Saturday, May 16, 2009

Surat Untuk Cikgu

Kehadapan warga pendidik semoga dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah hendaknya,
"Selamat Hari Guru, cikgu!!!".Suatu ucapan penghargaan daripada seorang murid kepada cikgunya.Tanggal 16 Mei merupakan hari untuk mengenang jasa seorang guru.Cikgu, guru, muallim, tok guru, pendidik...gelaran untuk insan yang mengajar manusia.Satu tugas mulia yang dilakukan oleh para Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihimussolatu Wassalam untuk mengajak manusia menyembah Allah Ta'ala, mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan dan kezaliman kepada cahaya pengetahuan dan keadilan."Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan....", menjadi wahyu pertama, mengajar insan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.
Cikgu,
Keikhlasanmu mendidik kami menjadikan kami manusia yang berguna.Daripada tak tahu membaca, kau ajar kami membaca.Daripada tak tahu mengira, kau ajar kami mengira.Dengan tunjuk ajarmu, kami dapat tahu apa itu Alif, Ba', Ta'....Dengan jasamu, kami dapat tahu apa itu a, b, c, d....Dengan ilmumu, kami dapat tahu apa itu Oksigen, Karbon dioksida, fotosintesis....Dengan ketekunanmu, kami tahu apa itu tambah, tolak, bahagi, darab....Pukul, rotan, cubit, tengking semua bukan untuk menyakitkan kami tapi mengajar kami apa itu ketegasan dan adab.Terima kasih Cikgu!
Ustaz,
Ilmu agama yang dimiliki, kau curahkan kepada kami... mengenalkan kami apa itu kehidupan.Mengenalkan kami apa yang halal, apa yang haram.Harta pusaka peninggal para Nabi kau tanam di dalam diri kami, menjadikan kami golongan mulia, menjadikan kami seorang Dai', menjadikan kami 'ulama warasatul Ambia'.Bekalan untuk bertemu Allah Ta'ala.Sungguh besar jasamu.Terima kasih Ustaz!
Sir,
Satu permintaan daripada kami wahai pendidik, halalkanlah ilmu yang engkau curahkan kepada kami, maafkan kebiadapan kami selama ini.Doakan kami semoga menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di Akhirat.
Ku akhiri warkah kecil ini dengan doa dan harapan supaya Allah Ta'ala memanjangkan umurmu dalam ketaatan kepadaNya, diberkahi hidupmu dan dibalas segala jasa baikmu dengan pahala yang setimpal dan Syurga, amin!!!
Dedikasi buat:
Semua warga pendidik khususnya Cikgu-cikgu, dan Ustaz-ustaz yang pernah mengajarku.Selamat Hari Guru!!!
Nota Kaki Cinta Agung:
*Hari ini mesti ramai yang bagi hadiah kat Cikgu-cikgu mereka.Untung jadi Cikgu, bukan dapat gaji dan bonus aje, ada hadiah lagi.Tu pun kalau nasib baik.Huhuhu...jangan niat ngajar nak dapat hadiah, tak baik tu.
*Pengalaman Cinta Agung sendiri mengajar budak sekolah rendah, susah....Nasib baik dapat hadiah masa Hari Guru.Rezeki...rezeki....
*Esok dah nak mula 'peperangan'(exam), doakan Cinta Agung dan sahabat-sahabat di sini, moga dipermudahkan urusan.Jazakumullahkhairan kathiraa
*Kepada teman-teman seexam, jawab elok-elok untuk exam nanti.Semoga Allah memberi kejayaan kita semua, amin!!!

1 comment:

arazma @ ami m said...

semoga berjaya dlm perjuangan...with flying colours..