Thursday, October 22, 2009

22.10.1985: Tarikh Yang Bermakna

Bismillahirrahman Ar-rahim...


Pada tarikh 22 Oktober 1985, jam 4.25 pagi telah lahir seorang bayi kecil ke alam dunia ini.Bayi tersebut diberi nama oleh ayahanda dan bonda dengan nama, MOHD KHAIRUL HAFIZ sebagaimana yang termaktub dalam Luh Mahfaz.Sekarang, bayi itu telah pun menjadi seorang pemuda dan pada hari ini genaplah 24 tahun usia pemuda itu(^^).Sudah 24 tahun hidup di dunia dan baki umurku entah berapa lama lagi?Mungkin beberapa tahun lagi, mungkin juga beberapa bulan lagi, mungkin...mungkin...dan mungkin.Segala kemungkinan boleh berlaku tapi apa yang pasti itu bukanlah urusan kita untuk menentukannya.

Di dalam kitab hadith sohih Imam Bukhori R.A ada menyebutkan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda terdapat 5 perkara yang Allah sembunyikan daripada manusia antaranya manusia tidak mengetahui apa yang akan dibuat oleh pada esok harinya dan mereka tidak mengetahui pada bumi mana mereka akan dimatikan oleh Allah.Semakin hari semakin dekat dengan satu ketetapan itu iaitu kematian.Apa sangatlah hendak dibangga dengan umur yang panjang jika hidup penuh dengan kelalaian dan kederhakaan.Sama-sama kita fikirkan.

Jadi, pada kesempatan yang ada dan sementara line internet tengah laju ni, saya mengucapkan selamat hari lahir kepada MOHD KHAIRUL HAFIZ dan kepada pengunjung setia blog CINTA AGUNG ini doakanlah supaya hamba kecil ini dipanjangkan umur dalam ketaatan, dijauhkan daripada dosa sejauh timur dan barat, dimurahkan rezki oleh Allah, dikurniakan Qurrotul Ain yang membawa sakinah kepada diri, diberikan ilmu yang bermanfaat, diberikan kekuatan dan kesabarn dalam perjuangan dan yang paling penting selamat di dunia dan akhirat.Katakanlah:AMIN!!!!!!!!


Nota Kaki Cinta Agung:
*Kepada sahabat pembaca, bolehlah menghantar beberapa banyak hadiah saya tak kisah.Jangan malu jangan segan!Kalau tak boleh jugak, tinggalkan doa dan komen pun jadi la.Hehehe...
*24 tahun dah umurku tapi orang kata muka macam budak lagi.Apa rahsianya?
*Terima kasih kepada Ayahanda dan Bonda kerana melahirkan anak ini.Ya Allah, ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan perbaikilah urusan mereka di dunia dan akhirat.

6 comments:

Anonymous said...

sanah helwah..kullu 'am waenta ilallahi aqrab..tambah iman,amal..

Nur Faisza said...

Salam alaik...Sanah Helwah ya akhi!
Kol sana wenta tayeb…Allah yubarik 3aleik..Bitaufiq wannajah fil imtihan..=) (Tul ker ayat nih?)
...*Nak makan cake Chocolate Indulgence..yummy*...

SuMaiYyaH said...

selamat hari jadi...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Cuma doa mampu dihadiahkan...

Honeyz said...

salam alaik..

selamat hari lahir buat insan bernama Mohd Khairul Hafiz Bin Husin =) dah x sebaya dah kita ek.. (hehe, ckp camla kenal sgt2)

semoga umurmu diberkati,
dimurahkan rezeki'
dipermudahkan segala urusan,
dan beroleh kejayaan serta kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.. aamiiin..

p/s: pernah de dalam "Tanyalah ustaz" di tv9, (x ingt ustaz pe n tajuk pe, tp ingat) ustaz tu ade kate, wish "semoga umur diberkati", bukan "semoga panjang umur", sbbnye mcm kata saudara, umur panjang xde makna jika hidup pnh dgn kelalaian n kederhakaan..

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Terima kasih sahabat2 ats doa kalian

Unknown said...

Assalamualaikum.
Semoga Allah Merahmati segala amalammu.....