiap seratus tahun seorang yang akan memperbaharui(mengislah) agamanya"-Riwayat Abu Dawud, Al-Hakim, Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah.

  1. Umar Bin Abdul Aziz (Wafat 101 H)
  2. Imam As-Shafie (Wafat 204 H)
  3. Al-Qadhi Ahmad Bin Umar Bin Suraij (Wafat 306 H)
  4. As-Syeikh Abu Hamid Bin Muhammad As-faraini (Wafat 406 H)
  5. Hujjatul Islam Imam Ghazali (Wafat 505 H)
  6. Fakr Ad-Din Ar-razi ibn Al-Khatib (Wafat 606 H)
  7. Taqiyuddin Ali Bin Muhammad Bin Ali lebih dikenali "Ibn Daqiq Al-Aid" (Wafat 702 H)
  8. Siraj Ad-Din Umar Bin Raslan Al-Baiqalani (Wafat 805 H)
  9. Jalaluddin Abdur Rahman Al-Suyuti (Wafat 911 H)
  10. Shamsuddin Al-Jamal Muhammad Bin Ahmad Ar-ramly (Wafat 1004 H)
  11. As-Sayyid Abd Qadir Bin Abi Bakr Al-Idrus
  12. AS-Syeikh Ahmad Ad-Dirabi Al-Misr
  13. Syeikhul Islam Abdullah Bin Hijazi Al-Syarqawi (Wafat 1227 H)

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan kasih sayangNYA kepada mereka dan memberikan akan kita manfaat dengan ilmu-ilmu mereka.Amin........

Rujukan:

Ma'lumaat Tahammuk Haul Asbab Ikhtilaf Baina Fuqaha'-Syeikh Muhammad Nur Ad-din Marbu Banjar Al-Makki

Al-Aqsa Memanggil, Siapa Yang Sahut?

Puisi ringkas dari seorang ustaz yang meluahkan rasahatinya terhadap nasib umat Islam di Palestin. Adakah seorang Pengerusi OIC yang sudi membaca?

1967 al-Aqsa mula digali,
Ketika aku mula lahir ke bumi,
Tidak tahu apa-apa tentang hidup ini,
Hanya tangisan mahukan perut diisi...
2007 genap 40 tahun jenayah Yahudi,
Masjid al-Aqsa digali dan dicerobohi,
Dunia Arab dan OIC tidak peduli,
Saudara seIslam terpaksa menyendiri.
Di mana perginya umat Islam?
Yahudi mengganas siang malam
Aku memandang dengan wajah suram
Maruah dirobek dengan zalim
Umat hanya sibuk berhibur,
Sanggup membiar Al-Aqsa lebur,
Jihad sudah lama terkubur,
Misi khilafah menjadi kabur
Palestin penuh sejarah pilu,
Dunia Islam membisu dan kelu,
Tanpa bicara buat tak tahu,
Nasib saudara seIslam ditindas selalu
Di mana perginya penyelamat ummah?
Ketika umat Islam begitu lemah,
Wa Islamah!
Wa Mutasimah!
Al-Aqsa memanggil, siapa yang sahut?
Aku tidak, kamu tidak, masing-masing melangut,
Amerika dan Munafiqin menjadi tali barut,
Kita tiada ikhtiar hanya mampu merungut."

Saturday, June 2, 2007

CINTA: Untuk siapa?

Dari Abdullah ibn Mas'ud r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda:"Seseorang itu adalah bersama orang yang ia kasihi."
Huraian hadith:
1- Sesungguhnya cinta dan kasih adalah anugerah Allah Ta'ala.Manusia yang tidak mempunyai cinta dan kasih kepada seseorang seolah-olah hidupnya tidak sempurna.

2- Namun, perasaan kasih dan cinta ini perlulah diletakkan kepada orang yang sepatutnya.Ini adalah kerana perasaan tersebut akan menyebabkan kita sentiasa ingin mengambil hati orang dikasihi itu dan seterusnya melaksanakan segala permintaannya.

3- Sekiranya seseorang itu meletakkan cintanya yang tertinggi kepada artis pujaan, maka dia akn menjadikan artis tersebut sebagai idola.Maka setiap perlakuan dan percakapan akan cuba dikuti dan dicontohi.Namun, sekiranya perasaan cinta yang tertinggi itu diberikan kepada Rasulullah SAWdan sahabat-sahabat baginda, maka alangkah gembiranya dia kerana akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama dengan golongan ini.

4- Di dalam kitab 'Aun Ma'bud, dalam menafsirkan hadith tersebut, penulis menjelaskan bahawa sesiapa yang mengasihi sesuatu golongan dengan ikhlas, ia akan dihimpunkan bersama mereka.Sekalipun amalan tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah
mendekati.Kemungkinankasih sayangnya akan melakukan amalan yang sama.

5- Benarlah apa yang dinyatakan itu kerana setiap individu cenderung untuk mengikuti setiap langkah orang yang dikasihinya.Sekiranya dia menyintai Rasul, maka jejak Rasul pastinya akan diikutinya.

6- Kesimpulannya, sekiranya kita mengakui bahawa Rasulullah adalah orang yang paling kita kasihi, marilah kita buktikan kecintaan kepada Baginda dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.InsyaAllah kita akan dibangkitkan bersama Bginda di akhirat kelak.Amin.....

"Orang yang mencintai mencari keredhaan kekasihnya///cintaku ingin menemui kekasih,
Dua mata hatinya sentiasa memandang kekasih///hati itu kenal dan melihat Tuhannya,
Redha hati bila kekasih berdekatan selalu///tidaklah jauh seperti orang yang mahukan selainnya"
Wallahu 'alam