Monday, February 15, 2010

Apa Makna Nama Anakku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga sentiasa didalam taufiq dan hidayah daripada Allah Taala hendaknya. Baru-baru ini, saya diajukan satu soalan daripada seorang teman berkenaan pandangan terhadap nama yang tidak ada makna. Terima kasih atas soalan itu. Alhamdulillah, artikel daripada Ustaz Salman serba sedikit membantu saya untuk menyiapkan tajuk artikel “Apa Makna Nama Anakku?” ini.

Sebagai ibu bapa, mereka bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang, pendidikan selain daripada keperluan asas seperti makan, pakai dan tempat tinggal kepada anaknya. Kita mungkin terlepas pandang bahawa memberi nama-nama yang baik dan mempunyai pengertian juga merupakan satu hak dan tanggungjawab mereka. Dalam masyarakat Islam hari ini, kedapatan ibu bapa yang kurang peka terhadap perkara ini. Justeru itu, anak-anak mereka dinamai dengan nama yang jarang dan janggal didengar. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa mempunyai artis yang diminati maka mereka akan menamai anak-anak dengan artis pujaan tersebut ataupun trend sekarang dengan menggabungkan nama pasangan suami isteri itu walaupun tidak diketahui maknanya.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:
“ Setiap anak yang lahir dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapa merekalah yang membentuk mereka sama ada menjadi Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi”

Hadis ini menyatakan peranan ibubapa dalam membentuk peribadi anak-anak mereka sejak lahir lagi. Memberikan nama yang baik kepada anak merupakan antara peranan pertama yang patut dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa. Sekiranya peranan ini dipandang remeh, maka tidak mustahil anak-anak akan berperangai seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi walaupun lahirnya daripada keluarga orang Islam.

Peranan Nama

Seperti yang dinyatakan di atas, pemilihan nama-nama yang baik dan mempunyai pengertian amat penting berdasarkan matlamat berikut:
1-Nama itu merupakan doa. Apabila seseorang itu dinamai dengan nama yang baik maka secara tidak langsung ia menjadi doakan kepadanya. Sebagai contoh, Al-Amin (yang amanah), sekiranya anak itu dinamai dengan nama tersebut mudah-mudahan sifat amanah akan menjadi pakaian peribadinya. Nama yang tidak ada makna sudah tentu tidak memperoleh kelebihan ini. Sebaliknya, jika anak itu dinamai dengan nama yang jelek maknanya, dibimbangi akan memberi kesan kepada diri anak tersebut.

2-Membentuk peribadi seseorang. Nama juga berperanan untuk membentuk peribadi seseorang kerana nama itu merupakan doa. Nama yang baik akan membentuk personaliti yang baik dan begitulah hal keadaannya dengan nama yang buruk maknanya.

3-Mengambil keberkatan dengan nama. Ada diantara umat Islam yang memberi nama anak-anak mereka dengan nama-nama Allah, para nabi dan rasul, dan orang-orang soleh bertujuan untuk mengambil keberkatan daripada nama-nama tersebut.

Di sana, pasti terdapat banyak lagi peranan nama kepada seseorang itu. Wallahu alam.

Pemberian Nama Mengikut Al-Quran

Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang penting dalam Islam. Kepentingan ini jelas seperti mana yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah swt:


إِذْ قَالَتِ الْمَلآئِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهاً فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

"(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam,seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)" (45 - Ali Imran)


Firman Allah swt:


يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ سَمِيّاً
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh)seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan nama dia." (7 - Maryam)


Firman Allah swt:
وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ
"...dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." (6 : as-Saff)

Hadis-hadis Berkaitan Nama

Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pada “Kitab Adab” terdapat beberapa hadis yang membincangkan persoalan nama ini antaranya:

1-Nama Abdullah adalah nama yang terbaik.

Daripada Ibnu Umar R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya, sebaik-baik nama kamu kepada Allah adalah Abdullah dan Abdur Rahman”.
(Sahih Muslim; Hadis 5552, juga disebutkan oleh Imam Abu Daud dan Tirmizi)

-Hadis menunjukkan kelebihan nama Abdullah dan Abdur Rahman berbanding nama-nama yang lain.
- Ibnu Solah menyebut bahawa terdapat 220 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah. al-'Iraqi pula menyebut bahawa terdapat 300 orang sahabat yang bernama Abdullah.

2-Disunatkan nama para nabi dan orang soleh.

Nabi saw bersabda:
“Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris(pekerja),Hammam(yang mempunyai keazaman).dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)”
Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie.

Baginda saw bersabda:


تَسَمَّوْا بِاسْمِيْ وَلَا تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِيْ

"Berilah nama dengan namaku dan jangan beri gelaran kunyah dengan kunyah ku (Abu Qasim)"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

3-Sunat nama ABDUL (HAMBA) yang disandarkan kepada nama Allah.

Nabi saw bersabda kepada seorang lelaki:

" Namakan anakmu dengan nama Abdur Rahman."
Hadis sahih riwayat Muslim.

Dalam hadis daif ada menyebutkan:

“Apabila engkau memberi nama hendaklah yang ada perkataan 'Abdu”
Hadis riwayat Thabrani

-Imam Ibnu Hazm berkata:
“Para ulama bersepakat bahwa disunatkan nama yang disandarkan kepada nama Allah seperti Abdullah dan Abdurrahman.”

4-Larangan nama yang memuji diri sendiri.

Daripada Muhammad ibn Amr ibn Atha’ berkata: Aku telah menamakan anak perempuanku dengan nama Barrah(wanita yang sangat baik), Zainab Bintu Abi Salamah telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melarang akan nama itu dan aku telah diberikan nama Barrah sebelum ini, maka Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Jangan kamu menyucikan diri kamu sendiri, Allah lebih mengetahui orang yang baik daripada kamu”. Mereka bertanya: Dengan nama apa patut kami namakannya? Rasulullah bersabda: “ Namakanlah dia dengan Zainab”.(Sahih Muslim: Hadis 5574)

-Hadis menunjukkan digalakkan menukar nama yang buruk kepada yang baik. Terdapat banyak hadis berkaitan Nabi S.A.W.menukar nama-nama sahabat.

*PERHATIAN: Ini perkara yang banyak dilakukan oleh kebanyakan masyarakat melayu. Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri. Tidak kira nama orang cthnya dengan nama khairun Nisa (sebaik-baik wanita) ,nama blog atau id ym dengan 'mujahid' pejuang, syahid dll, nama kedai atau rumah dengan 'salafus soleh,tok guru dan sebagainya. Ini dilarang kerana termasuk dalam memuji diri sendiri.

5-Suruhan mengubah nama yang tidak elok.

Ibnu Umar berkata: Rasulullah saw telah menukar nama seorang wanita yang bernama Asiah (pemaksiat) , lalu baginda bersabda: “Engkau adalah Jamilah.”
Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud

6-Dilarang nama yang membawa kepada penafian perkara baik.

Nabi saw bersabda:

Daripada Umar RA berkata,Nabi saw bersabda,”Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’,Barakah (keberkatan),dan Yassar (senang)”.
Hadis riwayat Tirmizi (sanadnya kuat).

Dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda:

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah 'kuntungan' ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab "Keuntungan tidak ada.”
Hadis sahih riwayat Muslim, Tirmizi dan Abu Daud

-Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata:
“Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

Kesimpulan

Setelah bercerita panjang mengenai pesoalan nama ini, maka boleh disimpulkan bahawa: Berdasar hujah-hujah Al-Quran dan sunnah yang dinyatakan, sayugialah bagi umat Islam untuk mengambil panduan daripada sumber-sumber diyakini dalam membuat sesuatu perkara antaranya berkaitan pemberian nama.
Wallahu alam

Nota Kaki Cinta Agung:
*Rujukan -Artikel:Cara memberi nama mengikut Quran dan Sunnah oleh Ustaz Salman Maskuri melalui blog beliau.

7 comments:

Nur SaDiQaH Mohd Said said...

assalamualaikum... ustz, nama saya tiada makna dalam Islam.... kdg2 sdh sbb d akhrt nanti kita akan di panggl dgn nama 2 kan ?.... apa yg ptt sy buat ustz? nama ni kan amanah kedua org tua buat anak2 nya....

Nur SaDiQaH Mohd Said said...

seperti yg ustz ckp, nama akan membentuk peribadi...kalau nama yg tak elok, di galakan tukar...tapi kalau nama yg tiada makna?

Cinta Agung said...

Waalaikumussalam, nama awak SADIQAH, kalau x silap bermaksud "yang membenarkan" cuma ejaan rumi berbeza ngan arab. Nama yg tiada makna blh kita samakan dengan nama tak elok dalam suruhan tuk mengubah nama tersebut.Nama x tiada makna pada pendapat saya hnya sekadar nama sahaja.Wallahu alam.

Aisya Humaira said...

Salam...sadiqah bermaksud yang mmbenarkan sepertimana yang disebut oleh ustaz td. Ejaan dan lafaz dalam bahasa melayu mungkin berbeza dengan ejaan dan sebutan dalam bahasa arab tetapi membawa maksud yang sama, cthnya nama MAT dieja dalam bahasa arab menjadi MUHAMMAD, atau DERAMAN dalam bahasa arab dieja ABDUL RAHMAN. Begitu juga bahasa inggeris cthnya, MICHEAL dieja dalam bahasa arab menjadi MIKAIL. Wallahua'lam. www.tinta-aisya.blogspot.com

Cinta Agung said...

Waalaikumussalam...saya stuju dgan saudari.

Nur SaDiQaH Mohd Said said...

syukran semuanya...

Nur SaDiQaH Mohd Said said...
This comment has been removed by the author.