Wednesday, May 27, 2009

Jawapan Slog "Uji Diri 3"

Bismillahirrahmanir Ar-rahim,

Assalamualaikum sahabat-sahabat, ape khabar?Harap sihat selalu.Erm, dah seminggu soalan 'pelik' slog Uji Diri kat blog Cinta Agung ni.Saya rasa sahabat-sahabat semua dah dapat 'detect' jawapannya.Belum lagi?Takpe2 jangan risau, jangan sedih, ni Cinta Agung nak bagi jawapan bagi soalan di bawah.
Jawapan 1:Sebab Tarzan tak berjambang.Ye la, tengok diri Tarzan yang sudah serabai tu.Kalau berjambang bertambah serabai la mamat tu kan?
Jawapan 2:Juruterbang Kamikaze pakai topi keledar sebab nanti kena saman sape yang susah.Mati-mati jugak tapi undang-undang kena ikut.Ingatan buat penunggang motosikal, pakailah topi keledar untuk keselamatan diri anda!
Jawapan 3:Kalau sahabat tutup suis lampu, laju tak?
Jawapan 4:Istilah 'tidur seperti bayi' timbul mungkin sebab ada orang tidur sambil hisap botol.Huhuhu...
Jawapan 5:Kalau suhu rendah, takde makna la ada pembakar roti tu.Betul tak?
Jawapan 6:Sebab kenapa lampu peti ais diletakkan pada bahagian sejuk bukannya sejuk beku kerana kalau diletak dekat ruang sejuk beku, habis cair ais-ais kat situ.
Jawapan 7:Irama lagu A, B, C, D, E, F, G,.....dan Twinkle Twinkle Little Star sama sebab penulis lagu tu orang yang sama.Mungkin....
Jawapan 8:Kita tekan butang lif lebih daripada sekali sebab kalau salah tekan butang, kita mesti tekan butang yang betul kan?
Jawapan 9:Kita tekan butang 'remote' lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis mungkin sebab tekanan perasaan ataupun nak jimat duit.

Itulah jawapan bagi soalan kat bawah.Sekian, wassalam(^^)

Nota Kaki Cinta Agung:
*Segala jawapan di atas merupakan hasil imaginasi penulis sendiri.Mungkin betul, mungkin salah.
*Mood kurang sikit hari ni.Sebab tu tulis ala kadar aje.Maafkan ku teman.