Monday, February 8, 2010

Soal Hati 14: Serulah Nama-nama Tuhanmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah wa syukru lillah atas taufiq dan hidayah yang dikurniakan Allah, mudah-mudahan kita sentiasa didalam taufiq dan hidayahNya. 

Firman Allah Ta'ala: 
" Dan bagi Allah itu nama-nama yang baik, maka serulah oleh kamu dengannya..." 

Dan sabda Rasulullah S.A.W.: 
" Berakhlaklah dengan akhlak Allah ".

Ternyata didalam nama-nama Allah Ta'ala terhimpun zat, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan  Allah itu sendiri. Kita disuruh untuk memohon kepada Allah melalui nama-namaNya yang mulia. Di sana, terdapat perbahasan para ulama mengenai 'Asma'ullahi A'zhom' iaitu nama-nama Allah yang agung kerana terdapat beberapa rangkaian hadis Rasulullah S.A.W. yang mengkhabarkan akan hal tersebut.  Majoriti para ulama' mengatakan bahawa nama-nama Allah yang agung itu adalah kalimah "ALLAH" itu sendiri. 

Seorang ulama' terkenal, Abu Yazib Bustami R.A apabila ditanya mengenai hal ini beliau berkata:
" Apabila engkau membersihkan hatimu daripada selain Allah dan apa-apa yang terbit dihatimu daripada nama-nama Allah, maka itulah Asma'ullahi A'zhom

Bermaksud nama-nama Allah yang agung itu tidak tertakluk kepada nama-nama Allah yang tertentu sahaja. Wallahu alam.

Jiwa dan roh yang sihat akan dapat mengetahui rahsia yang terdapat pada nama-nama Allah Ta'ala ini sehingga mampu untuk menjadikan nama-nama Allah ini 'pakaian' didalam hidup seharian. Inilah yang dinyatakan melalui hadis Rasulullah S.A.W. di atas. Maka tidak hairanlah, mereka yang melalui jalan ini melihat semua yang diterima daripada Allah sama ada ni'mat atau musibah, semuanya manis pada pandangan mereka. Wassalam....

"aKu MeNgeNaLi DiRi-Ku DaRiPaDa-Mu...DaN dEnGaN mEnGeNaLi Diri-Ku,aKu mEnGeNaLi-Mu"

Nota Kaki Cinta Agung:
*Intipati ringkas daripada satu tazkirah.


 


1 comment:

Nur SaDiQaH Mohd Said said...

assalamualaikum... saudara, apa pendapat saudara andai nama kita tiada makna dalam Islam?